Uncategorized

“Semua ada hak buat piIihan..” lsu tutvp wajah anak, EllyMazlein “S0und” Kak KM

Baru-baru ini, usahawan sensasi Kak KM meluahkan rasa rimas dengan tindakan segelintir golongan artis yang berkongsi gambar bayi mereka namun tidak mendedahkan wajah anak kepada umum.

Kenyataan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menerima pelbagai reaksi warganet termasuk artis serba boleh, Elly Mazlein yang turut terpanggil bagi membidas isu berkenaan.

Menurut penyanyi berusia 42 tahun itu, dia memilih untuk enggan berkongsi wajah dua orang anaknya supaya kanak-kanak itu tidak terpalit dengan populariti.

“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.

“Jangan pelik sangat, benda takde apa pun nak dipelik atau hairan,” tulisnya yang mesra dipanggil sebagaiKak Lina Pom Pom.

Pelakon drama Kampung People itu berkata, setiap ibu bapa berhak memilih cara terbaik dalam membesarkan anak-anak mereka sekali gus tidak perlu dijadikan sebagai lsu besar.

Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag kak KM apa entah nama dia, terima kasih,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, ramai pengikut bersetuju dengan pendapat Elly bahawa usahawan perniagaan jamu itu tidak perlu mempertikaikan tindakan ibu bapa lain sama ada mendedahkan atau ‘menyimpan’ wajah anak mereka. Kita buat yang terbaik, masing2 ada pilihan sendiri.

Macam dia tayang aset sana sini, hak dia juga

Anak kita.. pedulikan orang lain

Betul itu hak individu … biarlah kita bahagia cara kita

Sejak kebelakangan ini kecoh segelintir artis yang baru bersalin dengan memuat naik gambar bayi tersebut, namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.

Apabila diajukan soalan mengenai punca tidak mendedahkan wajah anak, ia adalah sebab bagi mengelakkan bayi mereka terkena penyaklt aln.

Kak KM akui rlmas dan tak faham tujuan kongsi gambar. Baru-baru ini, usahawan cantik kontroversi, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM meluahkan perasaan rimas dengan tindakan segelintir selebriti itu.

“Saya rimas dan tidak faham alasan berkongsi gambar anak selepas bersalin tetapi enggan mendedahkan wajah sebenar. Ada pula yang sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi saja,” kata kak KM.

Masa hamil boleh kongsi pulak perkembangan
Tambah anak kepada pelakon veteran, Normah Damanharuri, dia pelik dengan sikap segelintir daripada mereka, di mana aktif berkongsi setiap perkembangan diri semasa hamil, tetapi bukan selepas bersalin.

“Jika tempoh hamil boleh kongsi perkembangan diri, kenapa tidak selepas bersalin? Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita bersyukur dengan pemberian oleh-Nya,”ujar Kak KM kepada mStar.

Apa yang penting niat kita. Pada masa yang sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengatakan ibu bapa di luar sana sepatutnya tidak perlu berasa bimbang untuk berkongsi wajah anak mereka kepada orang ramai, sekiranya niat kita baik.

“Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira dan bukannya berfikiran buruk.

“Saya dah lihat ramai yang tidak mahu berkongsi gambar anak sebab takvt terkena santav atau perbuatan j4hat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan seperti itu kalau kita tidak buat salah?”jelasnya.

Mereka pun boleh doakan anak kita juga…
Jelas Kak KM, tidak menjadi kesalahan jika mendedahkan wajah anak tersebut kerana orang ramai boleh mendoakan kesejahteraan bayi tersebut.

Untuk rekod, Kak KM dan suaminya, Razman Ramli mempunyai empat orang cahaya, iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *