Uncategorized

“Kerana asyik sangat kejar syurga dan pahaIa di Iuar” Jasmin Hamid tampil buat luahan jadi tanda tanya ramai

TIADA angin tiada ribut, pelakon Jasmin Hamid tiba-tiba meluahkan perasaan seakan-akan tidak berpuas hati dengan seseorang menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya pqda Rabu.

Enggan mengulas lanjut hal berkenaan, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, bagaimanapun memberitahu luahan itu sekadar perkongsian umum dan terpulang jika ada pihak yang terasa hati dengan penulisan tersebut.

“Saya hanya cakap tentang apa yang berlaku di sekeliling. Perkara dah berlaku biarkanlah. Kalau ada yang tahu mereka akan faham.
Jasmin harap mana-mana pihak yang terasa boleh memahami luahannya.

“Apa yang boleh saya katakan jangan terlalu poyo tetapi diri sendiri tunggang-langgang. Jagalah keluarga sendiri dahulu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Jasmin sebelum ini menulis beberapa hantaran di IG story tentang individu yang dikatakan terlalu sibuk dengan hal orang lain sehingga terlupa akan kebajikan keluarga sendiri.

“Kenapa sibuk sangat kejar syurga dan pahala di luar sehingga dua pintu syurga yang adad alam rumah sendiri kita abaikan?

“Berbakti dengan orang luar kerana ingin disanjung oleh manusia sehingga terlupa untuk berbakti kepada ibu bapa sendiri,” tulisnya.

Sementara itu mStar sempat bertanya khabar Jasmin selepas dia terkena serangan jantung sehingga dimasukkan ke hospital pada awal Jun lalu.

Menurut Jasmin, dia kini sudah kembali bekerja seperti biasa dan akan menunggu untuk melakukan rawatan susulan pada Februari tahun hadapan.

Apa yang boleh saya katakan jangan terlalu poyo tetapi diri sendiri tunggang-langgang. Jagalah keluarga sendiri dahulu

Dalam masa sama, Jasmin turut meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah pihak yang seakan lebih tahu akan kondisi dirinya dan menganggap jadual kerja menjadi punca dirinya terkena serangan jantung.

“Setakat ini doktor maklumkan jantung saya masih baik dan jika terkena serangan lagi akan segera dapatkan rawatan. Sekarang saya makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Jun lalu Jasmin dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.

“Ramai yang cakap saya stress sebab banyak kerja. Sebenarnya kalau tidak kerja lagilah stress. Mereka tidak tahu masalah saya dan mudah buat kesimpulan.
“Serangan jantung saya saya alami ini bagaikan satu kesalahan besar. Kalau sekadar bercakap tanpa membantu, lebih baik diam sahaja.

“Syukur saya boleh bekerja seperti biasa. Selagi mampu saya akan terus bekerja,” jelasnya.

kredit:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *