Uncategorized

Nama Kena Petik Dgn Vokalis SOG, Ini Ayat Dato Siti Bagi. Terdiam Terus Vokalis SOG

Kuala Lumpur: “Ramai saja artis sebelum ini sudah keluar (di digital billboard), bila ‘time’ saya saja kenapa nak usik pula.”

Demikian kata penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan pemilihannya menghiasi papan digital tersohor New York Times Square di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Penampilan Siti itu bagi mewakili negara bersempena kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital dunia, Spotify.

Siti, 43, berkata, pihak terbabit sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada mereka yang berkenaan iaitu Spotify terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen.

“Kalau boleh minta dulu penjelasan daripada pihak berkaitan (Spotify) barulah boleh komen. Kadang-kadang tersalah komen itu yang jadi tak syok,” katanya

Terdahulu Siti ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Raya CTDK Holdings di Petaling Jaya, semalam.

Pertikaian itu juga menjadi bualan hangat pengguna Twitter hingga saling berbalas ciapan termasuk peminat Siti.

Malah, terdapat pihak yang mahu Siti menasihati peminatnya agar tidak bertindak dengan membuat ‘serangan’ melulu di alam maya menerusi komen dan ciapan.

“Saya tak nak jadi budak-budak. Apa yang ditulis di Twitter bukan mewakili diri saya pun. Kadang-kadang bukan mewakili peminat saya pun. Orang saja anggap.

“Sepatutnya muzik menyatukan. Betullah, itu yang sebenarnya. Sebab muzik ini sangat universal dan istimewa. Bayangkan saya ke luar negara, mereka tak faham bahasa saya, tapi mereka boleh hargai. Itu sepatutnya kena saling menghargai. Itu juga saya cuba terapkan dalam setiap persembahan lagu-lagu saya,” katanya.

Siti juga menjadi warga Malaysia kelima untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan Dolla dan Iman Troye.

“Sikap mereka hanya mencemarkan imej Siti Nurhaliza” Vokalis SOG

Terdahulu Vokalis Sekumpulan Orang Gila (SOG), Raja Nazrin Shah memohon penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza untuk menegur tingkah laku sejumlah peminat tegarnya sekiranya mereka bertindak keterlaluan.

Kata anggota kumpulan yang baru memenangi Anugerah Juara Lagu ke-36 itu, sikap mereka hanya mencemarkan imej penyanyi itu yang menurutnya “seorang yang merendah diri.”

“Kita selalu nampak di Twitter, Siti Zoners secara aktifnya merasa mereka sangat entitled (paling berhak).

“Perkara ini sangat tak sihat kerana Siti Nurhaliza sendiri seorang yang sangat merendah diri,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran platform media sosial FENIX360 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya lagi, diberikan peluang dia sendiri ingin bertemu dengan Siti Nurhaliza bagi meluahkan hasratnya.

Polemik itu berlaku susulan Raja Nazrin menunjukkan tanda setuju dengan membalas ciapan seorang komposer dan penerbit yang tidak berpuas hati mengenai beberapa penyanyi tanah air yang dipaparkan di papan iklan di Times Square, New York.

JD Wong mempersoalkan dalam barisan penyanyi yang ditampilkan di papan iklan itu, siapa yang pernah membuat persembahan di kota itu.

Raja Nazrin dalam ciapannya pula menyelar pihak syarikat rakaman tertentu dan sebuah platform digital penstriman muzik yang dikatakan cuma memikirkan soal wang.

Setakat ini, beberapa penyanyi tempatan yang tampil di papan iklan itu ialah Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa, Aina Abdul dan yang terbaru, Siti Nurhaliza.

Menurut penyanyi Pelukan Angkasa itu, ciapan dibuatnya mengundang rasa tidak puas hati ramai peminat kepada penyanyi yang muncul di papan iklan berkenaan, terutama peminat Siti Nurhaliza.

“Yang terasa dalam bab-bab begini ramai Siti Zoners saja. Maksud saya (sebenarnya) antara ketujuh-tujuh penyanyi berkenaan, siapa yang betul-betul pernah mengharumkan nama Malaysia?

“Kalau tanya saya hanya ada dua orang iaitu Yuna dan Siti Nurhaliza. Tapi yang lain, adakah kita boleh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dengan pencapaian mereka?” ujarnya.

Ditanya sama ada dia sendiri bersikap besar kepala memandangkan baru bergelar juara AJL36, pemilik nama penuh Raja Nazrin Shah Raja Azaham menafikannya.

“Orang selalu cakap saya seorang yang suka cakap lepas. Tapi saya selalu bercakap benda yang betul tetapi pahit untuk ditelan.

“Saya takkan tegakkan benda yang salah. Walaupun saya bukan orang yang popular dalam industri, tapi saya tahu selok-beloknya.

“Jika orang lain tak mahu bersuara, biar saya yang bersuara. Biar saya jadi pemetik api,” katanya lagi.

Menguatkan kenyataannya itu, Raja Nazrin berkata dalam ciapan tersebut, dia sebenarnya lebih menyentuh aspek kesedaran dalam menghargai seni muzik.

Bahkan menurutnya, perdebatan di media sosial itu berlaku mungkin akibat segelintir peminat Siti Nurhaliza yang kurang kesedaran dalam menghargai seni muzik.

“Tahap yang sangat rendah. Perkara macam ini sangat kelakar kerana mereka tak faham konteks. Bila kita jelaskan, mereka bitter.

“Orang pandang artis sekadar untuk menghiburkan masyarakat tetapi ada juga yang mahu buat orang berfikir. Tak boleh pukul rata bahawa artis perlu buat orang gembira,” katanya lagi.

kredit: hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.