‘Nak bungkus, dok tepi sikit’ – Siapa Sangka Restoran Ini Pernah Viral Dulu Tahun 2015

Nama Restoran 35 sudah menjadi buah mulut ramai pihak. Namun begitu, semenjak kembali tular, restoran ini dikatakan semakin dikunjungi ramai pelanggan.
Layanan kurang mesra peniaga di premis itu rupa-rupanya bukan baru sahaja diperbualkan. Malahan, status seorang lelaki pada tahun 2015 yang menceritakan layanan peniaga restoran tersebut didedahkan kembali oleh netizen.
Menurut Ali Arami, sejak dari kecil lagi dia gemar makan di Restoran 35 yang ketika itu bertempat di Dataran Pahlawan.
“Saya dari kecil dulu makan kat restoran nie. Dulu di Padang Pahlawan, sekarang di sebelah Mahkota Parade. Orang memang ramai, makanan memang sedap, tapi sayang penjual perangai buruk.
Penjual lelaki: “Bang nak makan apa?”
Saya : “Saya nak bungkus lauk.”
Penjual lelaki: “Sini tak jual lauk bang, kena beli ngan nasi sekali. Jap ye bang.”
Saya boleh terima lagi, dalam hati “Beli je la nasi sekali…” Kemudian, datang kakak ni.
Kakak penjual: “Dik nak makan apa?”
Saya: “Saya nak bungkus kak.”
Kakak penjual (dengan nada lantang dan menyakitkan hati): “Nak bungkus dok tepi sikit, akak bagi siapa yang makan dalam kedai dulu!”
“Tergamam sekejap. Tunggu lagi lima minit, langsung tak layan, saya tercongoklah depan lauk tu menengok diorang ni ke hulu ke hilir macam tak nampak saya.
“Ok, angkat kaki dan terus bla. Kesian diorang nie, Allah beri rezeki korang buat camni? In shaa Allah Tuhan akan balas. Amin,” tulis lelaki ini di Facebook.

Sumber: Ali Arami
Terem0si kerana air lemon, pemilik Restoran 35 mohon maaf kepada pelanggan
Beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial mengenai adab layanan pemilik Restoran 35 yang terletak di Banda Hilir, Melaka terhadap pelanggan.
Pun begitu, semalam, anak kepada pemilik premis berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar di mana pelanggan tersebut ‘menipu’ sehingga memanaskan keadaan semasa.
Terem0si kerana air lemon…
Terbaru, anak kepada pemilik restoran tular, Nor Abdilla Baharom berkenaan tampil sekali lagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku antara pelanggan tersebut dan mereka.
Jelasnya, ia berlaku disebabkan rasa tidak puas hati ibu pelanggan kerana minuman air lemon sebiji yang dipesan tidak dituruti mengikut arahan yang diberikan kepada mereka.
“Pada mulanya, anak adik lelaki saya hantar air lemon yang telah diperah dan sekeping daripadanya ada dalam minuman tersebut.
“Apabila minuman itu sampai, wanita itu terus membebel kerana pesanannya tidak dituruti,”
Difahamkan, mereka menghantar semula lemon satu biji yang siap dipotong, namun ibu pelanggan tesebut masih terus membebel dan menyebut, ‘dia orang berniaga jadi dia tahu sukatan buah lemon sebiji’.
Nenek bebel sebab mereka masih benarkan pelanggan masuk ke kedai
Tambahnya lagi, salah faham itu berpunca apabila pelanggan menyalah tafsirkan ‘bebelan’ dan ‘makian’ itu. Ini kerana dia dan ibu sahaja dimarahi oleh nenek apabila mereka masih membenarkan pelanggan untuk memasuki premis perniagaan mereka, sedangkan waktu operasi sudah hampir tamat.
Mohon maaf kerana gagal kawal em0si
Dikesempatan itu, Nor Abdilla memohon maaf kepada pelangganya kerana gagal mengawal emosinya sehingga menimbulkan salah faham.
“Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu pun saya teremosi, naik angin dan meninggikan sikit suara kepada pelanggan.
“Ini kerana kadang-kadang ada juga kesilapan dari pihak pelanggan.”katanya.
Saya tak ada niat nak marah2
Terang wanita berusia 39 tahun itu, dia tiada niat untuk memarahi pelanggan dan mengakui apa yang berlaku itu adalah spontan, selain sudah menjadi kebiasaan ketika menguruskan kedai milik keluarga.
“Tapi sejujurnya, bukanlah niat saya untuk sengaja bersikap marah-marah. Mungkin kita akan betulkan kesilapan itu di lain masa,” katanya kepada MalaysiaGazette
Kredit: trendingsangat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: