Uncategorized

Akhirnya Fizi Ali Tampil Beri Respond Tentang Apa Yang Diperkatakan Oleh DJ Lin Suria FM

Saya tidak nafikan berhenti secara mengejut dan mengakui kesilapan itu. Tapi saya sudah pun meminta maaf sebelum meninggalkan Suria FM bulan lalu”.

Demikian respons penyampai radio Fizi Ali apabila mengakui terdapat kesilapan sendiri berhubung isu perhijrahan saat akhir dari stesen radio Suria FM ke Hot FM sehingga mengguris hati majikan lama, terutama Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin.

Fizi atau nama lengkapnya Mohd. Hafizudin Alimudin bagaimanapun menjelaskan, isu tersebut dianggap sudah selesai selepas memohon kemaafan daripada semua pihak di Suria FM pada hari-hari terakhir sebelum meninggalkan stesen radio tersebut pada hujung bulan lalu.

“Saya tidak nafikan pergi meninggalkan stesen Suria FM secara mengejut dan saya akui kesilapan itu.

Cuma sebelum saya berhijrah ke Hot FM, saya sudah pun meminta maaf kepada semua, selain memohon restu sebelum memulakan tugas di tempat baharu.

“Saya tidak pergi begitu sahaja. Alhamdulillah, masing-masing merestui penghijrahan saya dan saya anggap isu tersebut telah selesai,” katanya.

Ujar penyampai radio berusia 33 tahun itu lagi, sebelum kontraknya bersama Suria FM berakhir pada Julai lalu, stesen tersebut ada membuat tawaran sambungan kontrak, namun Fizi tidak memberi kata putus kerana perlu berbincang bersama keluarga.

Pada masa sama, Fizi mendapat tawaran sebavai penyampai radio di Hot FM dan berasakan tawaran tersebut sebagai satu peluang besar untuk mengembangkan lagi kerjayanya dalam bidang pengacaraan.

“Apabila saya ditawarkan menjadi penyampai radio di Hot FM, saya berbincang dahulu dengan keluarga untuk mendapatkan restu.

Alhamdulillah saya rasa berbesar hati dengan tawaran yang diberikan ini,” katanya.

Bercakap tentang isu kerugian yang terpaksa ditanggung pihak Suria FM selepas terpaksa merombak semula kerja-kerja bagi promosi Jelajah 90 Suria yang bakal diadakan bermula 6 Ogos nanti, Fizi enggan memanjangkan isu tersebut, namun amat terhutang budi kepada stesen radio yang telah memperkenalkan namanya dalam bidang penyampaian radio.

“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu. Cuma saya mahu berterima kasih kepada majikan lama. Saya sayang mereka. Suria FM yang memperkenalkan nama saya kepada pendengar.

“Saya tidak pasti jika pihak sana masih lagi terkilan. Apa yang pasti, saya sudah pun meminta maaf pada semua. Sepatutnya tidak perlu ada apa-apa isu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fizi turut mengakui peluang yang ditawarkan Hot FM untuk menjadi penyampai radio mereka sebagai satu peluang besar yang tidak boleh dilepaskan.

Katanya, selain bergelar penyampai radio, Fizi turut sama mengintai peluang untuk menyerlahkan lagi bakatnya dalam bidang pengacaraan televisyen.

“Saya pun minat bidang pengacaraan. Jadi peluang saya untuk ke arah itu besar selepas menyertai Hot FM. Kalau kata saya seorang yang tidak setia, saya tidak akan kekal selama enam tahun di sana (Suria FM).

“Saya berhijrah bukan disebabkan bayaran semata-mata, tetapi kerana banyak peluang yang ditawarkan untuk serlahkan lagi nama Fizi Ali. Perkara itu yang membuatkan saya tekad untuk berpindah kerja,” katanya yang mengimpikan untuk bergelar pengacara Anugerah Juara Lagu suatu hari nanti.

Terdahulu, DJ Lin mengakui terkilan dengan tindakan Fizi berhubung keputusan pernghijrahan ke stesen radio lain yang dibuat pada saat akhir.

Gara-gara tindakan Fizi, Suria FM terpaksa merombak semula kerja-kerja promosi Jelajah 90 Suria yang bakal diadakan pada Sabtu ini, selain menanggung kos kerugian berjumlah RM50,000.

Fizi yang sebelum ini bertugas di stesen radio Suria FM selama enam tahun memulakan tugasnya sebagai penyampai segmen Hot FM Sembang Squad bersama rakan penyampai, Fad sejak semalam.

Fizi Ali tinggalkan Suria FM

Selepas hampir enam tahun berkhidmat sebagai penyampai radio Suria FM, Fizi Ali akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu baru-baru ini.

Fizi berkata, dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan memilih untuk tidak menyambung perkhidmatannya dengan Suria FM.

“Selama enam tahun bersama Suria FM banyak kenangan manis bersama rakan-rakan penyampai dan pihak pengurusan. Suria FM banyak mendidik saya supaya menjadi individu yang lebih bekerja keras dan sentiasa mencabar diri melakukan perkara baharu.

“Walaupun keputusan ini sangat berat untuk dilakukan, tapi sudah tiba masanya saya mencuba sesuatu yang baru selepas ini. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin mendakwa dia bakal menyertai stesen radio Hot FM, Fizi bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

“Selain bergelar penyampai radio saya mahu mengintai peluang dalam dunia pengacaraan. Saya teringin nak hoskan sebuah program TV. Sebelum ini memang ada tawaran tapi disebabkan kekangan masa bekerja membuatkan saya terpaksa tolak,” katanya.

Fizi memulakan kerjayanya di stesen radio itu pada Julai 2016 bergandingan dengan Zulin Aziz dan Halim Othman mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria.

Sebelum menamatkan perkhidmatannya, Fizi mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama dua rakan penyampai, Ajak Shiro dan Suraya Borhan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.