Uncategorized

“Rezeki baby baru, tahniah…” – Fizo Omar Buat ‘House Tour’ Rumah Baru Buat Ramai Terpegun

Pelakon Fizo Omar baru sahaja menimang cahaya mata perempuan hasil daripada pernikahan keduanya bersama pasangan iaitu Fazeera Nazri. 

Berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya, Fizo atau mesra dipanggil Abe Joe menamakan Wan Khaleeda. 

 

Terbaharu, Abe Joe sekali lagi berkongsi berita gembira dimana dia dan keluarga akan berpindah ke rumah baharu. 

Menyifatkan rumah baharu sebagai rezeki anak – anak dan keluarganya semakin bertambah besar, Fizo bakal berpindah ke rumah tersebut tidak lama lagi. 

 

Namun sebelum itu, Fizo akan membuat ubahsuai dalaman terlebh dahulu mengikut reka bentuk yang diingini sebelum membawa keluarganya. 

Menerusi perkongsian Youtube Fizo, dia membawa peminat meninjau sekitar kawasan rumah yang baru dibelinya. 

Video:

 

Meninjau ke ruang dalam rumah tersebut, Fizo membawa melihat beberapa ruang bilik serta ruang tamu yang luas. 

Rata – rata warganet yang melihat mengucapkan tahniah atas rezeki yang diperolehi oleh Fizo selain mendoakan urusan Fizo dipermudahkan. 

Komen Netizen: 

Selamat menyambut kelahiran anak perempuan keduanya pada 25 Jun lalu, pelakon Fizo Omar tampil berkongsi nama cinta hati terbarunya itu kepada umum.

Memilih nama yang ringkas dan indah, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai sepakat memilih nama Wan Khaleeda buat bayi sulung mereka.

Menerusi Instagramnya, Fizo turut memuat naik video ketika melakukan pendaftaran kelahiran bayinya itu. Tidak hanya menunjukkan sijil kelahiran dengan nama yang dipilih bahkan Fizo turut berkongsi senarai dan tip untuk proses mendaftarkan kelahiran anak.

“Wan Khaleeda binti Wan Hafizol ✅.

“Dah nak setahun dah kawen baru ambik sijil nikah. Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran baby.

“Daddy baru nak up macam ni la. Daddy-daddy kat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ni dalam tempoh 60 hari je. So bertindak cepat k,” kongsinya.

Bagi memudahkan ibu bapa baru lain untuk membuat pendaftaran, Fizo turut berkongsi dokumen yang perlu di bawa semasa mendaftar kelak.

“Abe Joe share pengalaman dan checklist apa yang daddy-daddy di luar sana perlu bawak untuk mendaftar kelahiran anak ni.

Ini check list yang disenaraikan Fizo untuk memudahkan semua.

* Ic bapa (original dan photostat)
* Ic ibu (original dan photostat)
* Sijil perkahwinan (original dan photostat)
* Kad pranatel (check up baby sebelum bersalin)

Tempoh pendaftaran tak boleh melebihi 60 hari.

“Rasa-rasa macam tahun depan nak repeat datang JPN ni pulak la, boleh tak @ffezyranesry,” kongsi Fizo berseloroh.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Fizo di Instagram turut memuji nama ringkas tapi bermakna yang menjadi pilihan Fizo dan isteri. Ringkas tapi sedap kata wargamaya.

Terdahulu, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada 25 Jun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.

Timang anak kedua, air mata jantan Fizo Omar gugur.

Meskipun bukan kali pertama, pelakon popular Fizo Omar mengakui air matanya menitis saat melihat pengorbanan isteri tercinta, Fazeera Nazri melahirkan bayi perempuan mereka pada 25 Jun lalu.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, air matanya mengalir ketika melihat isterinya bertarung nyawa melawan rasa sakit ketika melahirkan anak secara normal.

Namun, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu bersyukur kerana mereka membuat keputusan tepat iaitu mengambil suntikan bius epidural untuk mengurangkan rasa sakit sepanjang tempoh kontraksi.

“24 Jun lalu, isteri dimasukkan ke dalam dewan bersalin dan mengambil masa hampir 10 jam untuk melahirkan bayi kami.

“Nasib baik kami ambil suntikan bius epidural, kalau tidak memang tak sanggup lihat dia menganggung kesakitan sebelum bersalin.

“Gugur air mata jantan seorang suami apabila melihat orang tersayang menahan sakit dan bertarung nyawa melahirkan zuriat kita,” katanya dalam satu entri Instagram.

Tidak terhenti di situ, dia memberitahu air matanya sekali lagi gugur apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan.

“Pada 25 Jun, air mata jantan sekali lagi gugur. Perasaan terus bertukar gembira, sedih dan sebak ketika pertama kali melihat anak yang dinanti-nanti selama ini.

“Ketika ini memang tak boleh tahan perasaan sampai menggigil tangan ketika diminta memotong tali pusat bayi.

“Pada waktu itu, muncul satu bisikan ‘ini zuriat kau, jadi ayah dan suami dan contoh yang baik kepada keluarga,” kongsinya lagi.

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Kelantan itu turut menitipkan pesanan kepada mana-mana lelaki yang akan bergelar seorang bapa agar sentiasa berada di samping isteri pada saat getir.

“Pesanan saya kepada suami dan bakal ayah, ambillah momen ini bukan sahaja untuk berada bersama dengan isteri tetapi juga diri sendiri.

“Bukan mudah nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga.

“Kadang-kadang pengalaman juga buat kita faham mesej yang hendak disampaikan daripada Allah yang buat kita bergelar ayah dan suami,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Fizo berkongsi berita gembira selepas Fazeera selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor pada 25 Jun lalu.

Kelahiran anak pertama Fizi dan Fazeera sekali gus menjadikan Fizo bapa kepada dua orang puteri, puteri nombor satu, Maryam lahir menerusi perkahwinan terdahulu.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang.

Fizo sebelum ini pernah menrdirikan rumah tangga dengan usahawan etrkenal, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun

Sumber: pama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.