“Tulang Mghimpit Rusvk Kiri..”- Smpai Trkejut Pak Nil Dia Terus Terang, D0ktor Sahkan Ini Mgkin Berlaku Dgn Zamani

PENYANYI Zamani menjelaskan proses untuk melakukan pembedahan tulang belakang memerlukan masa memandangkan dia perlu menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, mengakui masih berasa takut untuk melakukan pembedahan tersebut kerana bimbang akan kesan sampingan yang perlu ditanggung kelak.
Bagaimanapun atas nasihat doktor, Zamani tidak menolak untuk melakukan pembedahan bagi menyembuhkan penyakit Skoliosis atau masalah tulang belakangnya itu.
“Buat masa sekarang saya perlu merujuk kepada pakar neurologi kerana ada banyak proses akan diambil kira sebelum melakukan pembedahan.
“Berdasarkan pemeriksaan X-ray dan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), saya difahamkan terdapat banyak kedudukan saraf sekitar kawasan tulang belakang jadi sedikit rumit untuk melakukan pembedahan,” jelasnya.
Zamani berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi di laman Instagram.

Dalam rakaman itu, Aznil turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM122,052.93 menerusi hasil kutipan dana awam yang dilakukannya sekitar Jun lalu.
“Mereka bukan sahaja menyumbang wang ringgit, tetapi mendoakan agar kesihatan Zamani pulih. Saya sungguhnya terpanggil untuk mengadakan kutipan ini kerana memikirkan bagaimana Zamani ingin buat persembahan.
“Jadi saya lakukannya dalam diam dan bersyukur dalam tempoh yang singkat, ramai yang tampil membantu. Biarpun ada yang menyumbang 50 sen sekalipun. Penerbit Datuk A.Aida juga tampil menyumbang RM5,000. Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang membantu Zamani,” kata Aznil.
Sementara itu, Zamani turut memberitahu, dia ada menonton pembedahan tersebut secara dalam talian menerusi YouTube.
“Saya memang takut untuk membuat pembedahan ini. Saya juga ada melihat di YouTube dan mengakui pembedahan itu bukan sesuatu yang mudah.
“Saya juga fikir untuk melakukan pembedahan secara robotik iaitu dengan cara penebuk lubang dan masukkan besi pada tulang belakang. Tetapi, walaupun menebuk lubang, hal itu tetap satu pembedahan yang agak menakutkan,” katanya.
Mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan tersebut, Zamani bagaimanapun akur apabila penyakit yang dihidapinya semakin menjejaskan kesihatan.
“Kalau diikutkan saya tidak mahu membuat pembedahan, tetapi tidak ada cara lain melainkan makan ubat tahan sakit. Sampai bila harus bergantung kepada ubat dan akan menjejaskan buah pinggang.
“Sekarang saya berasa semakin tidak selesa sehinggakan sukar untuk tidur malam. Sekarang tulang semakin membengkok dan menghimpit rusuk kiri,” jelasnya.
Penyakit tersebut mula disedari Zamani sekitar 2015 selain pernah mengakui jatuh terlentang ketika berada di rumah.
“Waktu itu saya ingin segera ke tandas, berlari dan ketika itu ada air yang mengalir daripada peti ais membuatkan saya terjatuh. Saya ambil masa agak lama juga untuk bangun selepas jatuh itu,” terangnya.
Dalam minit ke 6 video ini, Zamani ada menjelaskan apa yg mungkin berlaku dgn zamani.
Lihat video..
Selepas jumpa 3 pakar, Zamani lebih yakin jalani rawatan tulang belakang… Sebelum ini takut sebab dengar cakap-cakap orang!
PENYANYI Zamani memaklumkan dia sudah berjumpa dengan tiga orang pakar perubatan di sebuah pusat ortopedik di Kuala Lumpur bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut berhubung penyakit skoliosis yang dihidapi selama ini.
Kata Zamani, 51, dia tidak pernah berputus asa untuk kembali pulih dan kini lebih yakin untuk meneruskan rawatan selepas mendengar maklumat lanjut daripada barisan doktor tersebut.
“Saya telah pergi banyak tempat termasuk yang menawarkan rawatan tradisional. Namun belum jumpa yang betul-betul meyakinkan saya untuk meneruskan rawatan.
Zamani berkongsi masalah yang dihidapi dalam satu temubual bersama Sarimah.
“Sebelum ini saya rasa takut dengan diri sendiri sebab tidak mendapat input (maklumat) yang lengkap. Selepas mendengar nasihat dari tiga orang pakar saya mula yakin rawatan ini boleh dilakukan,” katanya.
Zamani berkongsi perkara tersebut dalam satu temu bual bersama pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim yang dimuat naik menerusi laman Instagram.
Rakaman itu dikongsi selepas penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini melakukan pemeriksaan imbasan X-ray di pusat perubatan berkenaan.
Zamani yang mengalami sakit berkaitan tulang belakang sejak tahun 2015 itu turut meluahkan rasa bimbang jika rawatan yang diterimanya kelak boleh memberi kesan sampingan kepada dirinya.
Dalam masa sama, vokalis kumpulan Slam ini juga memberitahu keluarga menjadi kekuatan untuk dia mendapatkan rawatan supaya boleh menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Sebelum ini ada yang kata jika buat pembedahan keadaan akan bertambah buruk sehingga boleh lumpuh dan terpaksa duduk atas kerusi roda. Apabila mendengar ayat-ayat seperti itu saya jadi takut.
Selepas mendengar nasihat dari tiga orang pakar saya mula yakin rawatan ini boleh dilakukan
“Keluarga adalah faktor utama yang membuatkan saya kuat dan mahu terus menerima rawatan. Saya sudah beristeri dan dengan keadaan kesihatan begini agak sukar menjalani kehidupan harian,” jelasnya.
Dalam sesi tersebut, doktor turut memberi jaminan Zamani boleh melakukan pergerakan seperti biasa selepas dua minggu menjalani pembedahan.
Zamani bagaimanapun belum menetapkan waktu sesuai untuk dia menjalani pembedahan tersebut.
Dalam istilah perubatan, Skoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan.
kredit: mstar, hmetro, trendingsangat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: