Uncategorized

Pasar Raya Caj Beg Plastik 20 Sen, Ini Tindakan Segelintir Pelanggan Buat Pekerja Mula Kesal

Jika kita berkunjung ke sesetengah pasar raya untuk membeli makanan dan barangan dapur, kebanyakan pasar raya memang mengenakan caj 20 sen bagi setiap pembelian bersama beg plastik.

Ini adalah saranan daripada kerajaan untuk mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik bagi menyokong kempen menyelamatkan alam sekitar.

Semalam, tular sebuah video di TikTok berkenaan keluhan seorang pekerja salah sebuah pasar raya mengenai hal ini. Katanya, tindakan segelintir pelanggan yang mengambil plastik buah kerana ia percuma bagi menggantikan beg plastik 20 sen telah menyusahkan beberapa pihak.

“Bila plastik caj 20 sen, pelanggan akan ambil plastik buah. Tarik sampai kau rasa cukup. Kalau lebih buang saja dekat bakul atau troli. Ni tabiat pelanggan bila masuk pasar raya.

“Lepas tu komplen bakul troli banyak plastik. Yang buat kamu sendiri.

“Membazir lah bagi saya. Sebab benda ambil banyak-banyak, tapi yang pakai 2 plastik je yang lain semua buat alas,” katanya bagi keterangan gambar untuk kisah caj beg plastik 20 sen berkenaan.

Ada Ambil Plastik Buah, Tinggal Dalam Troli

Meninjau ruangan komen, ada netizen yang mengaku melakukan hal berkenaan, dan ada juga yang mengatakan tindakan seperti itu tidak profesional dan menyusahkan.

Mengambil salah satu komen netizen yang melakukan hal berkenaan, “kalau nak tahu, mak den selalu suruh ambil banyak-banyak, then suruh buka kan sekali. Sebab senang depan nak letak barang. Kalau lambat kena kecan dengan mak sendiri oiii,” katanya.

Bagi mereka yang tidak setuju dengan hal itu, ada netizen member komen sebegini.

“Jangan la buat macam tu, plastik ni kena cas 20 sen sebab nak kurangkan penggunaan plastik. Guna la beg serbaguna lepas ni,” jelasnya.

Ada Pelanggan Buat, Ada Yang Sebaliknya

Melalui kisah ini, bagi pendapat min, sebagai pengguna elakkan lah pembaziran daripada berlaku walau apapun keadaan. Lagi-lagi hal plastik ini akan menyusahkan ramai pihak.

Dan untuk isu caj 20 sen juga, ia adalah kempen yang tidak berjaya dan tidak praktikal kerana ia bukan tindakan yang sesuai untuk mendidik pengguna dengan caj 20 sen.

Kerana pada akhirnya pengguna akan membayar dan menggunakan plastik lain. Apa yang perlu dilakukan pihak berwajib adalah mengurangkan kadar plastik yang dikeluarkan supaya pengguna boleh mengurangkan penggunaan beg plastik dan tidak melakukan dengan sesuka hati.

Kalau bagi anda sebagai pengguna, pendapat anda bagaimana?

Sumber: maruvissv

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *