Uncategorized

“Empat bulan saya tak bayar sewa rumah” Luah Hazami, Tak sangka ini keadaan beliau

” Empat bulan saya tidak dapat membayar duit sewa rumah.”

Itu luahan penyanyi Hazami yang mendedahkan dirinya berdepan dengan cabaran pndemik C0VlD-I9 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia sejak dua tahun lalu.

Hazami atau nama lengkapnya Norkamal Hazami Ahmad memberitahu dirinya tidak terkecuali daripada berdepan kehilangan punca pendapatan sehingga terpaksa ‘ikat perut’.

Empat bulan tak bayar sewa rumah

Tambah Hizami, duit simpanannya habis digunakan sehingga bayaran duit sewa rumahnya pernah tertunggak selama empat bulan gara-gara gara-gara tiada tawaran pekerjaan selama lebih dua tahun.

” Selama ini saya senyap. Ramai tidak tahu sewaktu pndemik meIanda, saya bergelut dengan msaIah kewangan.

” Selama empat bulan saya tidak dapat membayar duit sewa rumah.

” Saya tidak ada pekerjaan sepanjang pndemik sehinggalah pada awal tahun ini. Saya bukan jenis yang suka bercerita hal-hal sebegitu pada umum termasuk media,” katanya.

Bergantung hidup dengan royati

Ujar penyanyi berusia 47 tahun itu, dia sepatutnya boleh bergantung hidup menerusi pendapatan royalti menerusi karya-karya muzik yang pernah dihasilkan.

Bagaimanpun ketika pndemik, berlaku msaIah sistem sehingga menjejaskan pendapatan royaltinya.

Duit cuma tinggal RM200

” Cuba bayangkan saya tidak ada gaji tetap. Tiap-tiap bulan duit tak masuk. Asyik keluar sahaja. Duit simpanan saya habis digunakan.

” Pernah suatu hari, duit saya di dalam akaun bank cuma tinggal RM2OO.

” Tapi saya bernasib baik dibantu ahli keluarga dan adi–beradik yang sudi menghulurkan bntuan walaupun saya tidak meminta,” ujar Hazami.

Hampir jual piano kesayangan

Untuk meneruskan kehidupan ketika pndemik, pelantun lagu Tekad itu hampir menjual piano kesayangannya bagi demi perbelanjaan seharian.

” Sampai satu tahap, saya hampir menjual piano kesayangan saya. Menangis-nangis saya sebab sayangkan piano tersebut.

” Kalau dijual dapatlah juga duit antara RM2,800 hingga RM3,000. Tapi nasib baik saya tidak jadi menjualnya kerana tidak sanggup,” katanya kepada Kosmo!0nline.

Kini keadaan kembali stabil

Ditemui usai sidang media program Terpaling Juara terbitan TV3 di Petaling Jaya Performing Arts Centre, semalam, Hazami bagaimanapun bersyukur apabila keadaannya kini kembali stabil apabila situasi ekonomi menjadi semakin pulih.

” Alhamdulillah. Saya sudah mula mendapat tawaran membuat persembahan sejak awal tahun sekitar bulan Februari lalu.

” Terbaharu, saya kini terlibat dengan program Terpaling Juara oleh TV3 dan bersyukur kerana sudah kembali bekerja,” jelasnya.

Hazami sebelum ini pernah hilang seketika dari radar seni hiburan tempatan sekitar tahun 2015 kerana mempunyai msaIah kesihatan akibat menghidap divert1culum atau kantung d4rah pecah.

Keadaan tersebut menyebabkan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Sonata Musim Salju itu mengalami sakit perut sehingga terpaksa menjalani pembdahan di sebuah hspital di ibu negara.

10 fakta mengejutkan tentang Hazami

1) Hazami dilahirkan pada  22 Februari 1975 di Ipoh, Perak.

2) Beliau mula mencipta nama dalam industri muzik tanah air pada tahun 2002 menerusi lagu saduran berjudul ‘Sonata Musim Salju’ yang merupakan lagu tema drama Korea, ‘Winter Sonata’ yang mana lirik video lagu ini telah mencecah sebanyak 2.2 juta tontonan di laman Youtube.

3) Pada 22 Januari 2002 beliau telah mengadakan showcase beliau sendiri di Planet Hollywood Sunday’s Nite Live di mana syarikat rakaman suara Warner Music telah mengikat perjanjian usahasama bersama beliau untuk menjadi artis rakaman di syarikat rakaman tersebut pada tahun 2002-2007. Pada tahun 2008, beliau telah menubuhkan syarikat rakaman beliau sendiri iaitu Hazami Records.

4) Hazami kini dikenali sebagai Guru Vokal profesional didalam industri muzik Malaysia. Beliau berkongsikan ilmu vokal kepada pelajar-pelajarnya dan kebanyakkan daripada pelajar-pelajar beliau memenangi pelbagai pertandingan besar.

5) Diatas pembelajaran vokalnya yang hampir sedekad, Hazami telah dipilih untuk menjadi salah seorang mentor didalam program realti ‘Mentor’ di TV3.

6) Hazami kini telah mencapai cita-citanya untuk bergelar seorang Penulis lagu, Guru vokal dan juga Penerbit.

7) Hazami bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah turut dikenali di Indonesia, Singapura dan Brunei. Lagu pertama beliau iaitu ‘Sonata Musim Salju’ telah berada didalam Carta Era selama 17 minggu dan lagu tersebut menjadi lagu nombor 1 di Carta Era selama 5 minggu.

8) Pada tahun 2010, lagu ‘Tekad’ telah dirakam semula didalam bahasa Tagalog – ‘Hangang Wakas’. Ini adalah projek duet bersama Ratu Pop Filipina iaitu Kyla dan lagu ini telah menjadi lagu nombor 1 di salah sebuah carta radio di Filipina selama 14 minggu.

9) Antara anugerah dimenangi Hazami adalah menjadi salah seorang calon untuk kategori Artis Lelaki Baru Terbaik di anugerah berprestij tinggi Malaysia iaitu Anugerah Industri Muzik pada 2003. Pada tahun yang sama juga beliau telah memenangi kategori Anugerah Artis Lelaki Baru Poplular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Pada tahun 2010, beliau telah memenangi Anugerah Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu, Survivor (Album ‘Running’) di Anugerah Industri Muzik.

10) Hazami menyertai Gegar Vaganza 2017. Beliau berjaya mara ke pentas final dan mendapat tempat ke-4, membawa pulang hadiah RM20,000. Pada edisi tersebut dimenangi oleh Aishah, manakala Liza Hanim di tempat kedua dan Lan Solo ke-3.

Sumber:k0smo, wikipedia, muzikjalanan.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *