Terkedu Wanita Ni Beli Burger Tepi Jalan RM23. Bila Tgk Isi Dalam Memang ‘Special’ - Menujukebenaran
Uncategorized

Terkedu Wanita Ni Beli Burger Tepi Jalan RM23. Bila Tgk Isi Dalam Memang ‘Special’

BURGER sememangnya merupakan salah satu menu popular yang digemari ramai tanpa mengira usia.

Apabila bercakap mengenai menu ini, boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa burger jalanan adalah yang terbaik kerana cara penyediaannya yang tersendiri selain kaya dengan bahan-bahan, malah harganya lebih rendah berbanding yang dijual di restoran makanan segera.

Dek kerana menjadi salah satu menu makan malam atau lewat malam (supper) yang paling popular, kita dapat menyaksikan gerai-gerai burger diibaratkan cendawan tu

Bagaimanapun perkongsian kisah seorang wanita mengenai pengalamannya membeli burger dari gerai jalanan baru-baru ini, menarik perhatian ramai.

Bukan disebabkan keenakannya, sebaliknya harga burger yang dibeli dari gerai tepi jalan berkenaan membuatkan rata-ratanya tercengang.

Menurut wanita berkenaan dalam satu posting di Facebook, dia mengunjungi sebuah gerai burger berdekatan sebuah bank di Kepong, Kuala Lumpur untuk membeli dua burger ayam special.

Namun dia benar-benar terkejut sewaktu mahu membuat pembayaran apabila diberitahu penjaja berkenaan bahawa harga burger pesanannya adalah RM23.

“Saya bertanya kepada penjaja itu tiga kali untuk mendapatkan kepastian, dan dia beritahu ia adalah harga untuk burger ayam special,” kata wanita berkenaan.

Ini bermakna harga untuk sebiji burger ayam special adalah RM11.50 di mana ia lebih mahal daripada burger yang dijual di restoran makanan segera.

Wanita tersebut kemudian membuat perkongsian mengenai pengalamannya itu di Facebook.

Dia turut memuat naik gambar burger ayam special yang dipesannya itu untuk dinilai oleh warga maya.

Perkongsian tersebut meraih sehingga 1,200 shares selain dibanjiri hampir 1,000 komen netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan harga yang dikenakan gerai burger berkenaan.

Antara komen netizen yang turut terkejut dengan harga burger yang dibeli wanita tersebut.

“Burger McDonald lebih murah daripada burger yang dijual mereka.

“Harga tersebut terlalu tinggi dan tak berbaloi beli. Lebih baik beli burger dari tempat lain yang tak terlalu mahal.

“Gerai burger tepi jalan di Taman Sri Muda, Shah Alam… Double ayam special RM4.50,” demikian antara perkongsian netizen.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button