Uncategorized

Lima kampung diganggu ketukan misteri 1 pagi. Bila pintu dibuka, ini yg berlaku

KOTA BHARU: Lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, Kota Bharu diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah mereka sejak seminggu lalu.

Penduduk mendakwa ketukan serta dentuman yang kuat dikatakan berlaku hampir serentak pada awal pagi tetapi setelah disiasat, mereka tidak berjaya menemukan pelakunya.

Malah, menurut mereka, kesan ketukan juga tidak terdapat di permukaan dinding atau pintu meskipun bunyi tersebut dikatakan sangat kuat.

Lima kampung yang dikatakan mengalami ‘kejadian misteri’ itu ialah Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating.

Menurut seorang penduduk di Kampung Belimbing, Jasmi Awang Ahmad@Othman, 66, rumahnya diganggu dengan ketukan tersebut selama dua hari berturut-turut, sejak dua malam lalu.

“Bunyi ketukan yang kuat sebanyak enam kali, kali pertama saya bangun, tak tahu siapa yang ketuk. Buka pintu tetapi tiada sesiapa. Saya tutup pintu tetapi kemudian ketukan itu berbunyi lagi. Kali ini saya lihat jiran pun turut sama keluar,” katanya.

Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.40 pagi dua malam lalu itu menyebabkan dia sekeluarga terkejut dan berada dalam ketakutan.

Menurut Jasmi, kejadian yang sama turut berulang pada malam seterusnya dan juga pada waktu yang sama.

Katanya, penduduk cuba untuk menunggu antara satu hingga dua jam selepas mendengar bunyi ketukan, namun tetap gagal mengenal pasti pelakunya.

Seorang lagi penduduk kampung, Tuan Mansor Tuan Kechik, 64, berkata, dia sekeluarga menerima gangguan ketukan pintu bertalu-talu pada malam Selasa lalu.
Pada mulanya dia menyangkakan bahawa itu adalah anaknya yang baru pulang ke rumah selepas keluar memancing.

Curiga dengan keadaan itu, dia cuba mengintai menerusi tingkap namun tidak melihat kelibat sesiapa di luar.

“Saya ingat anak balik. Isteri buka pintu tetapi tiada sesiapa. Jenguk keluar tingkap pun tak nampak sesiapa. Apabila saya keluar berjumpa orang kampung, rupa-rupanya mereka juga mengalami perkara sama,” katanya.

“Memang misteri, sebab ia berlaku serentak di beberapa buah rumah, dan secara berturut-turut. Jadi orang kampung sepakat dengan pihak rukun tetangga dan sukarelawan untuk bekerjasama jaga kampung,” ujar seorang lagi penduduk, Wan Azizi Wan Abdul Ghani.

Katanya lagi kejadian itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mengesyaki ia berkaitan dengan kejadian jenayah sebaliknya bertanyakan kepada seorang ustaz yang memberitahu ia ada kaitan dengan kejadian mistik.

kredit: astroawani/trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *