Uncategorized

‘Hangpa Kenai Org Tua Ni’ – Begini Keadaan Terkini Sidi Oraza, Dulu Hilang Segalanya Kereta Dan Rumah

” Tengah dok sembang dengan Areel, tiba-tiba terperasan seseorang di meja berhampiran. Dok tenung-tenung, rupanya sah, Sidi Oraza!”Demikian perkongsian pelakon dan pengarah, Megat Sharizal di Instagram beliau pada April tahun lalu yang mencuri perhatian ramai.

Megat yang juga pelakon drama Scammer berkata, beliau memberanikan diri untuk menegurnya dan memperkenalkan diri dan meminta izin untuk bergambar dengan Sidi Oraza.

” Selepas menjawab salam dan memberi keizinan untuk bergambar, benda pertama yang keluar dari mulutnya ialah, “Hangpa kenai orang tua ni!”

” Niat nak bergambar je, tiba-tiba kami dijemput duduk dan sambung bersembang lebih kurang sejam!

” Dalam masa singkat itu bermacam-macam perkara tentang dunia filem yang berjaya dikongsi. Ayat yang takkan kami lupa adalah “Don’t get trapped!”

” It was a pleasure meeting you Abang Sidi Oraza. Certainly one of the best actors of his generation. Alhamdulillah for guiding us to meet this legendary person..” tulis Megat.

Sementara itu pelakon Ainina Ahmad B juga pernah memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya bersama Sidi Oraza dan isterinya.Ainina mengambil peluang tersebut untuk mengabadikan gambar kenangan bersama pelakon yang cukup dikaguminya suatu keika dahulu.

” Abg Sidi Oraza ….one of the best actor i’ve known…. and got lucky sebab dpt berkerjasama dlm beberapa drama..still mcm dulu peramah..” tulis Ainina.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Apatah lagi ramai yang ingin mengetahui perkembangan pelakon ini memandangkan sudah lama tidak mendengar khabar mereka.

Masih ingat anda dengan Sidi Oraza?

Suatu ketika dahulu, susuk tubuh berwajah tampan ini pernah mewarnai dunia seni lakonan tanah air.Bahkan era 90-an nama Sidi Oraza cukup terkenal ditambah dengan lakonan yang cukup mantap dalam filem Sayang Salmah dan Layar Lara telah menjulang nama jejaka ini ketika itu.

Namun Sidi Oraza yang kini bergelar Dato Sri kemudiannya meninggalkan dunia lakonan dan menceburi bidang bisnes berasaskan perladangan dan baja.

Kehidupan rumah tangga juga bahagia disamping isteri tercinta Datin Sri Tengku Ismawti yang juga dramatis terkenal suatu ketika dahulu.

Menarik tentang Sidi Oraza

Sidi Oraza atau nama sebenarnya Syed Osman Bin Syed Rastan, berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang, merupakan seorang pelakon Malaysia yang mencipta nama pada era 1990-an.

Pernah memenangi award Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-41, 1996 (Auckland, New Zealand), melalui Filem Sayang Salmah. Sekarang beliau sudah menjadi usahawan yang berjaya.

Selepas itu, nama Sidi Oraza mula tenggelam dek kemunculan nama-nama baru sementelah pasangan ini juga tidak lagi aktif.

Pemilik nama sebenar Syed Osman bin Syed Rastan ini dilahirkan pada 31 Oktober 1965 di Ayer Hitam, Pulau Pinang. beliau mula mencipta nama pada era 1980-an.

Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif.

Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika ak1bat pnyakit.

Pada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan.

Beliau pernah menerima Anugerah Keusahawanan Bio Terbaik pada 2015

Menurut Syed Osman yang juga Presiden Syarikat Diversatech (M) Sdn. Bhd, beliau amat bersyukur kerana terpilih sebagai penerima anugerah berprestij itu yang dianggapnya ibarat menerima anugerah pelakon terbaik.

” Saya tidak menyangka dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut, namun semua ini adalah ketentuan Allah SWT dan apa yang paling penting kita kena berusaha bersungguh-sungguh jika mahu berjaya.”

” Sama juga dalam bidang lakonan dahulu, saya menang tujuh anugerah sebab saya lakukannya dengan bersungguh-sunguh dan ikhlas.

” Pokok pangkalnya tidak kira dalam apa jua lapangan yang kita ceburi, kita harus bekerja keras kerana kejayaan tidak akan datang dengan mudah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hilang segalanya termasuk kereta dan rumah

Mengulas lanjut berhubung cabaran ketika menceburkan diri dalam dunia perniagaan, Syed Osman memberitahu, beliau memulakan perniagaan itu hanya berbekalkan modal sebanyak RM6,000 yang dipinjam daripada arwh ibunya pada 1997.

” Selepas berhenti berlakon, saya hilang segalanya termasuk kereta dan rumah, ketika itu saya kalau ingin ke mana-mana saya menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT).”

” Malah ketika itu dengan wang yang sedikit, saya hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada untuk menaiki LRT atau makan, saya fikir lebih baik guna untuk makan maka saya terpaksa berjalan kaki.”

” Kemudian bersama abang saya, Prof. Dr. Syed Omar kami memulakan perusahaan menghasilkan baja.

” Oleh kerana kesungguhan untuk memajukan diri saya juga sanggup pergi ke China untuk mempelajari selok-belok menjalankan perniagaan,” ujarnya yang menamakan produk bajanya ‘Ajib’ bermaksud ajaib dalam bahasa Arab.

Menceritakan kejayaannya, bekas pelakon dan pengarah berusia 50 tahun itu menjelaskan, jualan produknya amat perlahan pada peringkat awal perniagaan iaitu 1998 tetapi kini sudah menghasilkan baja berasaskan teknologi bio sintetik ‘Ajib 99’ yang berfungsi untuk mengawal pnyakit Ganoderma khusus untuk tanaman sawit.

Sumber Muzik Jalanan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *