Bangun Subuh Suami Xde Kat Katil. Aku Pergi Dapur Nak Masak Terkjut Suami Buat Sesuatu Di Dapur.

Masa bercinta sy tak tahu pn perangai sebenar dia. Yang sy tahu gaji dia sangat lumayan..
Nama saya Nurul. Berumur 27 dan baru sahaja berkahwin setahun lebih. Dalam keluarga saya mempunyai 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan termasuk saya.
Saya dibesarkan dalam keluarga yang dimana lelaki dirajakan dan perempuan dihambakan dimana kerja2 rumah dan luar rumah seperti berkebun dilsayakan oleh perempuan.
Dari memasak, mengemas, angkat pasu dan bercucuk tanam, semua dilsayakan oleh perempuan di dalam keluarga ini termasuk lah ibu ku.
Yang lelaki, biasanya akan duduk di ruang tamu, bersila dan menunggu makanan di hidangkan diketuai oleh ayah saya.
Biasanya ketika makan bersama, saya akan ulang alik ke dapur jika abang2 atau ayah saya menyuruh saya refill air basuh tangan, atau pun buat air panas, atau tiba2 disuruh untuk goreng telur. Ibu pula biasanya tidak akan makan sekali.





Saya hanya mengiyakan sahaja dan sayar pada kata2 ibu. Nak dijadikan cerita, pada 2018, saya bernikah dengan seorang lelaki yang saya kenal sejak sekolah lagi. Dia merupakan kawan baik saya dan akhirnya jodoh saya. Suami saya agak misteri.
Semasa kami bercinta, saya tidak dapat agak perangai sebenar dia atau peribadi dia. Saya hanya tahu dia mempunyai kerja yang bagus di syarikat GLC dan mempunyai gaji yang lumayan.
Suami saya merupakan anak orang berada. Mereka tinggal di sebuah rumah banglo yang mempunyai laman yang besar.
Adik beradik suami saya semuanya lelaki, dan mereka tidak mempunyai ibu lagi. Beberapa hari selepas bernikah, kami balik ke rumah kami. Berbekalkan nasihat ibuku bahawa isteri wajib berkhidmat habis2an untuk suami.
Saya persiapkan mental dan fizikal saya untuk berkhidmat untuk suami saya. Pagi hari kedua di rumah kami, saya bangun awal untuk siapkan makan pagi suami saya.
Saya fikir, disebabkan semua adik beradiknya lelaki, mungkin saya dan ipar2 saya akan dihambakan lagi. Baiklah saya bersedia.
Saya disambut baik oleh family suami saya. Bilik cantik sudah disiapkan untuk kami bermalam di situ. Tanpa saya sangka, keluarga nya sangat peramah dan baik2 belaka.
Mereka juga mempunyai kerja2 yang bagus dan masing2 mempunyai degree dalam bidang2 yang bagus. Ayah mertua saya juga rajin berbual dengan saya bertanya macam2 tentang saya dan kerjaya saya.
Buat kali pertama, saya rasa seperti di hargai. Keesokan pagi di rumah mertua, saya ke dapur untuk memasak untuk keluarga mertua.
Sekali lagi saya terkedu kerana yang berada di dapur hanyalah suami saya, adik beradik suami saya dan ayah mertua saya.
Kalau setakat mintak tolong amik air, itu biasa lah. Di sini, jika sampai waktu makan, semua orang akan masak dan hidang kan makanan sama2.
Setelah selesai hidang, baru lah semua ambil tempat duduk untuk makan sama2. Jika ada yang mahu air sedap2, mereka akan ke dapur untuk buat sendiri. Selesai makan, kami akan kemas meja makan sama2.
Bila sudah selesai, baru lah semua ke ruang tamu untuk luangkan masa bersama. Saya sangat kagum dengam keluarga ini. Saya tertanya2 macamana lah ibu bapa mereka didik mereka.
Ibu mereka sudah tiada, tapi masih berdisiplin. Saya sangat bersyukur suami saya dibesarkan dengan baik, dan bersyukur kerana mempunyai keluarga baru yang baik dan bagus.
Sangat berbeza dengan keluarga saya yang menghambakan perempuan. Terima Kasih.
Sumber: Kuasaviral