Uncategorized

Lagi Kes Guru Potong Rambut Murid Sampai Tobek, Ini Permintaan Ibu Kepada Guru Disiplin

BEBERAPA hari lalu, kecoh di media sosial mengenai pandangan seorang individu yang mempertikaikan tindakan guru sekolah menggunting ‘ala kadar’ rambut pelajar sebagai hukuman kerana dibiarkan panjang.

Menurut individu berkenaan, ‘tradisi’ tersebut perlu diubah ketika ini, malah dia mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh guru jika berdepan dengan situasi sedemikian, antaranya memanggil tukang gunting rambut ke sekolah.

Nyata pendapat individu tersebut disanggah pelbagai pihak sama ada golongan guru mahupun ibu bapa kerana menyifatkan cadangannya seolah-olah ‘memanjakan’ pelajar.

Belum reda isu tersebut, seorang wanita pula menjadi mangsa kecaman terbaharu selepas dia tampil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak sekolah kerana menggunting rambut anak lelakinya.

“Mungkin posting saya ini akan ada yang kecam, mungkin juga ada yang boleh faham dan selami keadaan saya. Sebelum ini dia anak yang ceria, menjaga adab, rajin tolong buat kerja rumah.

Sebahagian luahan rasa terkilan seorang wanita mengenai apa yang menimpa anak lelakinya.

“Dia seorang pengawas, selalu jadi imam dan pengacara majlis di sekolah. Murid yang berdisiplin, ikut peraturan sekolah. Juga seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya,” kongsi wanita berkenaan.

Bagaimanapun menurut wanita tersebut, anak lelakinya berubah perwatakan hampir 100 peratus disebabkan satu kejadian yang berlaku di sekolah, pada minggu lalu.

“Sejak kejadian Jumaat lepas, dia jadi kemurungan, rasa down sehingga tidak mahu keluar bilik, tak mahu makan… hanya baring sahaja tutup muka dan kepala atas tilam. Dia cuma bangun mandi dan baring semula.

“Punca hanya satu, cikgu disiplin telah memotong rambut dia bertobek-tobek sehingga hanya boleh dibotakkan sahaja untuk baiki tobek di kepalanya… tanpa memberi amaran.

“Hanya dia seorang saja yang kena potong rambut depan pelajar lain di sekolah waktu tu. Rambut dia dari dahulu start sekolah macam ni. Tak ada isu rambut panjang. Dia selalu ajak saya pergi kedai gunting rambut jika rambut dia panjang,” ceritanya.

Hantaran oleh seorang individu yang tular beberapa hari lalu.

Wanita tersebut turut memuat naik gambar anak lelakinya dengan gaya rambut yang sebelum dipotong, sebagai bukti.

Tambah wanita tersebut, disebabkan terlalu malu, anak lelakinya menyembunyikan diri di dalam tandas sebelum membuat keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

“Dia balik rumah, saya tanya ‘kenapa balik?’. Dia hanya tutup muka, menangis tanpa ada suara. Saya senditi tidak jangka dia akan rasa down sehingga begini rupa.

Kuatkan semangat dia balik. Tu benda yang kecil je, compare yang dia perlu hadap di masa hadapan. Potong sajalah balik bagi cantik.

“Apa yang perlu saya lakukan untuk cari semula semangat dia yang hilang. Pada Muhammad Faris, ibu rindukan anak ibu yang dahulu.

“Kepada cikgu disiplin yang bertanggungjawab memotong rambut anak saya, andai boleh bagi semula semangat anak saya yang hilang. Please, pulangkan semula.

“Andai boleh beri semula maruah dia sebagai pengawas yang dihormati di sekolah, tolong kembalikan semula,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita tersebut terlalu terikut dengan emosi dan hanya melihat salah guru dan sekolah semata-mata.

Antara komen netizen terhadap perkongsian oleh wanita tersebut.

“Overprotective tak membantu. Anak mungkin berjiwa lemah, sentimental disebabkan peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik perasaan anak-anak. Majoriti ibu bapa akan kata anak-anaknya yang terbaik, sering diberikan pujian, jadi jiwa anak jadi lemah.

“Kuatkan semangat dia balik. Tu benda yang kecil je, compare yang dia perlu hadap di masa hadapan. Potong sajalah balik bagi cantik.

“Buku peraturan dan disiplin sekolah tu beli saja-saja ke? Tapi tak baca, apatah lagi dihadamkan,” demikian antara komen netizen.

Ada Tak Puas Hati Guru Gunting Rambut Pelajar, Cikgu Fadli Tampil Beri Penjelasn

Sebelum ini Seorang guru yang juga aktivis sosial, Mohd Fadli Salleh menegur komen orang awam berhubung isu tular guru menggunting rambut pelajar sekolah.

Ujar Mohd Fadli, perkara tersebut telah termaktub dalam undang-undang sekolah dan pelajar sekolah termasuk ibu bapa perlu akur dengan peraturan yang telah ditetapkan.

“Ikut sahaja lah peraturan itu. Dah susah sangat ikut peraturan, kumpul duit banyak-banyak hantar anak sekolah swasta yang bayaran RM60,000 setahun.

“Sekolah swasta pun masih ada undang-undang. Atau lebih baik ‘homeschooling’ (mengajar di rumah) saja anak jika nak manjakan sangat anak itu,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada Sabtu.
Sebelum ini, sebuah video tular membabitkan tindakan seorang guru yang memotong rambut pelajar sebagai hukuman kerana rambut terlalu panjang.

Perkongsian video tersebut mendapat komen pengguna yang dipercayai seorang guru yang mempertikaikan tindakan tersebut.

Pengguna itu juga mencadangkan supaya sekolah memanggil tukang gunting untuk menggunting rambut pelajar.

Mengulas lanjut, Mohd Fadli berkata, tidak ada sebab untuk sekolah memanggil tukang gunting semata-mata untuk menggunting rambut pelajar.

“Apa benda anak kau rambut panjang, cikgu yang kena panggil tukang gunting ke sekolah? Kau ingat anak kau siapa? Anak raja?

“Dah tu kau tak reti nak bawa anak ke kedai gunting? Atau kau la panggil tukang gunting datang rumah potong rambut anak kau dah kau spesis manjakan anak sangat,” ujarnya.

Selain itu, Mohd Fadli turut memberi contoh analogi yang mengaitkan perkara tersebut dengan kesalahan melanggar peraturan jalan raya.

“Analogi mudah. Kau pakai kereta tak patuh undang-undang. Tinted gelap, sport rim lagi, ubah suai melampau, ‘road tax’ (cukai jalan) pun mati.
“Bila kena tahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), boleh tak kau suruh pegawai JPJ tu panggil tukang kedai aksesori kenderaan buang balik ‘tinted’, tukar balik sport rim, panggil pomen suruh ubah balik kereta tu jadi standard. Boleh ke tak?” soalnya.

Ujar Mohd Fadli, perkara tersebut telah termaktub dalam undang-undang sekolah dan pelajar sekolah termasuk ibu bapa perlu akur dengan peraturan yang telah ditetapkan. – Gambar/ Media sosial/ Sinar Harian

Berikut reaksi netizan yang rata-rata menyokong pendapat yang di berikan oleh Cikgu Fadli

“Aku sebagai parent sokong hukuman tobek rambut ni. Biar pelajar serik. Berbuih dah mulut suruh potong bagi kemas, depa tetap nak berfesyen. Rasain lo!” komen Hariz

“Nasib baik cikgu mention JPJ. Kalau mention Polis Trafik tadi, tak pasal-pasal saya pun kena masuk dalam kisah ni.Mungkin ibu bapa ni peminat artis korea.Tak dapat jumpa artis korea, mereka jadikan anak mereka Korean”

” Tolong wakilkan saya boleh? .Gunting kasi jadi 100 “anak tangga”.Baru mereka kenal erti penyesalan pegi kedai gunting minta botak level No 1 sebab nak bagi hilang kesan “tangga” kat kepala.” komen Saiful

” Yg kondem cikgu sekolah gunting rambut pelajar yg DEGIL taknak ikut peraturan rambut kena kemas tu, moga anak dia merasa kena baling dgn duster oleh cikgu displin”Komen Siti

Artikel asal di Sinar Harian.

KREDIT: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published.