Uncategorized

“Content bi*dap!….” – Kanda Yusuf Azmi ‘Meletup’ Gara2 Youtuber Buat Content Tarik Tudung. Ini Kata2 Dari Beliau

Rata-rata netizen bertindak mengecam seorang YouTuber kerana membuat ‘content’ dengan menarik tudung wanita sekali gus ia satu perbuatan menjatuhkan maruah wanita yang menutup aurat.

YouTuber terbabit terus dikecam sanggup membuat ‘content’ sampah demi menarik tontonan walaupun tahu ia akan mengundang kecaman dan cacian di media sosial.

Pengguna Facebook, Engku Nisa mengakui menggigil kerana marah apabila melihat video yang dibuat YouTuber berkenaan melalui saluran NickChannel.

“Menggigil rasa nak marah…!!

“Tahan jari, tulis padam, tulis padam.

“Content creator, takde bab lain dah nak dijadikan content?

“Bab maruah wanita, syariat Allah juga yang kau buat main, kau nak cabar siapa? Allahurobbi, mendidih rasanya darah.

“Sebahagaian content creator sekarang ini semakin melampau dan mula membuat sesuatu yang tidak bertamadun, tidak berakhlak. Tujuan?

“Nak undang kecaman? Makian? Nanti naik rating. Allahu…

“Aku nak tarik tudung perempuan malam ni, ikut suka korang la nak kecam ke nak komen apa ke, aku nak tengok reaction dia marah ke tumbuk ke, buat apa ke, kita tengok ok…“

Netizen mengecam YouTuber buat ‘content’ tarik tudung jatuhkan maruah wanita

‘Prank’ tarik tudung perempuan

“Selepas dibuat, mintak maaf pada orang yang kena tarik tudung, pastu sebut,

“Kak, saya mintak maaf tarik tudung akak, tu ada kamera saya buat content je, kak, salah ke?”

Netizen mengecam YouTuber buat 'content' tarik tudung jatuhkan maruah wanita

“Melampau!

“Budaya Barat yang tidak bersahsiah dengan budaya prank merosakkan tamadun, merosakkan umat dan masyarakat ini makin menular, kalangan individu baik, suami isteri, ahli keluarga, bahkan juga terhadap ibu bapa.

“Alasan? Gurau je, relax ar, chill ar… Apooo?” tulis Engku Nisa.

Beliau selanjutnya mengingatkan YouTuber terbabit agar menyedari bahawa Allah akan mengundang murka sekelip mata sahaja apabila tiba masanya nanti.

“Kalaulah ini dirancang, kamu yang merancang semuanya, perancang, pelaksana, pelakon, jurukamera dan semua sekali, sedarlah kamu bermain api dengan siapa.

“Sedarlah Allah Yang Maha Gagah boleh melenyapkan perbuatan kamu yang mengundang murka Allah ni sekelip mata sahaja,” tegasnya lagi.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi turut sama mengecam YouTuber tersebut dan menyifatkan perbuatan biadap, kurang ajar, bodoh dengan membuat ‘prank’ atau gurauan menarik tudung itu.

“Pulak tu perempuan yang ditarik tudung kawannya juga. Sengaja buat video untuk dikecam. Benda macam ni kena diambil tindakan.

“Jika dibiarkan, tak tahulah prank apa lagi yang akan makhluk ni buat,” kata beliau.

Izzlyn Sadiri turut menyifatkan ia satu content sampah dan bodoh di mana Islam diaibkan oleh penganutnya sendiri.

“Trending pulak lagi content SAMPAH dan BODOH kat media sosial ni kan? Maaf la bahasa dah habis nak luah betapa jahil dan derhakanya umat akhir zaman..

“Kejadah buat content tarik tudung orang perempuan?

“Penat lelah Nabi bermatian mengangkat martabat wanita, tiba-tiba mai zaman kita, ada pulak monyet yang sanggup jatuhkan maruah perempuan dengan content macam ni. Islam diaibkan oleh penganutnya sendiri.

“Didik anak perempuan kita untuk menjaga maruah dan didik anak lelaki kita untuk melindungi,” bidasnya.

Norhayati Berahim pula meminta YouTuber berkenaan dilaporkan kepada pihak berwajib agar saluran YouTube beliau ditutup.

“Betul -betul kurang ajar.

“Harap reportlah Youtube dia ni sampai tutup. Sengaja tarik tudung perempuan semata-mata untuk content, lepas tu pilih pula perempuan yang keseorangan. Memang betul-betul kurang ajar,” katanya.

Tular di media sosial video seorang YouTuber bernama Nick, melakukan prank menarik tudung wanita, mengundang pelbagai kecaman netizen.

Tidak kisah terima kecaman

yang dimuat naik di saluran YouTube Nick Channel itu, menunjukkan lelaki terbabit melakukan prank menarik tudung wanita yang didakwa tidak dikenali bagi menarik melihat reaksi mangsanya.

Walaupun tahu video prank itu bakal menerima kecaman, Nick menegaskan dia tidak peduli dan tetap meneruskan niatnya untuk melakukan prank tersebut.

“Aku nak kacau perempuan yang pakai tudung. Aku akan tarik tudung dia! Aku nak tengok, dia nak marah aku ke, tumbuk aku ke, apa kan, itu suka hati dia,” katanya dalam video tersebut.

Yusuf Azmi kecam tindakan youtuber.

May be an image of 6 people, people standing and text that says "APA KOMEN ANDA? TIADA ADAB! YOUTUBER SELAMBA BUAT 'CONTENT' TARIK TUDUNG JATUHKAN MARUAH WANITA Menangis tengok video b*doh ni sebab rasa marah sangat-sangat! Tak ada nilai akusebagai wanita sampai lelaki sanggup jadikan wanita ni bahan ejekan?" -Pengguna sosial media yusufazmi_s1m Yusuf Azmi"

Content bi*dap! Selamba main tarik tudung perempuan!

“Tak kisah la kalau yang dalam video itu krew sendiri ke, tapi jadikan wanita bertudung dan tarik pula tudung mereka, sangat melampau! Kami usaha jaga aurat dan batas sebagai wanita Muslim, tapi senang sangat dijadikan bahan lawak individu kejam macam ini,” -luah pengguna media sosial

Mana hilangnya tanggungjawab sebagai lelaki untuk melindungi wanita??? Sanggup mereka mencemarkan mahkota golongan wanita. Sedih sangat apabila ‘aurat’ wanita boleh dibuat main-main sekarang! Allahu Rabbi

Sumber : malaysiadateline.com, FB Yusuf Azmi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.