“Suara Masih Tak Berubah” -Penyanyi Asal Belanja Lagu Tiara Raih Perhatian

Jika dapat dilihat hari ini lagu-lagu baru sememangnya memiliki barisan peminatnya yang tersendiri. Bagaimanapun, lagu lama juga tidak kurang hebatnya. Ada yang lebih dari 10 tahun namun masih dapat diterima dengan baik oleh pendengar generasi baru.
Salah satu lagu lama yang kian mendapat perhatian umum adalah ‘Tiara’ nyanyian asal kumpulan Kris. Kalau di era kegemilangan lagu ini memang tidak hairan jika diminati ramai. Namun di tahun 2022, lagu ini masih mendapat perhatian umum
Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan penyanyi asal lagu Tiara menyanyikan semula runut bunyi tersebut telah mencuri perhatian warganet. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun zam_husqvarna
VIDEO
Menerusi perkongsian rakaman tersebut kelihatan vokalis asal kumpulan Kris dikenali dengan nama Alim sedang berada di dalam sebuah konti radio. Penyanyi otai ini ‘belanja’ suaranya dan menyanyikan lagu popular tersebut.
Video ini telah meraih lebih 382 ribu tontonan dan 31 ribu likes. Rata-rata warganet memuji suara penyanyi asal lagu Tiara ini di ruangan komen seperti berikut:
“Suara penyanyi asal mantap gila wei. Masih bergetah. Aku minat gila lagu ni”
“Suara masih tak berubah. Mantap legend rock Malaysia”
“Yang ori jugak telinga ni nak dengar. Thorbaik la bang. Layan ooo”
“Perhhh suara dia. Duduk je tu”
“Lagu di olah macam mana sekali pun, yang asal jugak yang best”
Raffa Affar menyanyi lagu ‘Tiara’, Vokalis Kris Tampil Bersuara
VOKALIS kumpulan Kris iaitu Alim enggan mengulas lanjut mengenai cara nyanyian penyanyi muda dari seberang, Raffa Affar yang dikatakan sumbang ketika membawakan lagu Tiara secara langsung, baru-baru ini.
Kata Alim, 51, dia tidak kisah lagu tersebut dinyanyikan semula dan memandang daripada sudut positif kerana sedikit sebanyak membuatkan lagu yang sudah berusia 30 tahun itu kembali menjadi siulan ramai.
“Minta maaf saya cakap sebab tidak pernah dengar macam mana dia menyanyi.
“Tapi cara nyanyianya yang membuatkan orang marah atau sebagainya, saya tiada nak komen. Lagi pun pencipta lagu itu iaitu Datuk M.Nasir sendiri tidak kata apa tentang perkara ini.
“Saya okay saja kalau siapa nak nyanyi sebab ia satu perkara yang baik untuk saya juga bila lagu ini kembali tular,” katanya pada mStar.
Sifu M Nasir Turut Komen
IPOH: “Itu pendapat peribadi (kritikan netizen)… awak nak marah atau tidak, tapi ia berlaku dalam industri sejak dulu lagi.”
Demikian ulasan daripada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir berhubung isu lagu Tiara yang diolah dan dinyanyikan semula oleh penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar, sehingga menerima kecaman hebat netizen.
M Nasir yang juga pencipta sepenuhnya lagu tersebut menegaskan beliau tidak memandang perkara itu dari sudut negatif.
“Tiada masalah (nyanyikan semula lagu-lagu penyanyi Malaysia), sebab kita (penyanyi Malaysia) pun ada buat begitu.
“Trend sekarang, zaman media sosial berbeza sedikit penerimaannya dan lain halwa telinga,” katanya yang popular menerusi lagu-lagu seperti Mustika, Keroncong Untuk Ana dan Tanya Sama Itu Hud Hud.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara MBI bersama MACP, di Bangunan MBI, di sini pada Selasa.
Ditanya sama ada perubahan susunan muzik lagu itu sedikit sebanyak merosakkan lagu berkenaan, M Nasir ada pendapat tersendiri.
“Itu ya, sedikitlah (r0sakkan lagu) tapi ia tetap akan berlaku, kita tidak boleh kawal perkara itu.
“Kita kalau hendak buat sesuatu (untuk kawal) memang boleh tapi saya fikir dalam keadaan sekarang tidak perlulah,” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, nyanyian semula sebuah lagu balada rock malar segar, Tiara, dendangan asal kumpulan era 1980-an, Kris kini menjadi perdebatan peminat dalam laman sosial.
Semua itu susulan cara dendangan seorang penyanyi popular dari Indonesia, Raffa Affar yang dikatakan telah merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.
Menerusi satu klip video dari seberang yang tular ketika ini, menyaksikan penyanyi yang pernah mencipta fenomena dengan lagu tular, Cinta Sampai Mati itu menyanyikan kembali lagu Tiara dalam sebuah program hiburan rancangan siaran langsung.
Orang ramai terutamanya peminat dari Malaysia menganggap penyanyi muda itu tidak layak untuk menyanyikan kembali lagu berstatus ‘legenda’ ciptaan Datuk M Nasir itu
Sumber : HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.
Terima Kasih.
PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, dibawah ni antara artikel menarik untuk anda ikuti