Uncategorized

2 bulan tak dapat bayaran penuh, sekali bersuara tanya pasal gaji terus dipecat!

PELBAGAI cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi kebanyakan individu apabila memasuki alam pekerjaan.

Pastinya kita tidak akan dapat lari dari kesukaran dan ujian tetapi ramai mengharapkan tidak berlaku isu penindasan dan penganiayaan di tempat kerja.

Secara umumnya, kebanyakan masalah ini terjadi melibatkan majikan yang tidak prihatin dan bertanggungjawab.

Ciapan asal di Twitter.

Bagaimanapun situasi itulah yang terjadi terhadap seorang individu hanya dikenali sebagai Rizuan yang mana dia dikatakan telah dibuang kerja tanpa rasa belas kasihan.

Menerusi satu ciapan oleh seorang pelayar di Twitter, seorang lelaki meneceritakan keperitan yang terpaksa ditanggung Ridzuan dan keluarganya yang dibuang kerja selepas tidak dibayar gaji selama dua bulan.

“Wey kesian gila, Ridzuan ni cerita dua bulan terakhir dia kerja company tak bayar langsung gaji dia.

“Setiap bulan tu mesti ada terkurang RM400 hingga RM600 Ridzuan dapat dan bila dia tanya pasal gaji, company terus buang.

“Teruk gila company yang aniaya pekerja macam ni, lagi-lagi yang dah ada anak isteri. Nak bagi makan apa?” tulisnya dalam bebenang pada posting asal di Twitter.

Lebih memburukkan keadaan, Ridzuan dikatakan masih mempunyai anak kecil yang memerlukan susu dan masih memakai pampers.

Dianggarkan perbelanjaan atau kos keperluan anaknya sahaja menelan jumlah RM100.

“‘Sekarang saya sekeluarga hanya bergantung hidup dengan sedikit baki yang ada dalam akaun bank. Dalam akaun untuk masa sekarang pun ada tersisa baki RM30 sahaja,” kata pelayar tersebut merujuk kepada luahan Ridzuan mengenai wang simpanannya.

Baki pampers yang tinggal.

“RM30 tu nak beli apa sajalah untuk cukup sampai hujung bulan Julai. Minyak nak pergi kerja lagi,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun pada ciapan yang sama Rizuan dikatakan telah mendapat kerja baharu di syarikat lain

Namun dia terpaksa berdepan dengan kesukaran untuk menampung perbelanjaan sebelum menerima gaji pertamanya pada hujung bulan Julai.

“Alhamdulillah, dia dah dapat kerja baru tapi gaji kan masuk hujung bulan jadi dia memang tengah tak ada duit.

“Jadi Ridzuan ni tengah terdesak sangat untuk mohon bantuan semua demi kelangsungan hidup sementara dapat gaji.

“Tunggakan pun ada banyak tapi nasib baik tuan rumah faham dah tolong mereka ni sikit. Saya mohon untuk bulan ni kita bantulah Ridzuan dan keluarga kecil dia ni,” tambahnya.

Anak Ridzuan yang masih memakai pampers dan minum susu.

Untuk rekod, hantaran yang tular ini telah diulang kicau lebih 2,700 kali dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib menimpa keluarga Ridzuan.

Malah ada juga yang dengan rela hati mahu menghantar pampers bagi meringankan bebanan ditanggung ketua keluarga ini.

Walaupun pelayar yang membuat tweet tersebut mahu mendedahkan syarikat ini kerana terlalu marah, dia menghormati permintaan Ridzuan agar merahsiakan nama atau identitinya bagi mengelakkan sebarang masalah lain timbul.

Sehari selepas ciapan itu ditulis, pelayar itu berkata kutipan dana telah mencukupi bagi menyara keluarga ini hasil sumbangan ikhlas daripada warga maya yang membantunya.

 

Kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.