Uncategorized

“Saya nikahi Jasmin kerana Allah” – Terima komen luc4h, suami Jasmin Hamid rayu netizen henti kaitkan sebab kahwin lelaki muda

KUALA Lumpur: “Dada terasa berat seperti dihempap batu, kalau lambat ke hospital saya mungkin terkena serangan str0k”.

Demikian perkongsian pelakon Jasmin Hamid, 48, yang kini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di sini, selepas mengalami ser4ngan j4ntung pada Selasa lalu.

Jasmin menerusi aplikasi TikTok berkata, dia tidak sangka terkena serangan jantung kerana mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

“Selepas berjumpa Datuk Eizlan Yusof, saya sedang mengemas di dapur. Kemudian saya mula rasa kurang selesa seperti hendak pitam, yang mana tangan, muka dan rahang terasa kebas. Manakala kepala dan perut saya juga terasa sakit.

“Saya terus masuk ke dalam bilik kerana suami dan anak sudah tidur. Takut apa-apa terjadi saya berseorangan di ruang tamu. Peluh dingin sudah membasahi seluruh tubuh.

“Kemudian saya cuba tidur namun tidak mahu lelap. Saya makan ubat kerana mula rasa sakit-sakit badan kerana sebelum ini saya terkena ‘diarrhea’.

“Rupanya saya terlupa, arwah mak saya dulu dia sakit perut. Rupanya itu adalah tanda-tanda sebelum terkena serangan jantung,” kata Jasmin.

Perkongsian Jasmin di TikTok sekitar jam 2.30 pagi itu tergendala apabila dua rakannya terkeluar daripada siaran langsung berkenaan.

Kebanyakan peminat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan pelakon itu.

“Saya tidak suka tinggal di hospital, terima kasih semua kerana mendoakan kesihatan saya kembali pulih. Suami hanya boleh berada di sisi ketika waktu melawat saja.

“Saya berlapang dada dan menganggap ini adalah ujian daripada Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh dan boleh keluar hospital secepat mungkin,” kata Jasmin.

Terdahulu, berita itu dikongsikan suami Jasmin iaitu Nazmir Abd Rahim, 36, menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram Jasmin memohon orang ramai dan pengikut pelakon itu sama-sama mendoakan kesihatannya kembali pulih.

Tergamak komen luc4h, suami Jasmin Hamid rayu netizen henti kaitkan kahwin lelaki muda punca kena ser4ngan jantung

MELAMPAU! Suami kepada Jasmin Hamid iaitu Nazmir bengang dengan tindakan segelintir netizen yang menulis komen keterlaluan mengaitkan hubungan seksual mereka sebagai punca pelakon itu diserang peny4kit jantung.

Nazmir atau nama sebenarnya Nazmir Abdul Rahman, 35, yang juga pengurus peribadi dramatis itu merayu netizen berhenti menulis komen berbaur lucah dan menghormati keadaan isterinya yang masih bertarung nyawa.

“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri yang masih lagi di CCU kerana serangan jantung”

“Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya.

“Kalau tak suka kami, abaikan kami,” tulisnya di Facebook peribadi pelakon berkenaan pada malam Khamis.

Nazmir memuat naik paparan skrin komen netizen.

Nazmir turut memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduh perkahwinan mereka sebagai punca wanita itu diserang penyakit jantung.

“Sebab kahwin pucuk muda sampai kena heart attack, yang lelaki tu cuci kaki masuk rumah.
“Suami pun tenang-tenang jangan macam kuda, kan dah masuk hospital.

Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya

Pada Rabu lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) di Hospital Sungai Buloh akibat serangan jantung.

Nazmir, 36, memberitahu doktor memaklumkan isterinya mengalami serangan jantung itu disebabkan faktor kolestrol dalam badan selain mempunyai sejarah keluarga dengan sakit yang sama.
Jasmin dan suaminya pada sambutan Aidilfitri lalu.

Dalam pada itu, Nazmir juga mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesembuhan isterinya.

“Pada yang tak putus panjatkan doa kepada Jasmin, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan kembalikan doa-doa baik untuk kalian.
“Kepada yang berkata guna emosi saya serahkan kepada Allah,” ujarnya lagi.

Jasmin dan Nazmir yang juga pembantu peribadinya melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada 19 November tahun lalu selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.

kredit:hmetro

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *