Uncategorized

Murid Makan Bersila Atas Lantai, VIP Makan Meja Berhias. Cikgu Fadli Tampil Bersuara

Hari ini tular di media sosial soal layanan antara murid-murid sekolah dan VIP

Gambar murid bersila di atas lantai tanpa alas untuk menjamu selera ternyata mengudang perasaan kurang senang Ibu Bapa dan orang ramai

Dalam pada itu, Cikggu Fadli tampil mengulas isu terbabit

“Tular teruk gambar-gambar ni. Banyak teladan kita boleh ambil dari penularan gambar-gambar ni.

1. Tidak sesuai duduk atas lantai untuk makan walau lantai telah dimop.

2. Aras makanan sama tinggi dengan aras kasut. Kasut tu pula murid keluar masuk tandas, pijak sana pijak sini, confirm tak bersih.

3. VIP bagi duit raya pada murid yang bersila di atas lantai kantin. Jarak kasut VIP dengan makan kurang sejengkal. Tak ada adab kata orang tua kasut dengan makanan begitu dekat.

4. VIP makan bawah khemah mewah, kerusi siap dibalut cantik, meja dihias sedang murid makan bersila dilantai yang kemungkinan dah dimop, tapi kembali kotor sebab murid tak diminta pun buka kasut. Nak rai murid ke rai VIP ni?

Ada orang komen, ‘Manja sangat la ibubapa sekarang. Semua benda nak sentap’.

Ni bukan soal manja. Ni soal adab, ni soal kesopanan, ni soal patut atau tidak.

Kalau aku diminta makan bersila atas lantai, kemudian ada orang datang pakai kasut sejengkal dari makanan aku hulur duit, tobat aku bangun dan tinggalkan majlis. Ia biadab pada aku. Sangat tak patut buat macam tu.

Jika pun lantai dimop elok dan dipercayai bersih, minta murid buka kasut dan makanlah bersila. Guru-guru dan VIP turut sama makan bersila bersama murid atas lantai, bukan berada dimeja yang dihias mewah.

Hal ini sering berlaku pada bulan Ramadan biasanya. Kononnya nak raikan anak-anak yatim dan keluarga asnaf, sebaliknya raikan VVIP. Kena tunggu VIP baru dapat mula majlis, VIP makan meja mewah siap orang senduk semua lauk tapi anak-anak yatim beratur panjang makan ala kadar dan tak selesa.

Budaya ini mula menular di majlis sekolah. Dan hal ini kita patut bendung segera.

Jangan buat majlis untuk murid, tapi VVIP pula dirai lebih-lebih sedangkan murid terabai dan tak dirai seperti yang sepatutnya.

Tak perlu dah hentam sekolah dan individu terlibat. Hentam, sindir, maki mereka tak mengubah apa-apa. Tapi kita ambil iktibar dari kes ini untuk berubah menjadi lebih baik pada masa depan.

Begitulah sepatutnya.

#MFS

Menurut Cikgu Fadli lagi, sekolah beliau juga membuat jamuan raya dan semua cikgu dan anak murid duduk makan sama-sama di bawah beralaskan tikar. Tiada meja VIP

“Sekolah saya pun buat jamuan raya juga. Ada juga murid terpaksa duduk bawah sebab meja kerusi penuh. Maklumlah, rehat buat serentak. Tapi kami lapik lantai dengan tikar. Wajib buka kasut juga. Dan guru makan sama-sama kat bawah dengan murid. Tiada meja VIP untuk guru” tulis Cikgu Fadli

Setakat artikal ini di tulis, posting berkenaan sudah mendapat 836 perkongsian selepas setengah jam di muat naik

Rata-rata netizan juga bersetuju dengan pandangan Cikgu Fadli

“Betul. Antara dakwa mak pak manja kan anak dengan adap meraikan anak² dan meraikan vip yang double standard gini sangat tidak wajar.Mungkin mereka rasa dah ‘important people’ sangat sampai lupa sunnah Rasulullah saw, ‘muliakan’ kanak².” komen seorang netizan

” Sekurang2nya letak lh tikar plastik. Lalu belakang pelajarkan boleh. Kalo x nak pelajar beratur dtg amek duit. Ni adab dgn makanan tau. Ermmmm..” komen Azlina

kredit: Cikgu Fadli, trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *