Uncategorized

“dia akan buat setiap kali jumpa..”- Tangan Kena Kekoh Dgn Kekasih. Ini Reaksi Lelaki Itu

Tular sebuah video memaparkan seorang wanita bertindak menggigit ‘manja’ pada bahagian tangan seorang individu, didakwa berkemungkinan insan tersayang dalam hidupnya.

Video mereka dimuat naik di akaun Twitter @amende_si*l sehingga meraih hampir 726,000 tontonan dan diulang kicau sebanyak 11,545 kali serta lebih 8,900 tanda suka dalam kalangan netizen.

“Dah boleh bawak berubat dah tu bang. Bukan manja dah ni. Ni lebih pada tak berfikiran waras,” tulis akaun tersebut menerusi muat naik satu ciapan semalam.

Berdasarkan kapsyen pada video berdurasi 16 saat itu, insan tersayang berkenaan seolah-olah merelakan diri apabila sebelah tangannya digigit oleh wanita tersebut di dalam sebuah kereta.

“Ni lah dia akan buat setiap kali jumpa. Nasib baik sayang,” tulisnya.
Meskipun dipercayai berlaku perbualan antara mereka, namun wanita itu dilihat tidak melepaskan tangan individu terbabit daripada cengkaman giginya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa meluat apabila melihat perbuatan wanita tersebut yang disifatkan menjengkelkan sekiranya sebagai pasangan kekasih.

Malah pelbagai komen ‘membahan’ ditinggalkan netizen, ada juga segelintir tidak bersetuju apabila video peribadi seperti itu dikongsi di media sosial sekali gus bertubi-tubi menerima kecaman ramai.

Perangai pelik pun ada yang nak, aku normal asyik kena tinggal

Ramai je buat, cuma tak rakam

Tak berbau ke tangan tu?

Namun, tidak dapat dipastikan kedua-dua individu itu merupakan pasangan suami isteri atau kekasih hati. Ciapan tersebut juga tidak memberi sebarang kredit terhadap pemilik video asal sebagai rujukan.

Sumber: Twitter @amende_si*l

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *