Uncategorized

“pernafasannya lemah dan kuantiti oksigennya menurun….”Pohon Doa. Pelakon Terkenal Ako Mustapha Berada Di Wad Kecemasan, Isteri Beritahu Keadaan Terkini Beliau

Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini di rawat di bahagian kecemasan.

Hal tersebut dikhabarkan oleh isterinya, Kartina Shuaib menerusi kemas kini terkini yang di kongsikan di akaun Instagram milik Ako.

“Assalamualaikum… mohon doakan suami saya, Ako Mustapha. Sekarang ini dia berada di ruangan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.

 

“Semoga dengan doa-doa kalian mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan diberikan kesembuhan buat suami saya… Amin ya rabbal alamin,” tulisnya.

Bagaimanapun, Tina tidak memperincikan dengan lebih lanjut sebab atau alasan kemasukan Ako di hospital.

Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Terdahulu pada Februari, Ako menerusi kemas kini Instagram memberitahu yang dia positif COVID-19.

Antara komen netisen.

jasminhamidjh, Allahuakbar…be strong ya Tina..moga suamimu di dalam peliharaan ALLAH dan di angkat penyakitnya segera

86_ieda, Semoga dipermudahkan dan diberi kesembuhan Aamiinn…

tasha_391, Semoga cepat sembuh,kembali berkarya lagi dan sihat2 selalu..Amin

Terkini,Isteri kepada pelakon Ako Mustapha, Kartina Shuaib mendedahkan yang suaminya kini berada dalam pemantauan doktor selepas dikejarkan dan dirawat di zon merah kritikal Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi.

Kartina berkata, kesihatan Ako merosot akibat ketiadaan insulin dalam badannya, sehingga menyebabkan saraf dan otot tubuh tidak dapat berfungsi.

“Saya tiada di rumah sejak hujung minggu lalu, ada outstation. Ako di rumah dengan anak-anak, tetapi dia bekerja seperti biasa. Saya tidak tahu yang dia tidak ambil ubat kencing manis ketika ketiadaan saya.

“Jadi, ketika tiba di rumah pukul 3 pagi tadi, saya lihat wajah dia dah lain macam. Dia beritahu yang dia muntah selepas minum air dan sup. Apa sahaja yang masuk keluar balik. Saya cadang pergi hospital tetapi dia enggan.

“Kemudian bila bangun tidur, saya beri dia minum air dan sup, tetapi muntah lagi. Muka dia pula dah mula senget. Saya hubungi ambulans dan Ako terus dibawa ke HKL. Bila sampai HKL, Ako dimasukkan ke zon merah kritikal.

Menurut doktor, insulin dalam badannya kosong dan disebabkan itu, saraf serta otot tidak dapat berfungsi,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, Kartina menambah, keadaan Ako tidak ada kena mengena dengan penyakit strok, tetapi disebabkan masalah diabetes yang dialami.

“Jadi doktor cakap bukan strok, tetapi sebab insulin tiada dalam badan. Dia sekarang dalam pemantauan dan doktor beri dia enam liter air serta glukosa beserta insulin.

“Doktor turut berkata yang mereka akan memantau Ako dalam tempoh 24 jam dengan harapan apa yang dimasukkan dalam badannya, tidak ditolak,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terkini, Kartina berkata yang Ako kini sudah boleh membuka mulut dan bercakap.

“Tadi ketika tiba di hospital, dia tak boleh bercakap, pernafasannya lemah dan kuantiti oksigennya menurun.

Tetapi doktor di HKL sangat pantas melakukan kerja. Sekejap sahaja siap. Saya puji ketangkasan mereka.

“Selepas rawatan kecemasan yang diberikan, Ako sudah mula boleh mata boleh senyum,” katanya lagi.

Terdahulu pada Februari, Ako menerusi kemas kini Instagram memberitahu yang dia positif COVID-19.

Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sekadar info, Muhaizad Ahmad Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ako Mustapha merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Ketampanan wajah aktor, Ako Mustapha menjadi kegilaan ramai, suatu ketika dahulu. Malah, berilah apa sahaja watak sama ada anta.gonis atau prot.agonis, semuanya mampu dibawa dengan baik.

Ketampanan wajah aktor, Ako Mustapha menjadi kegilaan ramai, suatu ketika dahulu. Malah, berilah apa sahaja watak sama ada anta.gonis atau prot.agonis, semuanya mampu dibawa dengan baik

Antara drama yang berbekas di hati tentulah Dalam Hati Ada Cinta, Salina dan Sephia yang menjulang nama Ako sebaris dengan hero drama lain.

Namun, kini, zaman kemasyhuran Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha sudah berlalu. Wajahnya juga sekian lama tidak kelihatan di kaca televisyen.

Bukan terus mengucapkan selamat tinggal terhadap dunia seni, sebaliknya Ako mencuba haluan berbeza daripada apa yang sering dilakukannya.

Lebih dua dekad bergelar pelakon, Ako yang juga bapa kepada empat cahaya mata akuinya, memperlahankan rentaknya sebagai seorang pelakon. Kali terakhir membintangi drama Bukan Gadis Biasa, tahun lalu. Ako berkata, dia semakin selesa menduduki kerusi penerbit berbanding pelakon.

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.