Uncategorized

Berkecai hati saya dengar kata2 suami. Saya menjerit meraung kuat gil4, saya hempas2 badan saya dkt lantai, badan saya dah tak rasa s4kit dah, sebab yg paling s4kit time tu ialah emosi saya, jiwa saya.Sanggup suami buat macam tu..

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja.Sila baca di bawah ini utk maklumat penuh dan lengkap.Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya seorang isteri berumur 26 tahun dan suami saya berumur 34 tahun. Saya berasal dari utara dan suami berasal dari pantai timur.Kami baru berkahwin selama 5 bulan 9 hari. Ya perkahwinan kami masih terlalu awal. Kami bekerja di satu site di negeri yang terbesar di Malaysia.

Kawasan tempat tinggal kami ini berada jauh dari bandar dan hanya ada pekan kecil sahaja. Namun pekan kecil ini mencukupi sekiranya kami perlu mendapatkan bekalan keperluan asas. Perjalanan untuk ke bandar besar mengambil masa hampir sejam.

Saya seorang degree holder, manakala suami saya hanya belajar setakat SPM sahaja. Kami berkenalan atas dasar suka sama suka. Setelah 1 tahun menjalin cinta, kami bertunang. Genap 8 bulan bertunang, kami pun bernikah atas restu kedua belah keluarga.

Suami saya sorang yang ramah dan ramai kenalan. Beliau juga seorang leader yang tegas namun compromising. Walaupun beliau tidaklah berpelajaran tinggi, saya boleh katakan beliau seorang yang “street smart”, manakala saya seorang yang “book smart”.

Beliau seorang yang sangat rapat dengan keluarga beliau. sangat disayangi dan diharapkan oleh ibu ayah,pakcik makcik dan anak2 buah beliau.Beliau juga seorang yang pemurah dan tidak berkira sekiranya beliau ada rezeki lebih.Beliau seorang yang pandai berkata-kata dan pandai mencari peluang untuk mencari duit lebih. Sikap beliau yang rajin membuat kerja tambahan dan proaktif sangat saya puji.

Boleh dikatakan beliau tidak boleh duduk diam, ada saja kerja ingin diusahakan. Dalam hubungan rumah tangga, beliau seorang yang bertanggungjawab dari soal nafkah makan minum, rumah sewa kami kongsi bayar.

Dan saya pula seorang yang agak introvert. Saya tidak ramai kawan. Hanya ada 8 orang kawan sahaja dan 3 orang sahaja yang betul2 rapat.Tapi mereka jauh dari saya. Di tempat kami tinggal ini, saya tiada langsung kawan, hanya ada suami. Saya seorang yang minat membaca, suka buat research dan suka kan “alone time”.

Saya sangat sensetif, mempunyai empati yang tinggi, suka merancang sebelum buat sesuatu dan suka kan travel/foodhunt, tetapi dengan orang yang saya selesa sahaja.Saya sering dikatakan serius, jadi mungkin sebab itu saya tidak ramai kawan. Saya sentiasa berfikir macam2 perkara, kadang2 tentang perkara-perkara random.

Saya juga tidak berapa pandai bersosial dan bergaul dengan orang baru. Saya akui saya seorang yang sangat teliti tentang kewangan, suka berjimat cermat, tidak suka pembaziran dan agak berkira dengan duit. Namun, kawan2 saya yang rapat dengan saya sahaja yang nampak sisi n4kal dan playful saya.

Dalam perhubungan rumah tangga, saya seorang isteri yang setia, sentiasa dirumah, pendengar yang baik kepada suami, suka memasak dan sedikit clingy dengan suami.

Pada awal perkahwinan kami, saya dapat rasakan yang perbezaan antara saya dan suami terlalu ketara. Seolah kami tidak serasi walaupun kami saling menyayangi.Sebulan pertama, kami diuji dengan masalah kewangan. Lebih tepatnya, suami diuji dengan motor berkuasa tinggi miliknya yang ditarik.

Motor tersebut beliau beli dari kawan atas kawan. Selepas hampir setahun beliau membayar motor tersebut tanpa miss.Rupanya baru beliau tahu motor tersebut telah ada banyak tunggakan selama 6 bulan yang tidak dibayar oleh pemilik lama. Mahu atau tidak, motor tersebut terpaksa ditarik walaupun bukan atas sal4h beliau.

Suami saya dah mula serabut mengenangkan duit beliau yang selama ni habis untuk motor tersebut. Selepas beberapa minggu pula, suami saya kem4langan kereta pula.Alhamdullilah, suami saya selamat. Tapi kereta beliau teruk. Kos towing dan baiki sahaja hampir 7k. Sekali lagi beliau serabut.

Kos towing tu saya yang tolong bayarkan sebab saya tahu beliau tiada duit. Bermula dari k3s motor beliau, beliau jarang balik rumah. Beliau akan tidur di cabin site.Bila saya tanya kenapa jarang balik, atau kenapa balik lewat malam sedangkan kita habis waktu kerja sama, beliau akan cakap beliau serabut dan perlukan masa sendiri.

Kadang2 beliau balik lambat kerana lepak dengan kawan. Hal ini yang buatkan kami berg4duh teruk. Bila berg4duh suami akan guna “aku kau” dengan saya dan bercakap kasar dengan saya.Saya pula tidak dapat kawal emosi, saya pernah selerakkan barang2 dapur, pinggan mangkuk kuali dan bahan2 kering semuanya.

Bila suami masuk tengok rumah berselerak, suami peluk saya, pujuk saya dan minta maaf sebab banyak abaikan saya dan biarkan saya seorang diri di rumah.Bila dengan suami saya ni, saya rasa susah sangat nak communicate. Seolah olah bahasa kami berbeza. Beliau tak faham English. Bila saya bercakap dengan beliau, saya akan guna bahasa melayu macam baku tau untuk nyatakan apa maksud saya, apa saya nak.

Dalam perhububungan kan, kita kena bagi tahu dekat pasangan apa kita suka, apa kita tak suka supaya pasangan faham.Tapi bila saya cakap apa yang saya tak suka atau apa yang suami buat saya sedih, suami akan cakap yang apa yang saya rasa ni masalah kecil saja. Suami kata saya beria ria, suka besarkan hal kecil, suka sebabkan perg4duhan.

Sedangkan kalau suami faham dan tak ulang perkara yang saya tak suka, takde lah saya m4rah atau merajuk. Ada sekali tu kami berg4duh teruk. Punca dia bermula masa haritu saya sangat2 down dan emosi tak stabil.Mungkin sebab time tu saya baru period dan stress dengan kerja. Jadinya malam tu saya harap dapat luahkan dekat suami saya, dapat peluk dia dan dapat duduk dengan dia. Lepas saya siap masak, kami makan sama.

Lepas makan saya kemas dapur dan basuh pinggan mangkuk semua, dia pula terus ke balkoni untuk hisap rokok dan main fon. Saya faham dia nak me time jadi saya pun main fon jugak dan tunggu dia selesai scroll fon.

Selepas sejam saya panggil dia ajak masuk bilik. Dia kata pergi lah dulu. Saya pun okay la masuk balik bilik. Then selepas sejam saya panggil dia lagi. Kali ni saya cakap yang saya takde kawan, saya nak bercerita dekat dia.tapi dia kata ape masalahnya pergi la masuk dulu. Saya dah mula sedih. Dah nak dekat pukul 11.30 malam saya pergi lagi dekat dia saya cakap, abang jomlah teman saya dan saya ada benda nak cerita.

Tapi dia tetap tak tengok muka saya dan hanya main fon. Hati saya yang memang tengah down terus meluap m4rah saya tinggi suara dekat suami.

Saya cakap “abang tak pernah ada bila saya perlukan abang! Asyik saya saja kene ada bila abang ada mas4lah! abang asyik dengan fon2 !!”.

Tapi memang itu yang saya rasa. Bila dia takde duit, saya pinjamkan. Bila dia serabut saya yang tetap jadi pendengar setia, bila muka dia macam ada mas4lah saya yang sabar tanya dia kenapa.Tapi kenapa bila saya perlukan tempat meluah, suami tak peduli pun untuk letak fon sekejap, tengok muka saya dan dengar luahan hati saya.

Malam tu kami tido asing. Saya menangis sampai tertidur. Sebelum suami masuk tido bilik sebelah, dia sempat datang hempas pintu bilik yang saya tidur sambil mar4h saya balik.Dia takde pun datang nak pujuk saya atau cuba dengar apa saya nak cakap. Esoknya saya mesej dia cakap saya minta izin nak ke bandar.

Memang saya nekad naik moto dan packing baju ke bandar. saya plan tido hotel malam tu. Sebab saya masih sedih dengan sikap suami saya.Saya rasa, saya ada ke takde ke kat rumah tu, tak penting bagi suami saya. Balik saja keje suami call saya banyak kali. Saya tahu dia tak sangka saya berani naik motor pergi ke bandar yang jauh tu.

Ye, itu kali pertama saya bawak motor jauh sebab saya betul2 terasa. Suami m4rah saya dan cakap saya beria ria.Suami cakap punca saya m4rah tu terlalu kecil. See, sekali lagi dia pertikaikan perasaan saya. Terus saya cakap SAYA NAK BERCER4I.

Saya cakap dekat dia alang2 saya dekat bandar, saya nak ke m4hkamah syariah terus dan nak tanya tentang cer4i dan kaunseling. Dia cabar saya pergi.Dan memang saya pergi betul2. Dia fikir saya tak berani. Kalau saya dah pergi sejauh itu, maksudnya saya memang nekad. Lepas saja saya selesai tanya soal cer4i dan kaunseling, saya balik semula ke rumah kami.

Dekat 10 hari kami tak bercakap dan tinggal asing selepas kejadian tu sampai lah satu hari suami minta maaf sebab abaikan saya. Masa tu kem4rahan saya dah reda dan saya maafkan dia. Kami berbaik semula.

Sebenarnya, boleh dikatakan kami kerap sangat berg4duh. Setiap bulan mesti berg4duh. Setiap 2 minggu mesti berg4duh. Dan kalau berg4duh lama sangat nak berbaik semula. Kadang kadang 2 minggu tak bercakap dan suami tak balik rumah.

Dan yang buatkan saya tawar hati, tentang kejadian baru-baru ni. Kejadian 5 hari lepas. Birthday saya hari Sabtu lepas. Saya memang ada teringin nak sambut birthday dekat pantai. Tapi saya diamkan saja apa yang saya nak sebab saya risau suami saya takde duit.Sebab tu saya teringin nak pergi tempat free saja, iaitu dekat pantai. Dan tak perlu pun pergi makan dekat restoran, makan dekat warung2 mee atau rojak tepi pantai saja yang murah2.

Tapi saya fikir takpelah tak pergi mana2 pun asalkan weekend ni suami ada disamping saya, duduk rumah pun okay.Tapi rupanya Jumaat petang tu suami bagitahu saya, yang dia nak pergi ride dengan kawan2 dia ke Melaka. Saya terasa hati sangat. Malam tu saya tanya lagi betul ke suami nak pergi Melaka. Suami kata ye betul, kan dah cakap tadi.

Pastu suami cakap “ye tahu haritu birthday awak kan, nanti lah kita pergi makan2 ke, lagipun kita takde plan apa2 kan, takde pun cakap nak pergi mana2 kan, manalah abang tahu”.

Ya Allah, berkecai hati saya.

Bagi saya, suami tahu minggu tu birthday saya, tapi suami sendiri takde niat atau takde plan pun nak raikan saya. Saya rasa suami cakap nanti kita pergi makan tu pun sebab tengok saya macam tak puas hati, bukan sebab suami memang nak raikan saya.

Saya balas “saya sebenarnya ada saja rasa nak pergi pantai, tapi saya diamkan sebab saya taknak susahkan abang, saya risau abang takde duit. Rupanya abang lagi pentingkan kawan2 dan ride, habiskan duit untuk ride”. Dan terus kami berg4duh besar.

Paling saya tak boleh lupa, dan paling buatkan saya tawar hati sebab sebelum suami pergi ride esoknya, suami ada balik rumah nak packing baju.Suami nampak saya tengah berselubung dengan selimut, suami nampak saya tengah menangis, suami nampak betapa time tu saya tengah burnout, perlukan seseorang untuk comfort dan pujuk saya, tapi dia tetap jugak keluar rumah pergi ride.

Lepas saja suami keluar, saya menjerit meraung kuat gil4, saya hempas2 badan saya dekat lantai, badan saya dah tak rasa s4kit dah, sebab yang paling s4kit time tu ialah emosi saya, jiwa saya. Sanggup suami buat macam tu pada hari kelahiran saya.Sambil saya type ni, saya masih dapat rasa kes4kitan yang sama macam haritu. Saya nekad mintak cer4i.

Saya mesej suami cakap saya nak bercer4i, saya cakap saya menyesal nikah dengan suami, saya cakap terima kasih sebab utamakan kawan2 abang dan terima kasih hncurkan hati saya pada hari yang saya cuma nak rasa dihargai.

Suami balas “tak boleh ke ganjak sambut hari lahir tu waktu lain”. Habis tu suami tak boleh ke tak join ride tu dan join ride tarikh lain.

Suami cakap “kalau betul nak bercer4i kau call abah kau bagitahu. kau jangan nak main2, kalau kau tak maksudkan kau jangan cakap”. Ye saya call abah saya betul2 dan saya menangis cerita pasal apa yang terjadi.Abah saya pujuk saya suruh sabar, suruh mengaji dan solat, jangan ikutkan sangat perasaan.

Tapi dihujung talian saya tanya abah saya “kalau adik dah memang tak boleh terima dia lagi, macam mana? abah okay tak adik nak bercer4i juga. adik macam tak serasi, adik tak boleh” dan saya terus menangis.

Abah saya cakap “kalau itu yang adik nak, abah boleh kata apa”.

Selepas saya terus terang dengan abah saya, saya mesej suami saya cakap yang saya dah call abah. Dia terkejut dan sangat m4rah. Sebab sebenarnya bulan 6 nanti akan ada majlis sambut menantu. Dia kata nanti family dia akan malu.

Sebab tu dia m4rah sangat. Kenapa ye, dia boleh rasa m4rah sedangkan perasaan saya ni dia tak ambil peduli.Saya cakap saya boleh tunggu untuk bercer4i sampai habis kenduri belah suami, tapi saya minta maaf kalau selepas ni perasaan saya pada abang dah tak macam dulu dan layanan saya dah tak macam dulu. Ini last mesej kami.

Sekarang dah 2 hari kami tak contact each other dan 5 hari kami tak sebumbung. Suami entah kemana, mungkin masih sibuk ride dengan kawan2 dia, atau tengah balik kampung untuk jumpa ibu ayah dia.Tapi yang saya tahu, walaupun dah 5 hari berlalu, hati saya masih tak dapat lupa kes4kitan yang dia tinggalkan pada saya.

Sepanjang kami berkahwin, kami belum pernah berjalan2 yang tidur bermalam, honeymoon pun tak ada. Semuanya saya faham sebab dia ada masalah kewangan.Kadang2 barang peribadi asas saya macam tuala wanita, panty liner, bedak, pencuci muka semua saya beli sendiri. saya takde pun nak claim pada dia sebab saya taknak bebanakan dia.

Tapi sejak saya tahu dia pergi ride masa birthday saya, saya rasa sangat m4rah sebab saya rasa untuk ride dia sanggup pula keluarkan duit.

Saya banyak pendam apa yang saya teringin hanya kerana saya taknak susahkan dia, tapi hati saya hncur bila dia utamakan keseronokkan dia. saya disini jauh dari family, jauh dari kawan2, saya hanya ada suami. Saya sunyi. Saya keseorangan. Tapi suami selalu abaikan saya.

Saya tawar hati untuk teruskan perkahwinan ni. Saya masih muda, lepas bercer4i pun saya masih boleh cari kerja lain dan hidup jauh dari tempat ni.Saya boleh hidup lagi happy dan tenang tanpa perlu s4kit hati dengan suami. Saya dah plan nak cari kerja di bandar yang dekat dengan kawan2 dan keluarga saya.

Walaupun saya akan single selamanya ke, lagi better hidup sendiri dari hidup dengan orang yang tak hargai kita. Betul kan. Saya harap lepas ni saya akan hidup lagi bahagia dengan family saya dan kawan2 saya.

Semoga saya dapat kerja dekat bandar dan mudah untuk saya explore diri saya lagi.Semoga suami saya pun lepas ni bebas untuk hidup dengan kawan2 dia dan motor dia.– Hawa (Bukan nama sebenar) IIUM .Apa Kata Anda.M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah..Terima Kasih krn sudi membaca

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *