Uncategorized

“Tertekan link”-Punca Sebenar Duit RM13,000 Dr Rafidah Lesap Pukul 2 Pagi Di Kenal Pasti

MEDIA sosial kecoh apabila pakar perubatan terkenal Dr Rafidah Abdullah mendedahkan wang simpanan sebanyak RM13,000 lesap dalam akaun bank miliknya.

Menerusi perkongsian terbaru di Facebook, pakar buah pinggang itu mengakui dia ada tertekan link menyebabkan wang miliknya lesap sekelip mata menerusi tiga transaksi mencurigakan.

Berikut perkongsian terbaru Dr Rafidah

Selamat tinggal CIMB
Part 6.

Tidak pernah saya nyatakan saya tidak bersalah langsung didalam isu hilang 13K dalam sekelip mata. Saya tidak ada masalah pun sebab saya sudah anggap ianya bukan rezeki saya. Tertekan link pada hari selasa 16hb Ogos 5:45pm yang menyebabkan peranti / alat kedua di daftarkan ke akaun CIMB saya (iPhone 6 katanya).

Tapi apa yang saya musykilkan:

1. Punyalah banyak laporan duit “lesap” dari akaun rakyat Malaysia. Ada tak pihak berwajib memberi jawapan dan menerangkan keputusan siasatan secara terperinci; selain “maaf, kami tidak boleh apa-apa (itu salah anda)”.

Antara fakta yang patut diberikan adalah:

– statistik berapa banyak jumlah duit yang terbabit

– statistik berapa akaun yang terbabit

– modus operandi manusia-manusia tidak bertanggungjawab ini

– apa keputusan siasatan kesemua jenayah ini

– apa penambahbaikan yang telah dilakukan

Teranglah sikit kepada seluruh rakyat Malaysia. Asyik-asyik keluar kenyataan macamana nak elak scam. That is NOT ENOUGH. Mana data? Where is your transparency? Kalau serius nak menyelamatkan duit masyarakat, ini caranya.

2. Aktiviti-aktiviti pelik di dalam bank tidak perlu tanya tuan punya badan ye. Saya pasti kalau sekurIti bank sangat ketat, transaksi 3 kali ke akaun yang sama pada pukul 2 pagi 19hb Ogos tidak akan lepas (walaupun kaedah dikira buat cara “betul”). Tidak mengapalah, mereka memang tak menghargai pelanggan hampir 30 tahun. Siapalah saya. Saya akan menutup akaun CIMB, bayar habis cebisan loan yang tinggal tidak lama lagi.

Kepada wartawan yang cuba menghubungi saya, maaf saya bekerja.

Saya dah buat laporan polis pada petang kejadian sebab saya haya sedar pada pukul 3petang. E-mel kepada Bank Negara Malaysia, Crime Resolution Unit CIMB telah dibalas mengatakan mereka sedang menyiasat. Saya beri masa menyiasat dan bila mereka hubungi saya banyak points di nombor 1 dan statistik akan saya tanyakan.

Rafidah Abdullah

Terdahulu Dr Rafidah turut menggesa pihak bank agar meningkatkan ciri keselamatan demi menjami keselamatan pengguna, sekaligus mengelakkan kejadian serupa berulang lagi.

“Saya demand CIMB untuk perketatkan sekuriti, hanya beri satu nombor sahaja untuk CIMB click dan kalau ada register atau tukar “phone baharu atau lain”, tolonglah telefon tuan punya akaun.

“I dont think this is rocket science. I expect it done immediately. Gunalah sedikit otak. Ketatkan prosedur operasi standard (SOP). Ini hak individu masyarakat Malaysia. Their hard-earned money, for goodness sake,” ujarnya yang turut berseloroh mahu membeli peti besi.

Selamat Tinggal CIMB
Part 5

“Pertama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang memberi semangat dan menyokong perjuangan ini. Kepada kesemua yang telah menghadapi masalah yang sama seperti saya, saya bersimpati dengan apa yang telah berlaku.

Saya nampak terlampau ramai yang pernah melalui pengalaman duit lesap dari akaun masing-masing. Lepas itu, bank kata mereka tidak boleh buat apa-apa. Kasihan rakyat Malaysia.

Saya telah e-mel Bank Negara Malaysia dan akan susuli dengan e-mel yang lebih terperinci sebentar lagi. Semoga Bank Negara Malaysia dan pihak Kementerian Kewangan dapat meneliti kes-kes yang seumpama ini yang telah dihadapi oleh ramai masyakarat Malaysia.

Antara saranan saya adalah:

1. Pastikan ada ruang untuk masyarakat yang terkesan mendapat maklum balas dan tindakan susulan yang telah dan akan dibuat tentang kehilangan wang mereka. Dont leave people in the dark. Dont sweep under the carpet. The banks should take responsibility and refund back the amount ASAP. Kesian Pak Cik, Mak Cik, pelajar-pelajar dan yang mungkin sakit memerlukan duit rawatan.

2. Pihak bank sepatutnya bertanggungjawab. Tidak sepatutnya konsumer disalahkan 100%. Mohon mereka mempertingkatkan dan mengetatkan sekuriti di setiap bank. Mohon ada transparensi dan memberitahu rakyat permasalahan dan cadangan penambahbaikan.

Ada beribu orang di belakang saya yang mahukan tindakan dan perubahan di dalam sistem perbankan negara ini. Dont make us lose faith in the financial system.

Rafidah Abdullah
Akan perjuangkan rakyat Malaysia.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Kredit: kecoh ape

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.