Uncategorized

Selepas Teruk Kena Kecam Sampai Ada Yg Nak Boikot, Anak Perempuan Owner Restoren 35 Tampil Keluar Kenyataan Ini Dan Mengaku Gagal Kawal Emosi

Pekerja Restoran 35 di Banda Hilir di sini memohon maaf kepada pelanggannya kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Nor Abdilla Baharom, 39, yang juga anak ketiga kepada pemilik restoran asam pedas itu mengakui apa yang berlaku  secara spontan dan menjadi kebiasaannya ketika menguruskan kedai milik keluarganya itu.

“Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu pun saya teremosi, naik angin dan meninggikan sikit suara kepada pelanggan kerana kadang-kadang ada juga kesilapan dari pihak pelanggan.

“Tapi sejujurnya, bukanlah niat saya untuk sengaja bersikap marah-marah. Mungkin kita akan betulkan kesilapan itu di lain masa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut Nor Abdilla berkata,  dia berharap isu terbabit selesai dan menyerahkan sepenuhnya kepada orang ramai untuk memilih restoran asam pedas mana yang menepati citarasa mereka di Melaka.

“Mana-mana (pelanggan) yang rasa tak sesuai dengan layanan saya itu, terpulanglah pada hak pelanggan masing-masing.

“Tapi bagi pelanggan biasa yang tahu (perkhidmatan) kami, mereka tahu orang Melaka cakap memang kasar-kasar dan kuat tapi tak semua percakapan orang Melaka itu berbentuk makian,” katanya.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di restoran asam pedas berkenaan mendapati, ia tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan termasuk pelancong dari luar negeri sehingga ada yang sanggup beratur untuk menunggu giliran meja di premis terbabit kosong.

Restoran 35 jawab dakwaan maki pelanggan, telur dadar, nasi RM240

Pemilik Restoran 35 di Plaza Mahkota, Bandar Hilir dekat sini menafikan dakwaan seorang wanita yang tular di media sosial bahawa keluarganya dari Singapura dimaki dan dicaci sewaktu menjamu selera, Rabu lalu.

Menjelaskan situasi tersebut, anak pemilik restoran, Nur Adilla Baharom, 39, berkata, kejadian pukul 4 petang itu berpunca daripada rasa tidak puas hati ibu pelanggan itu, berusia dalam lingkungan 60-an kerana minuman air lemon sebiji yang dipesan.

“Pada mulanya, anak adik lelaki saya hantar air lemon yang telah diperah dan sekeping daripadanya ada dalam minuman tersebut.

“Bila minuman itu sampai, wanita itu terus membebel kerana pesanannya tidak dituruti. Ibu saya kemudiannya menghantar lemon satu biji yang siap dipotong.

“Walaupun telah menerima minuman itu, ibu wanita berkenaan masih terus membebel dan ada menyebut, ‘dia orang berniaga jadi dia tahu sukatan buah lemon sebiji’,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Tenaga Kerja, Hubungan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem di restorannya hari ini.

Nur Adillah menambah, dakwaan keluarga tersebut dimaki dan dicaci adalah tomahan yang sengaja diada-adakan.

Dia berkata, rakaman video yang dimuat naik di laman sosial itu adalah perbualan antara dirinya dengan ibu serta nenek yang ketika itu berada di dapur.

“Suara dalam video itu adalah suara nenek saya yang memarahi saya dan ibu kerana membenarkan pelanggan memasuki kedai sedangkan ketika itu restoran sudah berkemas hendak ditutup setelah sebahagian makanan sudah habis.

“Kami orang Melaka, memang suara emak dan nenek saya bila bercakap sangat kuat seperti bergaduh tetapi kami bersembang hal lain, bukan memaki keluarga wanita seramai 10 orang sedang menjamu selera di restoran,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan bahawa keluarga itu terpaksa membayar RM240 hanya untuk hidangan telur dadar dan nasi, Nur Adilla berkata, perkara yang dibangkitkan itu juga tidak benar sama sekali.

“Mereka sebenarnya dihidangkan dengan asam pedas ikan pari sebanyak enam ketul, daging goreng kunyit untuk 10 orang makan, termasuk minuman, sambal belacan, ulam-ulaman, telur dadar lapan biji, ikan bilis petai dan sayur campur,” jelasnya

Sumber: MalaysiaGazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *