“Saya beritahu staff untuk tengokkan ayah”- Syamsul Yusof

Ayah saya biasa lah, dia memang pengkritik saya nombor satu..”
Demikian kata-kata pengarah filem Syamsul Yusof, 38, yang gembira dengan penerimaan tak diduga daripada bapanya, Datuk Yusof Haslam terhadap filem arahan terbarunya.
Kata Syamsul, filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang dihasilkannya meraih pujian bapanya itu apabila dianggap setanding filem Bukit Kepong yang diterbitkan 41 tahun lalu.
Tambah Syamsul, bapanya yang juga pelakon, pengarah dan penerbit filem berpengalaman adalah pengkritik nombor satunya sepanjang dia terbabit sebagai pengarah filem dan aktif dalam karier seni sejak dari usia 18 tahun lagi.
” Sebelum ini, filem saya yang paling dia suka tapi dia tak beritahu saya ialah Munafik 2. Tapi, saya tahu juga.
” Tapi, selepas dia tengok Mat Kilau, saya tahu filem Mat Kilau ini yang paling dia suka. Hasil daripada saya.
” Kata pekerja saya, dia tengok dan lepas itu dia diam saja.

” Saya pula ketika ayah ‘preview’ filem saya, memang akan cabut lari dulu sebelum kena maki. Tapi, saya beritahu pekerja untuk tolong tengokkan ayah.
” Tapi, katanya dia (ayah) tak pernah tengok filem epik yang bagus selain filem Bukit Kepong lakonannya.
” Jadi, saya sangat-sangat menghargainya,” katanya kepada Harian Metro.
Ayah saya memang tak akan cakap, bagusnya kau
Syamsul berkata pembabitannya dalam penghasilan filem juga sebenarnya mahu menunjukkan bakat yang dimiliki dan diwarisi kepada bapanya.
Katanya, bapanya adalah individu yang menjadi pengaruh utama dalam kejayaannya.
” Sebenarnya, ketika saya buat filem ini (Mat Kilau), saya nak tunjuk pada ayah saya, ayah tengok ini.
” Sebabnya, ayah saya memang tak akan cakap, bagusnya kau. Tapi, saya hanya akan tahu daripada kawan-kawan.
” Ada jugalah dia cakap sikit depan saya, okey bagus-bagus, itu saja. Tapi, tak apa lah.
” Ayah saya ini, mungkin sifat dia itu keras. Tapi, dia keras dengan saya saja. Mungkin, sebab saya anak pertama. Dengan adik saya, dia lembut sikit.
” Tapi ketegasan dia itulah yang mungkin buat saya disiplin buat filem sampai macam ini.
Kaji pasal filem sejak dari sekolah
” Ya, ayah ‘influence’ saya juga. Syamsul Yusof ini adalah ‘produk’ yang ada Yusof Haslam, Shuhaimi Baba, Bade Azmi, Rashid Sibir, Aziz M Osman, Erma Fatima.
” Saya kaji sejak dari sekolah lagi. Jadi, dalam filem saya mesti ada sedikit ‘style’ yang menjurus sentuhan gaya pembikin-pembikin filem kita,” katanya.
Ditanya juga perancangannya untuk menghasilkan filem ‘remix’ sebagaimana dilakukan pembikin filem Hollywood, Syamsul berkata hasrat itu memang ada, namun pada masa sama dia juga mempunyai banyak idea untuk menghasilkan karya-karya baharu.
Untuk info, bakat mengarah filem Syamsul diwarisi dari bapanya Yusof Haslam yang juga pengasas syarikat produksi Skop Productions.
Kejayaan komersial pertama Yusof Haslam hadir pada 1994 menerusi filem drama romantik Sembilu yang mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta, sekaligus melancarkan kerjaya lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.
Kesinambungannya, Sembilu II ditayangkan pada 1995 dan mengulangi kejayaan filem prekuelnya apabila meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM6.10 juta.
Ia menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, waktu itu.
Sejak itu Yusof memperoleh gelaran “Six Million Dollar Man”.
Dah kutip RM53 juta
Sementara itu, terkini, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini mencatat kutipan pecah panggung keseluruhan sebanyak RM53 juta selepas 13 hari tayangan di semua pawagam terpilih di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Pengarahnya, Syamsul Yusof berkata dia kini hanya mampu memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan ucapan terima kasih kepada semua penonton yang sudah menonton dan memberikan sokongan terhadap filem itu.
” Dalam 13 hari, Mat Kilau menjadi filem tempatan yang mencatat kutipan ‘box office’ tertinggi. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua penonton,” katanya.
Ditanya juga sejauh mana filem Mat Kilau ini akan terus mendapat tayangan pawagam, Syamsul berkata, ia bergantung kepada sokongan berterusan penonton dan buat masa ini sangat menggalakkan.
” Apapun, menerusi rekod dicatat filem Munafik 2 dulu, kutipan keseluruhan RM48 juta itu diperoleh dalam tempoh lebih satu bulan tayangan di pawagam.
” Tapi, untuk Mat Kilau ini mungkin boleh bertahan lebih sebulan hingga ke dua bulan tayangannya di pawagam.
” Tapi, semuanya bergantung kepada sambutan penonton. Malah, filem Mat Kilau juga tidak akan masuk tayangan ke Astro First, tetapi, insya-Allah bakal ke Netflix selepas habis tayangan di pawagam nanti,” katanya kepada HarianMetro.
Sehubungan itu, dengan kehangatan filem Mat Kilau yang mencetuskan fenomena luar biasa ini, turut difahamkan juga tayangan filem terbitan Marvel Studios, Thor : Love And Thunder ditunda dari 7 Julai kepada 21 Julai ini.
Sumber:hmetr0/muzikjalanan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: