Uncategorized

[VIDEO] “Tak Percaya Rezeki Ke?” – Peniaga T0reh Muka Remaja Dengan Kunci Kereta, D3ngki Meniaga Barang Sama.

Sungai Petani: Tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan, seorang remaja perempuan diser4ng seorang wanita bersenj4takan kunci kereta dalam kejadian berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, dekat sini semalam.

Kejadian jam 6.22 petang itu menyebabkan m4ngsa berusia 18 tahun dan tidak bekerja itu cedera di kening kanan dipercayai akibat dit1k4m kunci kereta.

RAKAMAN VIDEO PERGELUTAN ITU ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian m4ngsa berada di gerai kakaknya sebelum diser4ng suspek.

“Berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka berdua sebelum dileraikan orang ramai.

“Susulan itu, m4ngsa yang mengalami kecederaan di kening akibat terkena kunci kereta membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, suspek yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai operator kilang ditahan untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, siasatan awal mendapati punca kejadian dikatakan berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan wanita yang berusia 29 tahun tersebut.

“Perkara paling merugikan diri sendiri bila tak pandai kawal emosi yang akhirnya makan diri. Amarah 5 minit, kesan buruk bertahun2. Rekod confirm buruk.” – Dila

“elok2 boleh niaga sama2 cari rezeki, xpasai2 ke dalam lokap jugak nie gayanya. Mendatangkan kecederaan dgn sengaja pun dah terang2 kat situ. Kot si mangsa guna akta tambahan lain yg boleh memperkukuhkan pendakwaan lagi sakit weeiii… benda dah jadi, nak tak nak kena hadap laaa…nak elak xboleh, sebab ramai saksinya..silap2 habis semua peniaga kena panggil jd saksi kejadian. Siap video bukti kukuh..” – Saida

“Nsib msih menyebelahi ko dik

Klo la kunci tu tkena mata .. Dunia ni dh kepupusan 2/3 drpd kmanusian . Byk da yg hya kulit jer manusia tp dlm hewan n sitan” – Zul

 

     

Terdahulu, rakaman video berhubung insiden itu yang memaparkan kejadian dua wanita berkenaan masing-masing berbaju putih dan hitam bergelut sebelum dileraikan seorang lelaki tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, kelihatan kening mangsa yang berbaju putih berlumuran darah dipercayai akibat terkena kunci kereta ketika bergelut dengan suspek berbaju hitam.

 

Video:

Sumber: Harian Metro, Buletin Malaysia

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.