Uncategorized

“Hancus Lagu Aq Oii”-Raffa Cover Pula Lagu Kumpulan Lestari, Sekali Penyanyi Asal

Nyanyian semula sebuah lagu balada rock malar segar, Tiara dendangan asal kumpulan era 1980–an, Kris kini menjadi perdebatan peminat dalam laman sosial.

Semua itu susulan cara dendangan “Hancus Lagu Aq Oii”-Raffa Cover Pula Lagu Kumpulan Lestari, Sekali Penyanyi Asalseorang penyanyi popular dari Indonesia, Raffa Affar yang dikatakan telah merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.

Seolah tidak terkesan dengan kritikan tersebut, kali ni Raffa cover pula lagu berjudul Airmata Di Hari Persandinganmu

“Hancus Lagu Aq Oii”

Tapi apa yang menariknya, bila Raffa cover lagu Lestari,  sekali penyanyi asal masuk komen

Penyanyi berusia 20 tahun itu menyanyikan semula lagu balada rock tempatan berjudul Airmata Di Hari Persandinganmu nyanyian asal kumpulan era 1980–an, Lestari di saluran YouTube.

Bagaimanapun, tular komen didakwa ditinggalkan vokalis kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Wan menerusi satu posting oleh akaun Facebook Malaysian Modders.

Menerusi komen berkenaan, Wan menyifatkan penyanyi seberang itu telah merosakkan melodi lagu miliknya tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia sekadar bergurau atau sebaliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi yang turut bersetuju dengan pendapat Wan bahawa lagu ‘cover’ itu kurang merdu untuk didengari.

“Lagu sedap habis rosak!” – Netizen

Terdahulu  penyanyi yang pernah mencipta fenomena dengan lagu tular, Cinta Sampai Mati itu menyanyikan kembali lagu Tiara dalam sebuah program hiburan rancangan siaran langsung.

Meninjau komen-komen, penyanyi yang mempunyai pengikut lebih 22 juta dalam YouTube itu menerima pelbagai kecaman dan dituduh merosakkan lagu tersebut.

Orang ramai terutamanya peminat dari Malaysia menganggap penyanyi muda itu tidak layak untuk menyanyikan kembali lagu berstatus ‘legenda’ ciptaan Datuk M . Nasir itu.

“Rosak lagu alunan tidur aku, lagu ni legenda Malaysia, tak faham juga suara tak ada nada macam ni ada peminat berjuta.

“Suara tak lepas konon mendayu-dayu kemudian ‘claim’ lagu mereka, ” jelas Armada Jaafar.

“Dia ni kalau secara langsung memang rosak la lagu, kalau rekod pun tak sedap mana suara dia.

“Hilang mood aku nak dengar lagu pilihan hati ni, Tiara ini antara lagu terhabat zaman 80-an dulu, ” jelas Irfan Nor.

Berikut sedikit info mengenai Kumpulan Lestari

LESTARI ,kumpulan pemuzik berasal dari Klang, Selangor Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1985 dan mendapat tawaran rakaman album pertama pada tahun 1991 dari syarikat rakaman Perdana Muzikal

Industri. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock balada Melayu. Mereka telah menghasilkan lapan album studio dan empat buah album kompilasi.

Mereka dikenali kerana mempunyai banyak koleksi lagu-lagu hits antaranya adalah lagu Mahligaimu Dari Air Mataku, Airmata Saksi Cintaku, Wangian Cintamu, Sekelip Mata Kau Berubah, Airmata Dihari Persandinganmu, Biar Pedih Kasih Terhiris, Terserah Padamu,

Tatirana, Malang, Rindu Dipuncak Mahligai, Cinta Itu Ketawa Dan Air Mata, Terima Kasih Segalanya dan banyak lagi.

Sejarah

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama RESTU dan diasaskan oleh pemain gitarnya, Kamal. Pada tahun 1991 Lestari pada asalnya adalah beraliran heavy metal dan berpenampilan rambut panjang ala glam rock metal. Ketika itu mereka aktif menyertai pelbagai pertandingan muzik yang diadakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Bakat dan kemahiran mereka membuatkan mereka berjaya ditawarkan menjadi artis rakaman. Pada tahun 1989 nama Restu kemudiannya diganti menjadi Lestari yang bermaksud Kekal Abadi. Lestari berjaya memasuki pertandingan akhir pujaan 10-Nescafe anjuran RTM tiga tahun berturut-turut.

Ternyata lagu-lagu dendangan Lestari diminati ramai di seluruh nusantara dan menjadikan Lestari antara kumpulan muzik yang amat popular pada era 90an.

kredit:  kosmo, wikipedia, omm , trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.