Uncategorized

Isu Tepuk Punggung; Sifatkan Anak-Anak Kasihan Sebab Dapat Ibu Macam Vida, Reaksi Cik B – “Saya Rasa Lebih Dari Bertuah…”

Baru-baru ini, nama usahawan popular, Datin Seri Vida sekali lagi menjadi bualan hangat berikutan isu menampar punggung yang turut melibatkan beberapa rakan usahawan lain.

Susulan daripada itu, Vida telah menerima kritikan hebat daripada netizen yang merasakan tindakkannya itu seperti agak keterlaluan dan tidak senonoh.

Malah, ada juga segelintir pihak yang berasa kasihan dengan anak-anaknya kerana memiliki ibu seperti Vida.

Kenyataan tersebut mendapat respon balas daripada anak perempuan Vida yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Cik B.

 

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, dia sedikit pun tidak berasa malu sebaliknya, dia bertuah kerana dikurniakan ibu yang sangat hebat dan berkerja keras.

 

Kesian? Lol saya rasa lebih dari Bertuah dapat ibu seperti mama seorang wanita yang hebat, kuat dan bijak.

“Awak lah patut beringat yang gambar atau video tidak menggambarkan sifat dan cara dia sebagai seorang manusia.

“Oh atau awak sebenarnya cemburu saya ada ibu seperti mama?,” tulisnya.

Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Tolonglah itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram pada Selasa.

 

Katanya lagi, sifat sebenar seseorang itu tidak boleh diukur hanya melalui perbuatan dan tindak tanduk mereka di media sosial.

Terdahulu, Vida telah pun menjelaskan insiden menampar punggung itu hanyalah sebagai gurauan semata-mata.

Insiden ini turut membabitkan tiga selebriti dan usahawan lain iaitu Ifa Raziah, Kak KM dan Rozita Ibrahim.

 

Memetik laporan Harian Metro, video yang tular di platform media sosial itu kini telah mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

SKMM dalam satu kenyataan membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Berhubung video tular memaparkan aksi menayang dan menepuk punggung, usahawan sensasi Datuk Seri Vida mengakui tiada niat untuk mengundang kontroversi sehingga mendapat kecaman netizen.

Menurut laporan Kosmo! Online, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, dia mempunyai pilihan untuk menayang ‘aset’ walaupun usianya semakin lanjut.

 

“Itu cara saya tayang kekayaan ‘aset’ selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga.

“Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna, tak boleh tayang aset kita, lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat,” katanya.

Namun begitu, usahawan berusia 51 tahun itu menafikan dakwaan kononnya dia seorang yang jahil tentang agama kerana aksi tersebut hanya gurauan antara rakan-rakan perniagaan.

“Ada duit tak guna kalau kendur sini sana. Saya bukan jahil tentang agama tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya.

“Bergurau dengan rakan-rakan sahaja bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun. Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi,” kongsinya.

Terdahulu, pengasas jamu Liana Rosli atau popula dipanggil sebagai Kak KM memuat naik video berkenaan di laman Instagram memaparkan aksinya menepuk punggung Vida selain Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet.

Difahamkan, mereka berkumpul selepas sidang media bagi mempromosikan Karnival Usahawan Negara yang akan diadakan tidak lama lagi.

Komen dari netzen

“Aikk, betul la orang cakap. Kaya tak semestinya bijak. Aset nya nak kata jamban duduk pun tak. Mungkin jamban cangkung

“Saldalisa, Kalau berkawan dgn org bijak jd bijak tp kalo berkawan dgn org bebal maka sama2 jadi bebal

“Cahayaku, Malu kat cik B
Satu ibu yg x boleh contoh yg baik untuk anak perempuan…

“Itu ke jawapan bila di tanya “disana” nanti? Nauzubillahi min zalik.. Moga kita dan kaeturunan kita semua dijauhkan dari pekara2 yg dimurkai Allah SWT selalu.

Dalam pada itu,Pelakon dan selebriti sensasi, Ifa Raziah, 47, menjelaskan, aksi menari di Tiktok termasuk video tepuk punggung bersama tiga lagi usahawan kontroversi tanah air yang tular baru-baru ini adalah sekadar kandungan hiburan semata-mata.

Menurut Ifa, tidak wajar untuk netizen menjadikan ia sebagai satu isu besar kerana platform Tiktok dan seumpamanya diwujudkan untuk segmen hiburan buat semua penggunanya.

 

“Nama pun untuk hiburan. Tiktok itu diwujudkan untuk orang hilangkan stres, jadi kita gunakan platform itu untuk hiburanlah. Kalau awak masuk untuk meroyan disitu, apa faedahnya?Pergilah tempat lain.

“Tempat itu untuk berhibur, dan kita gunakan juga untuk orang kenal jenama kita dan sebagai contoh saya nak promosi acara Starvendor dengan cara menari, apa salahnya?

“Kalau orang lain menari tak ada orang kisah, tapi bila saya buat, kenapa kisahkan pula?”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Bukannya saya berb0gel atau selak kain sehingga nampak bahagian yang tidak sepatutnya IFA RAZIAH PENYANYI

Selain itu, kata Ifa, dia meluahkan rasa kesal kerana dirinya sentiasa ‘diserang’ netizen sedangkan terdapat ramai lagi pengguna media sosial yang melakukan aksi melampau dan seksi.

“Ramai lagi yang menari melampau, bertudung litup, tapi tayang payudara dan sebagainya. Kenapa yang itu netizen tak kisahkan? Saya menari takdelah melampau.

“Hairan jugalah saya, kenapa ramai benar netizen yang susah hati?Saya pun artis, dan tugas saya menghiburkan orang dan itu adalah bahan kandungan hiburan. Orang yang mengata itu ini pun, dalam keji, dia tengok juga,”katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga menjelaskan bahawa dia cuma berseronok melakukan aksi bertepuk itu dengan tiga rakannya yang lain iaitu Datuk Seri Vida, Cheta Pot Pet dan Kak KM setelah lama tidak bertemu menerusi video yang tular.

“Macamlah engkau orang tak pernah bertepuk bertampar dengan geng sendiri. Masa macam inilah kami nak bergelak ketawa hilangkan stres, kami pun penat kerja. Sesekali jumpa, apa salahnya nak buat kandungan bertepuk amai-amai begitu.

 

“Kalau rasa nak bertepuk amai sama, jangan lupa datang nanti ke acara kami bermula 24 hingga 27 Jun ini di Malaysia Grand Bazaar, Lalaport,”katanya.

Bukannya suami awak yang tepuk punggung saya. Perbuatan itu dilakukan sesama wanita ujarnya.

Terdahulu, satu video yang dimuat naik Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli di Instagram baru-baru ini menjadi tular hingga mencetuskan kritikan dan amarah warganet.

Di ruangan komen ada yang menyebut mereka bagai hilang maruah dan segala teguran sebelum ini seperti tidak diendahkan.

Pendakwah bebas, PU Amin turut menegur tindakan sekumpulan pengasas produk tempatan susulan tularnya video tepuk punggung baru-baru ini.

Dalam hantaran video di TlkTok, kata PU Amin, aksi itu seakan-akan tldak memikirkan soal maruah dan sensitiviti agama Islam.

 

“Ingat balasan, ingot azab, ingot bala bencana Allah SWT. Bertepuk tampar punggung di khalayak awam. Ramai yang menantikan, ramai saksikan. Boleh jadi trend ka selepas ni. Ramai tengok, macam syok ja. Jangan sampai macam to sekali.

“Yang buat ni bukan anak orang, tapi mak-mak orang yang buat perangai macam ni. Kadang-kadang tak fikir ka fasal maruah diri, tak fikir ka fasal sensltlviti agama dan tak fikir ka anak-anak kecil kita tengok video macam ni?” ujarnya.

Video yang viral itu membabitkan empat usahawan tempatan popular iaitu Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet.

Tambah PU Amin lagi, tindakan tanpa kawalan itu didorong oleh galakan dan sokongan masyarakat semasa terhadap mereka.

“Kita pun kadang mungkin dibeli dengan kekayaan dia. Dia suka puji puja, kita sokong dia. Kita tak pernah rasa nak boikot dia. Sebab apa, sebab kita suka tengok kekayaan orang macam ni.

“Tak boleh kita meniaga jual badan kita. Berhentilah dari perangai macam ni. Takut anak-anak kita pun ikut benda sama. Moga moga Allah pelihara kita. Jangan sebab benda macam ni turun pula baIa bencana,” katanya.

Kredit: utusan/tambahkeju

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.