Uncategorized

“Saya ingatkan biawak…” Lelaki Trauma Punggung Digigit Ketika Khusuk Membuang Air Besar. First time jadi ni…

MALANG tidak berbau.
Begitulah kisah pemuda ini yang digigit seekor ular sawa batik ketika sedang membuang air besar di kediamannya di Selayang, Selangor pada 28 Mac lalu.

Kisah melibatkan Sabri Tazali, 28, ini tular selepas dia berkongsi pengalaman menerusi laman Twitter pada Ahad tengah hari.

Bercakap kepada mStar, dia yang senang disapa Sabri sempat memperincikan semula kejadian itu yang dianggap sebagai detik malang dalam hidupnya.

“Saya sakit perut, ketika itu saya sedang buang air besar dalam tandas. Saya ni jenis main telefon, dekat 15 minit main game. Masa tu saya tengah duduk, tiba-tiba ada seekor ular terkam di bahagian punggung.

“Saya ingatkan biawak, sebab belakang rumah selalu ada biawak. Bila saya bangun, ular masih melekat di punggung. Saya terus tarik ular itu dan campak ke dinding. Tiba-tiba saya jadi panik nak buka pintu, saya tumbuk pintu sampai pecah.

“Tapi sejujurnya tak rasa sakit. Saya cuma nak tahu ular jenis apa je. Bila dah Google baru saya tahu yang ia ular jenis tak bahaya. Cuma takut ia membelit. Nasib baik saya yang kena, risau kalau kejadian tu berlaku pada mak atau anak-anak saudara saya,” imbasnya.

Ular tersebut ditangkap oleh Bomba selepas ditemui di dalam tandas di kediaman Sabri.
Menurut Sabri, dia turut menghubungi Bomba untuk menangkap ular tersebut sebelum bergegas ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Trauma dengan kejadian itu, Sabri berkata dia terpaksa menggunakan tandas masjid berdekatan selama dua minggu kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“Selepas kejadian itu, saya terus cuci dan pakai kain pelikat ke hospital dengan isteri. Mujurlah hospital pun dekat dengan rumah. Mujur juga ular itu bukan jenis berbisa, tapi doktor tetap bagi suntikan kancing gigi kepada saya.

Ayah saya kata dah 40 tahun lebih duduk di kawasan perumahan teres tu, kali pertama berlaku kejadian macam ni.
SABRI

“Selepas dua minggu, saya periksa kawasan luka, masih ada separuh gigi ular, ia terpatah mungkin sebab saya sentap ular dengan kuat. Sejujurnya memang trauma dengan kejadian itu.
“Dua minggu saya buang air besar di masjid belakang rumah. Lepas tu terpaksa tukar pintu tandas. Mangkuk tandas lama yang berwarna maroon juga sudah ditukar kepada yang putih.

“Ayah saya kata dah 40 tahun lebih duduk di kawasan perumahan teres tu, kali pertama berlaku kejadian macam ni, Sekarang memang saya ekstra hati-hati,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Sabri di Twitter menerima 1,000 ulang kicau (retweet).
Sabri ditemani isteri ketika menerima rawatan di Hospital Selayang.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya gerun dan bersimpati dengan kejadian yang berlaku.
“Allahuakbar tak dapat bayangkan kalau kena kat yang fobia ular macam aku ni. Baca je dah seram.

“Sebab tu kalau kat public toilet atau even kat rumah sendiri, sebelum nak ‘memerut’ tu better flush dulu lepas tu sekejap-sekejap ‘usha’ lubang toilet.

“Biadabnya ular ni, dah la masuk jamban orang dia pula yang gigit,” tulis beberapa netizen.

kredit:mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.