Uncategorized

Selain Menyanyi Rupanya Dayang Nurfaizah Sembunyikan Tanggungjawab! Jaga Anak Buah Dari Baby Macam Anak Sendiri

Dayang Nurfaizah antara selebriti tanah air yang bebas kontr0versi. Walau pun kerjaya nyanyiannya cukup cemerlang dan diminati ramai namun namanya jarang terkait dengan berita kurang enak.

Ada yang beranggapan personaliti ini terlalu menjaga nilai eksklusif diri. Hakikatnya, Dayang ialah seorang wanita lemah-lembut, merendah diri dan mudah didekati.

 

Menggali sisi peribadi penyanyi bersuara lunak ini, rupa-rupanya ada tanggungjawab lain yang ‘disembunyikan’ Dayang selain aktiviti nyanyian. Patutlah Dayang jarang berada di khalayak kerana kebanyakan masanya diisi untuk keluarga di rumah.

Apatah lagi, Dayang turut membawa kedua-dua ibu bapa tinggal bersama di Kuala Lumpur di samping turut menjaga anak kakak yang dibawa dari Sarawak.

“Semuanya bermula lepas kakak saya habis berpantang dan tak ada siapa yang boleh jaga Yaya sebab saya bawa ibu bapa tinggal di KL.

Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘pinjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.

Sekarang Yaya dah berusia 12 tahun dan bersekolah di sini.

Bila cuti panjang baru Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya atau mereka yang akan datang lawat Yaya. Saya mula jaga Yaya dari umur dia tiga bulan lagi.

Mungkin sebab itu jugalah dia tetap nak tidur dengan saya walaupun bilik untuknya sudah disediakan. Bagi saya semua tu tak jadi masalah sebab saya suka baby dan memang suka jadi babysitter,” ujar Dayang yang mesra dengan panggilan Mumuk di kalangan anak saudara.

Dari riak wajahnya jelas terpancar sinar bahagia Dayang dalam memikul tugas sebagai seorang ibu. Meskipun ada ketika dia berasa penat untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga, tapi Dayang akui gembira dan puas.

Katanya, “Bila dah ada tanggungjawab baru, waktu kita akan terasa lebih terisi. Setiap kali sesi persekolahan bermula, memang saya sibuk uruskan hal Yaya. Fikirkan kelas tuisyen, beli buku sekolah dan macam-macam lagi keperluannya.

 

Sejak dia berumur empat tahun, saya dah hantar Yaya ke sekolah. Kasihan pula tengok dia main seorang di rumah, ditemani orang dewasa.

Sekurang-kurannya, di sekolah ada rakan sebaya dan mungkin sebab itu dia kini terlebih peramah.

Saya dah anggap Yaya macam anak sendiri. Setiap hari jam 6.30 pagi sama ada cukup tidur atau tidak, saya tetap akan bangun untuk uruskan Yaya.

Saya memang jenis yang susah tidur malam sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak ada apa-apa show, saya sendiri yang akan hantarnya ke sekolah.

Bab merajuk, memang selalu dia merajuk dengan saya sebab bila balik dari sekolah, jarang saya dapat ambil dia pulang. Tapi bila dia nampak saja saya di pintu sekolah, ketara sangat perubahan wajah Yaya.”

Tambah Dayang, “Ilmu parenting bukan sesuatu yang kita boleh senang-senang adapt. Saya selalu Google untuk tahu cara bagaimana berhadapan dengan anak-anak seusia Yaya.

Susah juga nak jawab semua persoalannya dan kita sebagai orang dewasa perlu tahu cara terbaik untuk membentuk anak-anak.

Biasanya saya anak jadi mentor kepada ibu bapa saya sebab orang dulu-dulu memang akan terus anak jika mereka buat salah.

Tapi anak-anak sekarang, tak boleh macam tu. Kita kena jadi kawan mereka tapi dengan had yang betul supaya boundaries di antara ibu dan anak itu tetap ada.”

Sedikit info berkenaan Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah dilahirkan di Kuching, Sarawak. Bakat besar yang dimiliki oleh Dayang sudah pun dikesan sejak kecil lagi bila mana beliau telah berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak dari sekolah rendah.

Di zaman persekolahannya, Dayang sememangnya terkenal sebagai penyanyi undangan pada setiap majlis sekolah diadakan sehingga namanya begitu terkenal. Dengan kebolehan luar biasa menyanyikan lagu-lagu asli Melayu serta lagu bergenre R&B, Dayang mula mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan nyanyian di negerinya sendiri antaranya memenangi Bintang Asli Remaja 1996 dan ke peringkat akhir dalam pertandingan Bintang Remaja Sarawak 1996 dan akhirnya muncul juara dalam edisi 1997

Bertitik tolak daripada itu, beliau memberanikan diri untuk keluar dari Kuching dan menyertai pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia iaitu Golden Teen Search 1997 di Kuala Lumpur.

Pertandingan bakat nyanyian lagu-lagu Bahasa Inggeris ini ternyata mengakui kehebatan Dayang hingga meraih gelaran juara ketika beliau baru berusia 17 tahun.

Kredit: tehtarikkaw

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.