Uncategorized

Wanita nekad ‘panjat’ JPN buang ‘Muhammad’ di pangkal nama anak, menyesal biar keluarga campur tangan lepas bersalin

SETIAP pasangan pastinya ada pilihan nama tersendiri untuk diberikan kepada cahaya mata mereka.

Namun lain pula ceritanya melibatkan pasangan ini apabila pilihan nama Luth Hayden untuk bayi lelaki sulung yang dilahirkan pada 23 September tahun lalu mendapat tentangan ahli keluarga.

Menurut Sherry, 24, dia dan suami Muhammad Aiman Hakim, 27, akhirnya memilih nama Muhammad Luthfi Hayden kerana enggan bertelagah dengan orang sekeliling ketika masih dalam proses berpantang.

“Masa mengandung, saya dan suami dah bincang nama anak. Kami nak letak nama Luth Hayden, sempena nama Nabi Luth. Kami suami isteri tak gemar nama panjang-panjang. Lepas balik bersalin ramai yang campur tangan.

“Ramai tak setuju nama Luth memandangkan kaum Nabi Luth yang dikaitkan dengan amalan songsang. Saya bertelagah dengan seseorang dalam keluarga mengenai hal itu, saya pula dalam pantang.

“Jadi kami letak nama Muhammad Luthfi Hayden. Dah la nama suami saya pun panjang. Setiap kali nak tulis kat buku monthly check up, nama penuh anak tak muat, kena tulis sampai bawah. Lama-lama saya dan suami berbincang untuk tukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Akhirnya selepas lama tersekat dengan kekangan masa, pada Mei lalu kami berjaya tukar nama anak kepada Luthfi Hayden” ujar wanita dari Melaka itu kepada mStar.

Menurut Sherry, dia dan suami membuat carian awal mengenai proses pertukaran nama itu, malah mereka berdua cukup gembira kerana ia berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat.

Sherry turut berkongsi kisah itu menerusi video di TikTok sehingga dia dihujani pelbagai soalan netizen yang keliru dan tidak faham mengenai proses berkenaan.

 

 

Saya dan suami potong perkataan ‘Muhammad’ sebab tak mahu nama anak panjang… ia pilihan masing-masing.

SHERRY

“Saya dan suami pergi ke JPN Melaka. Mereka bagi senarai dokumen apa yang perlu kami sediakan. Esoknya kami bawa dokumen seperti sijil kelahiran anak, surat nikah serta salinan kad pengenalan kami. Prosesnya siap dalam satu jam.

“Jadi saya berkongsi pengalaman itu di TikTok, rupa-rupanya ramai lalui benda ni. Mereka mesej dan tanya pelbagai soalan. Ramai rupanya tak tahu nama anak boleh ditukar sebelum umur setahun. Kalau yang umur lebih setahun, saya tak tahu prosesnya,” ujar Sherry lagi.

Berbeza dengan aplikasi TikTok, video Sherry yang tular di Instagram dan Facebook bagaimanapun meraih reaksi berbeza daripada netizen yang mempersoalkan tindakan dia dan suami membuang perkataan ‘Muhammad’ pada pangkal nama anaknya.

sherry2

Bayi comel ini dilahirkan pada 23 September tahun lalu.

“Selain TikTok, saya juga kongsi video di Instagram, kemudian video tu masuk juga ke Facebook. Ramai yang persoal kenapa kami buang nama Muhammad? Mereka pertikaikan keputusan kami. Mereka kata, mesti saya tak tahu nama Muhammad tu bagus, akan dipanggil lebih cepat di akhirat.

“Pada saya, ia terpulang kepada individu. Sebab saya yang lahirkan anak saya. Sesiapa saja boleh nasihat, tapi ia terpulang kepada saya dan suami. Kami potong nama Muhammad sebab tak mahu nama anak panjang. Bagi saya, ia pilihan masing-masing,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sherry turut menitipkan pesanan kepada pasangan yang baru melahirkan cahaya mata agar tetapkan pendirian dan tidak terikut-ikut cakap orang seperti yang dilaluinya sebelum ini.

sherry3

Muhammad Luthfi Hayden kini dikenali sebagai Luthfi Hayden selepas melalui proses pertukaran nama di JPN baru-baru ini.

“Orang lain boleh bagi pendapat, tapi jangan harapkan pendapat itu akan diambil sebagai keputusan akhir. Berbincang dengan suami sudah memadai.

“Cuma berbeza situasi saya, masa tu saya tengah pantang, saya tak mahu gaduh-gaduh dengan sesiapa. Sebab tu saya terima cadangan orang. Waktu tu, hanya Tuhan yang tahu emosi saya.

“Saya yang kena jahit masa bersalin tapi orang lain tentukan hak atas nama anak saya. Saya kata pada suami, yang mengandung seorang, tapi balik rumah ramai pula emak.

“Tapi Alhamdulillah sekarang dah tak ada isu selepas saya tukar nama anak. Saya buat keras kepala demi yang terbaik untuk anak saya,” ujarnya.

Untuk rekod, video itu meraih lebih 100,000 tontonan di TikTok.

Video

https://www.instagram.com/reel/Cgs8ol7ARAy/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.