Gadis Miliki Ijazah Bidang Kimia Kini Bekerja Di KFC Cetus Kerisauan Netizen - Menujukebenaran
Uncategorized

Gadis Miliki Ijazah Bidang Kimia Kini Bekerja Di KFC Cetus Kerisauan Netizen

Isu lambakan graduan dengan kekurangan peluang pekerjaan bukanlah satu isu baru lagi dalam negara ini. Baru-baru ini pula, kecoh di media sosial perkongsian seorang gadis tentang pekerjaan terkininya ini selepas tamat pengajian sekaligus mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen.

Bahkan ramai juga yang turut bersimpati melihat nasib graduan masa kini yang susah mendapat pekerjaan.

Menerusi video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat menghadiri majlis konvokesyen bersama-sama para graduan yang lain selepas berjaya menamatkan pengajian mereka.

 

Difahamkan, gadis itu telah berjaya menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kimia di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Namun kini dia akur bekerja di salah sebuah restoran makanan segera yang jauh berbeza dari bidang yang dipelajarinya.

Menurut gadis itu di ruangan kapsyen, ini bukanlah pekerjaan yang sempurna namun dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Perkongsian gadis itu kemudiannya tular dikongsikan dengan lebih dua juta tontonanan setakat ini.

Malah rata-rata netizen turut sama bersimpati dan memahami masalah yang selalu dihadapi oleh graduan pada masa sekarang ini.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berkongsikan situasi yang sama seperti yang dilaluinya ini ditambah pula dengan peluang pekerjaan yang terhad.

Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan yang terbaik untuk gadis itu pada masa hadapan.

“Negara kita gagal.”

graduan

“Kawan saya masters, kerja penjual wafer je u…”

gadis

“Sekarang memang lambakan graduan tapi peluang pekerjaan kurang…”

komen

“Kadang-kadang tertanya untuk apa belajar tinggi-tinggi, sampai masa tak sama apa yang kita belajar.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button