Uncategorized

“Kroni boIot perut, tuIang lembu…” Individu dedh kenapa ramai serik k0rban dengan Masjid

DI sebalik kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha, seorang pelayar Twitter berkongsi kisah kurang enak mengenai ibadah korban yang dijalankan di negara ini.

Menerusi satu ciapan yang dibuat pada Isnin pagi, lelaki dikenali sebagai Khairul Azri mendakwa wujud kes agihan daging korban yang dibuat secara tidak adil.

“Nak tahu susah ke tidak pegang amanah ni, boleh jemput turun aktiviti time korban, scene sorok ekor lembu masuk dalam plastik, berebut kepala lembu, tulang gearbox letak tepi, timbang lebihkan Ahli Jawatan Kuasa (baca kroni) tu benda biasa.

Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai 2022. (Gambar Hiasan)

“And biasa yang buat macam ni biasanya tak masuk korban pun. Yang lagi mendukacitakan last-last orang yang targeted untuk benefit dari ibadah dapat yang baki, tetel, lemak, urat, bukan daging pun.

“Dahlah orang korban masjid kariah sikit, sebab semua tumpu luar negara,” tulisnya sehingga meraih lebih 2,200 ulang kicau (retweet).

Dalam tempoh singkat, ciapan lelaki berkenaan turut dihujani dengan pelbagai komen netizen, termasuklah yang mendakwa berdepan pengalaman serupa pada tahun ini.

“Apa aku nampak semalam, masing-masing berebut bahagian perut. Sampai aku boleh gelar tamak. Sebab tempat aku ada 17 ekor lembu korban, seorang bolot sampai empat ke lima perut lembu.

“Semalam ada pertelingkahan ya kat kampung aku. Orang yang buat ibadah korban tak dapat lagi bahagian mereka, AJK dah bahagikan daging kat pemotong daging dulu.

“Betul semalam ada yang bawa lari kaki lembu,” tulis beberapa netizen.

Nak tahu susah ke tidak pegang amanah ni, boleh jemput turun aktiviti time korban.

Selain itu, beberapa netizen berkata mereka serik untuk melakukan ibadah korban yang diselia pihak masjid atau surau.

“Agree! Disebabkan itulah aku and family kalau nak buat korban, tumbangkan dekat rumah sendiri. Tak masuk yang masjid punya or letak masjid.

“Malam kelmarin lepas takbir, ketua korban taman aku dah warning awal-awal pasal isu ni. Siap pesan, nawaitu korban dan sedekah kena ikhlas dari hati, bukan niat ikut perut tekak sendiri.

Ada dalam kalangan netizen menolak untuk melakukan ibadah korban dengan pihak masjid. (Gambar Hiasan)

“So true! Belum masuk bab bagi pandangan sinis pada volunteers yang jarang-jarang datang surau atau masjid. Macamlah dia regular datang surau dan masjid tu dijanjikan syurga tanpa hisab dah!

“Kakaka betul. Kampung aku tahun ni penduduk serik dah buat korban dengan masjid. Masing-masing yang mampu buat sendiri dan agih sendiri.

“Betul sangat. Saya prefer buat korban sendiri dari join surau. Puas hati,” tulis beberapa netizen lagi.

Untuk rekod, umat Islam di Malaysia meraikan Aidiladha pada Ahad, 10 Julai 2022.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.