Uncategorized

Dua Tahun Tiada ‘Job’, Ali Puteh Beritahu Sebab Dia Sedia Berdamai Dengan Nor Hidayah

Susulan kontroversi sebelum ini, kerjaya seni Ali Puteh terjejas

KEMELUT antara Ali Puteh dengan balu kepada Allahyrham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali memberi kesan besar kepada kerjaya pelawak itu apabila dia tidak menerima banyak tawaran kerja dan ada antaranya dibatalkan pada saat-saat akhir.

Ali, 33, yang merupakan adik kepada arwh Abam mendedahkan dia melalui hidup sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri untuk menyara perbelanjaan keluarga.

Sejak awal kes ini mendapat perhatian memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.

 

Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil.

“Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sebagai modal perniagaan bagi meneruskan kehidupan.

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.

“Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu,” ujarnya.

 

 

Ali anggap apa yang berlaku sebagai ujian.

“Memang ada rasa tertekan kerana saya ada tiga orang anak. Ketika arwah ibu masih hidup saya juga menanggung kos rawatan perubatan. Saya hanya katakan kepada isteri percayalah rezeki akan datang satu hari nanti.

Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini” -Ali Puteh

Untuk rekod, Abam menggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

 

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Berikut kronologi kejadian saman-menyaman antara Ali Puteh dan kakak iparnya;

1. Allahyarham Abam disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

2. Kontr0versi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadap Ali Puteh sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

3. Pada Mei 2020, Nor Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

4. Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Baca juga “Korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan” – Tumor makin membesar, Aaron Aziz tangguh pembedahan

5. Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya menuduh Ali Puteh mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

6. Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

5. Pada 27 Ogos 2020 lalu, Ali Puteh memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

6. Dalam saman itu, Ali Puteh bersama bapanya, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan, ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah Syed Mohd Ridzuan pada Julai 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Nor Hidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

7. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.

Terdahulu, Nor Hidayah dan Abam Bocey melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Biodata

Pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey.

Menggunakan nama komersial, Ali Puteh.

Kelahiran Gombak, Selangor pada 1989.

Berumur 31 tahun.

Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pelakon dan pengacara sejak tahun 2012.

Perjalanan Karier

Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Raja Lawak musim keenam pada tahun 2012 yang mana ketika itu beliau menganggotai kumpulan Albob bersama abangnya, Abam.

Pada 2013, beliau bertanding dalam program Bintang Mencari Bintang bersama Mohd Daniel Lee dan menggunakan nama ‘Bowl’, menjadi protege kepada pelawak senior, Dato Afdlin Shauki.

Pada 2015, beliau menubuhkan kumpulan Puteh bersama Mamak dan diangkat sebagai naib juara Projek Komedi Warna.

Kejayaannya berterusan di Maharaja Lawak Mega 2016 sebagai pemenang tempat ketiga di peringkat akhir.

Penyertaan bersama Man Raja Lawak sebagai ahli baru Puteh membawa kepada kemenangan trofi juara Maharaja Lawak Mega 2019 sekaligus menjadi kemuncak kerjaya seninya setakat ini.

Lain-lain pencapaian beliau termasuk menduduki tempat kelima Maharaja Lawak Mega 2017 dan tempat keempat Maharaja Lawak Mega 2018.

Kehidupan Peribadi

Merupakan anak kepada pasangan Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey (bapa) dan Rosbiah Arshad (ibu).

Abangnya, Abam Bocey turut bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelawak.

Anak keduanya meninggal dunia pada 26 November 2019 ketika dirinya masih berentap di Maharaja Lawak Mega 2019 minggu kelima.

Dugaan baharu menyusul apabila abangnya, Syed Umar Moktar atau Abam Bocey pergi menghadap Ilahi pada 10 Februari 2020 selepas menderita demam panas.

Sumber: Mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *