“Bukan Saya Yang Jutawan Tapi..” Adi Putra Enggan Digelar Dengan Panggilan Tersebut! Elak Sifat R1yak - Menujukebenaran
Uncategorized

“Bukan Saya Yang Jutawan Tapi..” Adi Putra Enggan Digelar Dengan Panggilan Tersebut! Elak Sifat R1yak

PELAKON Datuk Adi Putra enggan digelar sebagai seorang jutawan seperti mana pernah dikatakan sebelum ini walau sudah berjaya dalam dunia perniagaan.

Dengan rasa rendah diri, Adi, 41, berterima kasih pada pihak yang memberi gelaran berkenaan namun menganggap wang ringgit bukanlah erti kekayaan sebenar.

“Wang ringgit itu samalah seperti sehelai kertas. Kalau dikoyakkan ia sudah tidak bernilai. Bukan saya yang jutawan, tetapi Allah adalah jutawan sebenarnya.

adi putra 1

Lakonan hebat Adi dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dapat pujian ramai.

“Kalau ada yang kata saya jutawan, saya berterima kasih. Namun saya minta janganlah panggil saya dengan gelaran sebegitu,” katanya kepada mStar.

Adi yang mengusahakan sebuah syarikat pengurusan jemaah haji berkata demikian ketika ditemui dalam satu sesi bersama media di Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, bercakap tentang kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang kini berjaya meraih kutip tertinggi, Adi berkata, ia bagaikan satu lembaran baharu dalam industri perfileman negara.

Dalam masa sama, Adi melihat fenomena ini menjadi satu saingan hebat buat pembikin filem lain untuk terus menghasilkan karya bermutu selain meningkatkan promosi.

Bukan saya yang jutawan, tetapi Allah adalah jutawan sebenarnya.

DATUK ADI PUTRA

PELAKON

Mendapat komen positif tentang lakonannya dalam filem tersebut, Adi bimbang sekiranya hanyut dengan pujian dan disebabkan itu sentiasa berpegang kepada lima rukun Islam sebagai prinsip serta pelindung dirinya daripada sifat riy4k.

“Kejayaan filem Mat Kilau adalah satu lembaran baru dalam sejarah filem negara. Kita juga perlu fikirkan filem-filem lain yang akan keluar kerana semua ada sasaran sendiri. Jadi ia merupakan satu persaingan sihat dan terpulang kepada produksi bagaimana untuk mempromosikan karya mereka.

“Setiap pujian itu ada ujiannya juga. Saya takut lupa diri apabila filem ini menjadi fenomena. Justeru apa yang ada sekarang ini amat saya syukuri.

adi putra 3

Adi bersama isterinya.

“Rukun Islam sentiasa menjadi prinsip hidup saya kerana di dalamnya sudah ada syahadah sebagai satu pengakuan kita sebagai seorang Muslim. Kalau berpegang kepadanya, Allah akan sentiasa menjaga kita,” ujarnya.

Pada majlis sama, Adi bersama isteri, Datin Aida Yusof turut memperkenal produk terbaharu mereka iaitu minyak pati aromaterapi jenama Amrani.

Produk ini didatangkan dalam tiga rangkaian berbeza dengan setiap satunya dihasilkan daripada herba-herba terpilih.

Nama Datuk Adi Putra sangat popular sebagai pelakon drama dan juga filem di Malaysia. Mungkin ramai tak tahu Adi Putra pernah menjadi seorang model terkenal sejak berada di Singapura lagi. Kehidupannya semakin memuncak kerana perniagaannya juga semakin dikenali ramai

 

Kebahgiaan Datuk Adi semakin dilihat disamping istri tercinta, Datin Aida. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah sumbangan Datuk Adi sehingga mendapat gelaran tersebut?

Datuk Adi ini walaupun mungkin di lihat tidak sekerap dahulu untuk muncul di dalam mana-mana drama dan juga filem, beliau sekarang ini sangat aktif dalam membesarkan bisnes travelnya yang semakin maju itu.

Malah,dia juga bergerak aktif dengan pertubuhan amal sejak tahun 2020, pelakon Datuk Adi Putra berkata dia menimba banyak pengalaman sepanjang menyertai program misi kemanusiaan itu.

Menurut Adi atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim, 41, dia dapat melihat sendiri kesusahan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh mereka yang kurang nasib baik.

Dalam pada itu, Adi berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi perkembangan aktiviti misi bantuan kemanusian yang dilakukan di media sosial.

Bagaimanapun, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini berharap orang ramai dapat menggunakan laman sosial bagi menyebarkan mesej positif mengenai program kemanusiaan.

Jika di ikutkan, Datuk Adi ini juga tersenarai sebagai selebriti yang mempunyai kekayaan lebih dari USD 1 million untuk tahun 2017/18. Hal ini tidak di nafikan oleh Datuk Adi memandangkan dia dengan rendah diri turut mendoakan kebaikan buat pihak yang menulis artikel tentangnya itu.

Kata Datuk Adi,“Terima kasih kepada yg Menulis Artikel ini, semoga Allah permudahkan Urusan Anda. Bonda ku berpesan, permudahkanlah urusan org lain InsyaAllah Allah permudahkan Urusan mu, menjayakanlah niat dan hajat org lain insyaAllah Allah akan menjayakanmu. Pesanan dari kecil hingga kini tak akan ku lupai. Ameen YA Rabb”.

Ramai persoal status kerakyatan

Datuk Adi Putra mengesahkan bahawa dirinya kini sebagai seorang warga negara Malaysia.

“Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

“Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button