Uncategorized

Wanita Terkilan Dengan Harga Yg Perlu Dibayar Untuk Nasi Putih Dgn Lauk Udang

Lauk udang amat digemari ramai. Namun jika dijual di kedai makan, ramai yang tak berani untuk memilihnya.

Ini kerana harga udang adalah lebih mahal dari lauk yang lain atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, peniaga juga terpaksa mengenakan caj yang lebih.

Namun, ramai peniaga yang mengambil kesempatan atas hal itu. Seharusnya harga yang dikenakan perlulah berpatutan dan adil tapi lain pula yang dilakukan.

Membebankan pelanggan, sudah tentu tindakan peniaga akan mendapat kecaman dari pelanggan.

Terbaharu, seorang wanita, farahmadzi berasa sangat geram dengan perkara yang menimpa ke atas dirinya.

Memuat naik sebuah video di laman media sosial, dia berkongsi pengalamannya supaya tidak terkena pada orang lain.

Menurutnya, dia telah ke sebuah kedai mamak yang berhampiran bagi membeli makanan untuk dimakan kemudian.

Setelah meninjau segala lauk yang ada, dia telah mengambil satu pek nasi putih bersama beberapa ekor udang goreng.

NASI LAUK UDANG GORENG SAHAJA

Ke kaunter untuk membayar makanan yang diambil, dia bagaimanapun terkilan apabila perlu membayar harga sebanyak RM14.50.

Bila diminta penjelasan harga, wanita itu dimaklumkan bahawa harga nasi adalah RM2, manakala udang goreng itu pula berharga RM2.50 setiap ekor.

Sudah mengambilnya, wanita itu akur dan membayar makanan itu. Namun dia tetap berasa tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga yang mengenakan harga yang mahal sebegitu.

NASI LAUK UDANG GORENG SAHAJA

Di ruangan komen pula, orang ramai turut terkejut bagaimana wanita itu boleh memilih lauk tersebut. Ini kerana sudah menjadi perkara umum untuk elakkan ambil makanan laut dari mana-mana kedai kerana harganya lebih mahal dari lauk yang lain.

Menurut pengguna, Joel Yusof, “Kalau awak pergi pasar, baru awak tahu udang tu mahal sekarang. Orang niaga macam akan caj masak.”.

Udang Memang Mahal, Tak Hairan Kena Harga Sebegitu

Orang kaya je makan udang sotong

Tidak dinafikan bahawa kenaikan harga barangan akan memberi kesan pada harga makanan yang dijual di mana-mana kedai makan namun sebagai peniaga, janganlah terlalu mementingkan untung dan adillah ketika meniaga.

Kredit: farahmadzi via Daily Makan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.