Uncategorized

“Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”-Isteri Nazrief Nazri Mula Dedah Perkara Ini

Isteri kepada pelakon Nazrief Nazri, Aizatul Aqma berkongsi pandangan mengenai polemik rumah tangga antara Puteri Sarah, Syamsul Yusof dan juga individu yang didakwa sebagai orang ketiga, pelakon Ira Kazar.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Aizatul berkata, dia pernah mencadangkan agar Puteri Sarah menyaman pihak ketiga berkenaan, namun, jawapan yang dipulangkan semula kepadanya cukup membekas di hati.

“Jadinya aku rasa netizen perlu tahu seketul Puteri Sarah ni macam mana. Dia bukan meroyan tapi dia pertahankan diri dia sendiri. Ingat lagi dulu I tanya Sarah ‘Kenapa kau tak nak saman dia nok? Makin lama kau biar, makin dia pijak kau’.

“Terkejut dengar jawapan dia, salah satunya: ‘Aku bukan tak nak saman, tapi nanti aku saman siapa nak bayar? Perempuan tu tak kerja plus bapak dia ada sakit. Kalau orang tua tu sakit tak boleh nak kerja, siapa nak tanggung family dia weh’,” tulis Aizatul.

Dalam masa yang sama, Aizatul juga memberitahu yang Sarah merupakan seorang yang sangat baik dan sering menjaga hati orang lain.

“Sarah yang I kenal orangnya baik, tak pandai buat jahat dekat orang. Kau paksalah dia buat macam-macam, end up dia pilih untuk jaga hati orang lain dulu.

“Orang ambik laki dia, buat fake akaun banyak-banyak torture mental dia hari-hari for 4 years tapi dia masih fikir bapak malaun tu sakit, siapa nak tanggung family dia nanti. Aku kena jaga aib suami aku.

“Kalau aku, aku tak sesabar and kuat macam kau nok. Habis aku ganyang rempit rohingya tu. Jaga diri nok, aku yakin kau dah happy. Kau dah tak tanggung sorang-sorang dah, semua orang doakan kau @puterisarahliyana.”

Hati-Hati Dengan Istidraj… Puteri Sarah Tak Kisah Jika Syamsul Mahu Bayarkan Saman Ira Kazar

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu dia tidak kisah dengan video viral yang menunjukkan suaminya yang juga pengarah terkenal Syamsul Yusof dan pelakon veteran, Kazar Saisi berada di sebuah kedai emas.

Malah, pelakon yang popular menerusi drama Melastik Ke Hatimu itu tidak kisah jika suaminya mahu membayar saman pihak defendan iaitu, Ira Kazar.

“Tak kisahlah nak bayar saman Ira Kazar ke tak… janji saman tetap saman dan masuk kes jenayah,” katanya selepas ditanya oleh salah seorang pengguna Tik Tok berhubung kes video yang viral itu.

Terbaru, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik hantaran menerusi Instagram Story miliknya mengenai istidraj.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun, ramai yang beranggapan posting berkenaan ditujukan buat suaminya.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 31 saat yang telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai @Rghaikimbyeongho menunjukkan Syamsul dan Kazar Saisi sedang berada di sebuah kedai emas.

Walaupun ia hanya sekadar ‘content’ semata-mata namun, ramai pihak nampaknya berasa kurang senang dengan tindakan pengarah filem Mat Kilau ini kerana dianggap tidak sensitif dan menghormati pihak isterinya apatah lagi Puteri Sarah kini sedang sibuk dengan isu mahkamah melibatkan rumah tangga mereka.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *