Uncategorized

“Yang Saya Baca2 Itu Utk ‘Shooting”- Akhirnya MakWan Bongkar Cerita Sebenar, Anggap Bekas Pengurus Otak Tak Betul

Pelakon, Halimatussa’diah Mohd Daud atau lebih popular dengan panggilan Mak Wan Latah menafikan tindakannya yang dikatakan melakukan perkara syirik seperti mana yang terpapar dalam video yang tular di TikTok sejak semalam.

Mak Wan ketika dihubungi berkata, itu adalah latihan untuk lakonannya sebagai watak bomoh jahat.

“Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk ‘shooting’. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada dia mengenali individu yang didakwa sebagai bekas pengurus peribadinya itu, Mak Wan memilih untuk tidak membuka aib sesiapa dan menyentuh mengenai kesihatan mental individu itu.

“Saya tak nak buka aib sesiapa. Seperti yang pernah saya beritahu bekas suami saya, saya tak nak buka aib sesiapa. Biar sampai mati, saya tetap dengan pendirian saya.

“Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan?

“Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik,” katanya.

Mak Wan Sudah Buat Laporan Polis

Dalam komen lain, Mak Wan juga memaklumkan sudah membuat laporan polis.

“Ya, saya tahu dia fitnah saya. Saya dah buat laporan polis. Itu bukan saya nak tunjuk saya hebat, tapi kerana saya nak lindungi diri kalau dia akan buat benda bukan-bukan lagi.

“Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi,” katanya.

Dalam tiga video yang tular sejak semalam itu, terpapar luahan rasa individu itu mengenai sikap Mak Wan dan turut ditunjukkan bagaimana Mak Wan melakukan satu upacara aneh yang dianggap bertentangan dengan agama Islam.

Dalam satu video, terlihat seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak bertudung seperti biasa, sedang menyeru sesuatu.

“Pendampingku, kau datanglah kepadaku. Aku seru engkau datang kepadaku supaya kau halang mereka agar tidak pergi ke sana untuk mengubatkan apa yang telah aku buat kepada mereka,” ucap wanita dalam video itu.

WhatsApp Image 2022-06-26 at 6.32.45 PM

Bekas pengurus peribadi dah tak tahan dedah siapa sebenarnya Mak Wan Latah

JIKA sebelum ini lantang mempertahankan Mak Wan Latah daripada tohmahan susulan kes penceraiannya April lalu, kini bekas pengurus peribadi pelakon veteran itu tampil membongkar sikap sebenar artis itu di laman sosial.

Wanita dikenali sebagai Amell berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain aktres itu yang didakwanya panas baran.

Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, dilihat seumpa sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.

Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan.

Menjelaskan tindakannya mendedahkan video-video berkenaan, Amell ketika dihubungi mStar berkata, sudah lama dia menyimpan rahsia tentang pelakon itu tetapi mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.

Namun kini dia memilih untuk bersuara kerana mendakwa turut menjadi mangsa perbuatan pelakon itu sebelum ini.

“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.

“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.

“Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000,” katanya.

Menyangkal perkara tersebut, Amell sebaliknya mendakwa dia mempunyai bukti pelakon itu yang mengambil wangnya.

Ingin mencari kebenaran, Amell mendakwa turut mempunyai bukti atas semua dakwaannya terhadap Mak Wan.

Bagi mendapat pembelaan, Amell turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada malam Sabtu lalu berhubung kes pelakon itu mengambil wangnya.

Amell turut memberitahu akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang dalam masa terdekat berhubung kehilangan barang kemasnya.

Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinan yang dibina bersama Husain Dollah tidak bertahan lama apabila lelaki itu melafazkan cerai terhadapnya hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu berkahwin pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April 2022.

Husain ketika mengulas perceraian itu kepada mStar menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam dan mendakwa berada dalam keadaan tekanan disebabkan sikap Mak Wan yang disifatkan keterlaluan dan tidak menghormatinya sebagai suami.

Lihat video:

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *