Uncategorized

Gadis Beli Nasi Lemak RM1, Tapi Lauk Yg Dia Dapat Buat Tekak Rasa Loya

BUKAN sekali bukan dua kali, malah sudah acap kali kes peniaga makanan yang ‘buat hal’ ditularkan di media sosial.

Kali ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa nasi lemak yang dibeli oleh suaminya dipenuhi dengan tahi ikan bilis.

Menurut Nora Syida, 30, yang menetap di Klang, Selangor, dia kecewa dengan hidangan tersebut dan berasa teraniaya biarpun harganya cuma RM1 sebungkus.

“Nasi lemak itu dibeli di gerai tepi jalan. Suami yang beli pada hari Sabtu lepas. Biasalah bila hujung minggu, kita nak rehat malas nak masak.

“Bila buka daun pisang, tengok benda tu, terus rasa terkilan. Walaupun harga RM1 sebungkus, kalau saya jadi peniaga, saya tak tergamak nak buat macam tu kepada pelanggan. Terus rasa sedih masa tu.

“Saya berkata-kata sendiri… apa salah aku dapat benda macam ni? Kalau sambal kosong pun tak apa. Tapi ni siap ada tahi ikan bilis. Saya terkilan, tapi saya tetap makan sebab ia rezeki. Cuma saya alih tahi ikan bilis tu ke tepi,” ujarnya.

Senang disapa Nora, dia turut berkongsi kisah terseut menerusi laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) sehingga menerima lebih 5,000 tanda suka (like).

Nasi lemak itu dibeli di sebuah gerai tepi jalan pada Sabtu lalu.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia tidak berniat menjatuhkan peniaga tersebut, sebaliknya mahu kejadian yang dialami menjadi peringatan buat semua insan di luar sana.

“Ini kali pertama suami beli di kedai itu. Kami memang boikot terus, tak akan pergi beli lagi lepas ni. Dua-dua bungkus ada tahi ikan bilis. Padahal suami ke gerai itu awal, dalam jam 8 pagi.

“Saya cuma nak kongsi kisah ini sebagai peringatan kepada orang lain. Saya tiada niat nak malukan peniaga. Kalau tidak, mesti dari awal saya mention nama kedai. Saya bukan nak malukan atau buka aib peniaga,” ujarnya.

Dalam temubual sama, Nora turut menitipkan pesan kepada golongan peniaga agar terus menjaga kualiti makanan yang dijual mereka.

“Mak saya pun peniaga nasi lemak. Kalau mak saya boleh bagi yang terbaik, kenapa peniaga lain tak boleh buat perkara yang sama? Peniaga kena ingat, pelanggan beli dengan duit. Kesianlah pada pelanggan.

“Bila saya buka ruangan komen, ramai yang berkongsi pandangan sama macam saya. Walaupun harga RM1, biarlah ia berbaloi. Kalau nak pelanggan datang selalu, perlu jaga kualiti makanan.

“Kalau sekadar fikir untung, memang pelanggan datang sekali je. Jadi peniaga yang akan rugi. Kebersihan sangat penting,” ujarnya lagi.

Antara komen netizen di Facebook.

Dalam pada itu, pelayar Facebook menerusi ruangan komen turut berkongsi pengalaman berdepan kejadian serupa.

Malah, mereka menitipkan nasihat kepada peniaga agar sentiasa ikhlas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan.

“Eh sama macam saya dapat hari tu. Tertanya-tanya, apalah yang peniaga tu fikir masa letak tu.

“Berniaga biarlah ikhlas. Duit kita dapat tak berkat kalau buat macam ni. Kesianlah pembeli tu.

“Ramai saya jumpa peniaga yang tak jujur. Di sebalik majunya perniagaan mereka, ada rezeki yang tak berkat,” tulis beberapa netizen.

Banyak sangat kes peniaga bazar tak jujur, ini cara nak tahu makanan masih elok atau ‘recycle’ semalam punya

Banyak sangat kes peniaga bazar tak jujur, tips kenali makanan itu masih elok atau ‘recycle’ makanan semalam. Hampir setiap hari ada sahaja kisah duka yang dikongsikan netizen mengenai juadah berbuka yang dibeli di bazar Ramadan.

Contohnya nasi kerabu berulat, ayam goreng ‘recycle’, ayam bakar mentah, tepung pelita berlendir. Juadah berbuka ‘hauk’ ini jika dimakan pasti akan menyebabkan keracunan makanan.

Justeru itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang berkongsikan tips kepada orang ramai agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa juadah berbuka puasa yang tidak mencapai kualiti yang baik.

Menurut perkongsian jabatan itu di Facebook, pembeli disarankan untuk sentiasa mengamalkan tiga perkara penting sebelum membeli sesuatu makanan iaitu lihat, hidu dan rasa.

Berikut kami kongsikan tips tambahan kepada anda:

Mungkin imej makanan dan teks yang berkata ‘ELAKKAN DARI MEMAKAN JUADAH BERBUKA ‘HAUK’

SEBELUM MAKAN AMALKAN LIHAT HIDU RASA’

1. Lihat tekstur makanan

Jika anda bercadang untuk membeli juadah berbuka yang sudah dibungkus, ambil masa untuk teliti dahulu tekstur atau rupa makanan yang dijual. Jika didapati kuih atau makanan tersebut berlendir, ia bermaksud makanan itu sudah tidak berapa baik dan sudah basi. Jadi jangan beli. Diulangi jangan beli.

Pastikan keadaan fizikal makanan tiada bendasing seperti ulat atau rambut dan tidak berlendir, berbuih atau berkulat.

2. Hidu

Pastikan makanan tidak berbau masam, basi atau busuk. Jika makanan tersebut berbau pelik, elak dari membeli atau makan atau minum. Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.

3. Rasa

Rasa sedikit dahulu makanan dan pastikan tiada rasa masam atau basi

4. Hati-hati dengan makanan bersalut tepung

Kalau anda nak tahu, memang ada sesetengah peniaga yang menggoreng semula makanan semalam yang tidak habis. Caranya, makanan yang sudah disimpan di dalam peti sejuk, dicelup semula dengan tepung dan digoreng semula. Jadi untuk kenal pasti makanan itu digoreng semula, anda lihat sikit isi ayam itu. Ia akan kelihatan agak hitam dan kebiruan. Apabila anda makan, rasanya agak keras berbanding ayam segar.

Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nuget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warnanya kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan daripada memakannya.

5. Makanan dijual tidak dihurung lalat

Jika makanan tersebut dihurung lalat kerana faktor kawasan yang sememangnya ada lalat, anda wajar teliti makanan dipamerkan lebih cermat. Teliti pastikan tiada tahi lalat pada makanan.

Kepada peniaga, jujurlah apabila anda berniaga. Jangan sampai dilabel peniaga bidan terjun. Hanya kerana memikirkan keuntungan, anda mengabaikan tanggungjawab anda sebagai peniaga jujur yang sepatutnya menjual makanan yang berkualiti dan selamat kepada pelanggan.

kredit: sinar harian . Facebook BKKM, KKM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.