Uncategorized

‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Penyanyi popular dan berbakat besar, Aina Abdul, yang kini sedang sibuk menjalani latihan bagi menjayakan konsertnya A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) yang akan diadakan pada hujung minggu ini, mencuri perhatian warganet menerusi satu perkongsiannya di Instagram.

Pinggang Ramping

Salah satu hantaran yang dikongsikan Aina di Instagram nya menarik perhatian ramai, di mana antara beberapa gambar yang dimuatnaik penyanyi berbakat ini di media sosialnya membuatkan warganet tergamam.

Aina menunjukan gambar pinggangnya, di mana saiz pinggang penyanyi ini dilihat semakin kecil dan ramping berkat atas usaha kerasnya dengan melakukan senaman secara konsisten.

via Instagram Aina Abdul

Netizen Terkejut Lihat Perubahan Aina

Muatnaik gambar yang dikongsikan Aina, ramai warganet yang memberi komen dengan meluahkan rasa terkejut melihat perubahan pada penyanyi popular ini dan memujinya memiliki pinggang yang kecil seperti kerengga.

“Gambar 4 tu yang (emoji terkejut)”

“Pinggang kerengga”

“Yeah” komen mereka

Terdahulu, Murai MY melaporkan bahawa Aina bakal menggayakan 10 persalinan busana yang extravaganza untuk konsert sulungnya nanti.

Bagi yang ingin mendengar sendiri persembahan hebat dan lagu-lagu nyanyian Aina di Istana Budaya pada hujung minggu ini, anda boleh membeli tiket dengan menghubungi Azrul pada 017-300 6531 atau menerusi ticket2u.com.my

Aina Abdul merupakan salah seorang artis tempatan yang kian aktif dan mendapat tempat di persada seni tanah air. Beliau yang mula dikenali melalui rancangan realiti mentor legend dibawah didikan penyanyi Ella dan menyangkul juara.

Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Senawang, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri.

Maklumat Diri.

Nama penuh:
Nurul Aina Binti Abdul Ghani

Nama panggilan:
Aina Abdul

Tarikh lahir:
25 Oktober 1993

Umur pada tahun 2022
29 Tahun

Asal:
Negeri Johor Darul Takzim
Kini, menetap di Negeri Sembilan

Tingkat pendidikan:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sarjana Muda Muzik Kontemporari

Nama ibu:
Puan Zaini Binti Abdullah

Nama bapa:
En. Abdul Ghani Bin Abdullah

Kerjaya / Pekerjaan.
Penyanyi
Pelakon
Penulis lagu
Penerbit rakaman

Anugerah Dikecapi.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33
Anugerah Juara Lagu
Anugerah Juara Lagu Ke-35
Anugerah Juara Lagu ke-36
Anugerah Juara Lagu ke-36

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.