Uncategorized

Kena ‘piat telinga’ sampai jadi biru! Ibu tanya kenapa buat sampai macamtu.. Sekali Ini Jawapan cikgu buat netzen mendidih…

BARU sahaja beberapa hari lalu negara ini digemparkan dengan video memaparkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menjadi mangsa penderaan ibu angkatnya.

Terbaru, tular pula kisah seumpamanya namun kali ini mangsanya adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menghidap autisme.

Dalam satu hantaran di Facebook, ibu kepada kanak-kanak berkenaan mendakwa anaknya didera di sekolah oleh seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sehingga meninggalkan kesan lebam teruk pada kedua-dua belah telinganya.

 

“Guru berkenaan bukan merupakan guru kelas dan guru subjek anak saya, cuma guru PPKI sekolah sahaja.

Dan ini merupakan insiden kedua dilakukan oleh guru berkenaan terhadap anak saya.

Posting yang dikongsikan di laman Facebook Autisme Malaysia.

Wanita berkenaan turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan telinga anaknya yang berwarna kebiru-biruan sebagai bukti dakwaannya.

Dkwanya lagi, selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa kesan lebam pada telinga anaknya berpunca daripada penderaan.

Menurut wanita itu lagi, sepanjang lima bulan anaknya mengikuti PPKI di sekolah berkenaan, hasil ‘follow up’ bersama guru setiap minggu setakat ini mendapati tiada lagi aduan berkenaan tingkah laku agresif kanak-kanak tersebut.

Malah ujarnya, sebelum memasuki darjah satu PPKI, anaknya telah mengikuti sesi pembelajaran khas termasuk kelas berenang dan kelas membaca selama tiga tahun.

Anak saya dijadikan mangsa keadaan untuk pihak sekolah menutup kes bagi menjaga nama sekolah dan menjaga guru berkenaan daripada kena tindakan.

“Tiada sebarang report memaklumkan anak saya bermasalah tingkah laku membahayakan orang (agresif) dan setiap hari selepas waktu persekolah anak saya ke transit, tiada sebarang masalah tingkah laku dimaklumkan oleh pihak transit.

“Selepas kejadian ini, tiba-tiba pihak sekolah memaklumkan anak saya mempunyai masalah dan menghina kami sebagai parent.

“Maklumkan segala usaha kami bertahun-tahun hantar anak kami ke beberapa kelas sia-sia, anak saya makin bermasalah dan menyatakan kelas-kelas berkenaan berbayar sebab itu tiada aduan.

“Kenapa selepas kes ini berlaku baru mempertikaikan segala usaha parent? PPKI tempat kebajikan untuk anak-anak OKU didera oleh guru? Guru-guru PPKI tiada bayaran gaji ke?” luahnya lagi.

Apa yang membuatkan wanita tersebut terkilan, anaknya dijadikan mangsa keadaan kerana tidak boleh bertutur untuk bercerita mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

Selain turut menzahirkan simpati, netizen juga menyarankan wanita berkenaan membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.

“Kejadian tersebut juga tiada saksi disebabkan oleh waktu rehat.

Anak saya dijadikan mangsa keadaan untuk pihak sekolah menutup kes bagi menjaga nama sekolah dan menjaga guru berkenaan daripada kena tindakan.

“Inilah nasib anak-anak OKU, tiada pembelaan dan simpati apa berlaku,” luahnya lagi.

Luahan wanita tersebut turut dikongsikan di laman Facebook Autisme Malaysia.

Ribuan komen membanjiri perkongsian tersebut, dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa kanak-kanak malang berkenaan.

Namun sebahagian besar daripada warga maya menyarankan agar wanita tersebut membawa kes berkenaan untuk perhatian pihak berkuasa agar siasatan dapat.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *