Uncategorized

Janna Nick Terslnggung Dikvtuk Gemuk, Paha Besar Mcm Kayu Balak.. Sedlh Sampai Terfikir Nak Buat Benda Ni

PERNAH dikatakan gemuk dan memiliki paha besar , pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia pernah terfikir untuk menjalani prosedur pembedahan bariatrik atau pintasan perut (potong usus).

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 27, dia tersinggung dengan kutukan itu dan mahu membuktikan dirinya boleh mendapatkan kembali bentuk tubuh yang langsing.

“Hari ini aku sedih.. selama ini aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk atau paha besar.

“Tetapi kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut. Aku akan buktikan aku boleh kurus,” jelasnya.

Janna berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram pada Selasa.

Dalam video tersebut, penyanyi lagu Gatal ini dilihat memulakan sesi latihan di sebuah gimnasium.

Dalam pada itu Janna turut meninggalkan pesanan kepada pengikutnya supaya tidak melihat isu body shaming sebagai sesuatu bahan jenaka.

“Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang.

“Aku harap orang yang tengok video ini berhenti body shaming orang lain.

“Jangan jatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri,” ujarnya.

Perkongsian Janna itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut.

Rata-ratanya meminta Janna untuk terus kuat dan tidak memikirkan kata-kata negatif dan kutukan berkenaan.

melihat ke ruangan komen, ada di antara netizen yang mengatakan paha janna nick besar mcm…

Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan

Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Janna berkata, pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu menelan kos kira-kira RM6 juta.

“Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim. Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.

“Saya memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di sini tempat saya membesar selain atas kepercayaan penuh AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga saya sendiri.

“Setakat sekarang kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi dan tambak tanah.

“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan,” katanya.

Menurut Janna, sebaik sasaran kutipan dicapai pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan. Walaupun kos untuk menyiapkan pusat tahfiz ini agak besar, tapi saya percaya dengan kuasa sedekah. Insyaa-Allah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat,” katanya.

Terdahulu,Rancangan I Can See Your Voice Malaysia telah memasuki musim kelima dengan gandingan pengacara terbaru, Izzue Islam dan Ain Edruce. Seperti biasa, penyanyi-penyanyi tanah air dijemput hadir sebagai penyanyi jemputan untuk mengenalpasti sama ada peserta yang mana bukanlah penyamar.

Malam tadi pula, peminat setia I Can See Your Voice Malaysia dapat menyaksikan penyanyi rap wanita popular, Zizie Kirana sebagai penyanyi jemputan manakala dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa juri seperti pelakon, Janna Nick, Andi Bernadee, Marsha Milan dan beberapa lagi selebriti hebat yang lain.

Walau bagaimanapun, selain asyik melayan gelagat Zizie Kirana bersama juri untuk bersama-sama mengenalpasti peserta penyamar mahupun penyanyi sebenar, di hampir pengakhiran rancangan episod Zizie Kirana ini terjadi pula kejadian tidak disangka-sangka berlaku terhadap Janna Nick.

Juri dan pengacara I Can See Your Voice Malaysia bagaimanapun dengan pantas menolong Janna Nick yang dilihat terjatuh selepas ingin duduk dikerusinya.

Kejadian Janna Nick terjatuh dan dikongsikan oleh dirinya sendiri ini bagaimanapun mencuit hati ramai apabila Janna Nick turut menulis kapsyen, “Sakit tapi tetap pertahankan… siapa gelak esok cirit.”

 

Video:

@jannanickofficial

Sakit Tapi tetap pertahankan…siapa gelak esok cirit

 original sound – jannanick95 – jannanick95

 

Perkongsian rakaman video pendek tersebut nampaknya dihujani dengan ratusan reaksi ramai yang mana kejadian tersebut menarik perhatian ramai penonton ICYVM pada malam tadi.

“Owner post”

“Aku cirit birit ni, mungkin sebab aku tersalah gelak”

 

“Bukak2 tv tengok member dah jatuh…”

“Takpela Kak Janna benda dah jadi…”

 

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.