Uncategorized

Belum Selesai Kes Saman Puteri Sarah Kepada Ira Kazar. Dia Beritahu Akan Saman Seorang Lagi Dan Sebab Kenapa Puteri Sarah Turut Dedahkan

TIDAK membiarkan dirinya terus dibuli, terkini pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang individu yang didakwa bercakap perkara tidak benar tentang dirinya di laman sosial.

Sarah, 37, berkata, tindakan itu dibuat sebagai satu bentuk pengajaran kepada warganet agar tidak membuat sebarang spekulasi tanpa bukti kukuh terhadapnya.

“Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh.

Sarah ambil tindakan terhadap individu buat fitnah.

Sarah ambil tindakan terhadap individu yang buat fitnah.

“Jangan buat fitnah fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri,” katanya menerusi Instagram.

Tindakan Sarah itu dilihat bermula apabila seorang pengguna media sosial membalas satu kenyataan yang pernah dikongsinya di media sosial sebelum ini.

Beberapa komen yang dikongsi oleh Sarah di media sosial menunjukkan dia seperti diserang dengan kenyataan balas memburukkan dirinya.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen berkenaan.

Sarah turut memuat naik notis saman terhadap individu itu di Instagram menerusi peguamnya, Natasha Basheer and Associate.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai menyokong tindakan pelakon itu bagi mempertahankan dirinya.

“Ajar mereka dengan tindakan yang betul. Baru mereka tahu. Mengata tanpa tahu cerita sebenar apa yang dialami tuan badan.

“Fight for your right. Jangan jadikan benda salah itu normal. Penyondol dah tentu salah,” komen netizen.

sarah 2

Ira (kanan) didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Sarah dan Syamsul.

Sarah sebelum ini telah mengeluarkan surat saman terhadap aktres Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Syamsul Yusof.

Terdahulu, Sarah memulakan tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga menggangu rumah tangganya dengan pengarah Syamsul Yusof.

Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada 4 Julai lalu memerintahkan pelakon Ira Kazar yang didakwa menggangu rumah tangga Sarah dan suami, Syamsul Yusof diperintahkan untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadapnya dalam media sosial sehingga perbicaraan penuh kes berkenaan.

Kes itu akan disebut semula pada 23 Ogos ini.

Sumber : MSTAR ONLINE/awatsheikh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.