Uncategorized

Kekayaan cecah RM22 juta? – “Itu cuma pinjaman Allah SWT”

SHAH ALAM : Pelakon sensasi, Datuk Adi Putra, 41, enggan mengulas dakwaan memiliki kekayaan sebanyak RM22 juta sebagaimana yang didakwa oleh sebuah portal tempatan.

Menurut Adi, dia lebih selesa menganggap segala kesenangan dan kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan dari Yang Maha Esa.

“Angka itu diberikan oleh orang dan Ia boleh jadi lebih dan kurang. Namun, ia hanya angka, apa yang lebih penting ialah hala tuju kita sebagai hamba. Saya hanya meminjam daripada-Nya sahaja.

“Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir. Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial.

“Namun saya lebih selesa di belakang tabir kerana ada banyak urusan yang ingin saya ceburi. Kalau saya berhenti berlakon, ada yang akan merindui. Saya hanya membantu mereka untuk ke destinasi,” katanya.

Adi berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pelancaran filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di Pangkalan Udara Subang, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentara Udara, Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal, Adi tersenarai sebagai selebriti yang mempunyai kekayaan lebih dari RM4.3 juta pada tahun 2017/2018.

Malah, Adi juga tersenarai sebagai 10 selebriti terkaya di Malaysia.

Selain itu, ditanya mengenai pembabitannya yang kerap dalam menyantuni masyarakat, Adi menganggap ia adalah sebahagian tanggungjawab sosial seorang figura umum.

“Saya rasa saya bersyukur dan berterima kasih kepada orang tua saya dan mereka yang penyampaikan berita itu.

“Kerana tidak perlu saya hebahkan kerana mengantara itu sudah ada. Betul saya nak memberi kepada masyarakat dengan cara ini, orang lain lain caranya.

“Sebagai figura awam saya tidak boleh lari daripada pemerhatian orang. Sekurang-kurangnya itulah yang boleh saya lakukan,”katanya.

Untuk rekod, Adi menubuhkan syarikat agensi pengurusan umrah dan haji bermula tahun 2013.

Terdahulu, Nama Datuk Adi Putra sangat popular sebagai pelakon drama dan juga filem di Malaysia. Mungkin ramai tak tahu Adi Putra pernah menjadi seorang model terkenal sejak berada di Singapura lagi. Kehidupannya semakin memuncak kerana perniagaannya juga semakin dikenali ramai

Kebahgiaan Datuk Adi semakin dilihat disamping istri tercinta, Datin Aida. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah sumbangan Datuk Adi sehingga mendapat gelaran tersebut?

Datuk Adi ini walaupun mungkin di lihat tidak sekerap dahulu untuk muncul di dalam mana-mana drama dan juga filem, beliau sekarang ini sangat aktif dalam membesarkan bisnes travelnya yang semakin maju itu.

Malah,dia juga bergerak aktif dengan pertubuhan amal sejak tahun 2020, pelakon Datuk Adi Putra berkata dia menimba banyak pengalaman sepanjang menyertai program misi kemanusiaan itu.

Menurut Adi atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim, 41, dia dapat melihat sendiri kesusahan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh mereka yang kurang nasib baik.

Dalam pada itu, Adi berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi perkembangan aktiviti misi bantuan kemanusian yang dilakukan di media sosial.

Bagaimanapun, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini berharap orang ramai dapat menggunakan laman sosial bagi menyebarkan mesej positif mengenai program kemanusiaan.

Jika di ikutkan, Datuk Adi ini juga tersenarai sebagai selebriti yang mempunyai kekayaan lebih dari USD 1 million untuk tahun 2017/18. Hal ini tidak di nafikan oleh Datuk Adi memandangkan dia dengan rendah diri turut mendoakan kebaikan buat pihak yang menulis artikel tentangnya itu.

Kata Datuk Adi,“Terima kasih kepada yg Menulis Artikel ini, semoga Allah permudahkan Urusan Anda. Bonda ku berpesan, permudahkanlah urusan org lain InsyaAllah Allah permudahkan Urusan mu, menjayakanlah niat dan hajat org lain insyaAllah Allah akan menjayakanmu. Pesanan dari kecil hingga kini tak akan ku lupai. Ameen YA Rabb”.

Ramai persoal status kerakyatan

Datuk Adi Putra mengesahkan bahawa dirinya kini sebagai seorang warga negara Malaysia.

“Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

“Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.

Adi Putra nikah semula bekas isteri pertama

Terdahulu, Datuk Adi Putra telah selamat menikahi bekas isterinya Aida Yusof.

Adi dan Aida telah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan bercer4i pada March tahun lalu setelah 11 tahun bersama.

Dalam masa yang sama Adi telah mengejutkan industri apabila mengahwini isteri kedua pada 20 Jun 2016 dengan seorang ibu tunggal beranak satu dan juga merupakan pegawai di sekolah agensi kerajaan dan bercer4i juga dalam masa yang sama dengan Aida.

Adi dan Aida tidak dikurniakan cahaya mata, namun mereka berdua telah mengambil seorang anak angkat

Sumber : klmenjerit

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.