Uncategorized

Baru je Aliff Syukri Berhasrat Nak Duet Dgn Jamal Abdillah, Sekali Datuk Jamal Sudi. Tapi Syaratnya Boleh Buat Aliff Syukrii Berpeluh..

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah menyatakan dia tidak kisah untuk menerima pelawaan berduet dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Bukan setakat Aliff Syukri sahaja, malah dia berlapang dada sekiranya mana-mana individu menawarkan diri untuk berduet bersama asalkan mereka dapat memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Jika ditawarkan untuk berduet dengannya, saya anggap ia penghormatan dan kita pun dapat mengikuti trend serta kekal relevan untuk bersama-sama berada di persada.

Syarat utama mesti kena nyanyi betul2 dan tak sumbang

Memetik portal KopiPlanet, penyanyi berusia 63 tahun itu meletakkan syarat di mana rakan duetnya perlu menyanyi dengan sepenuh hati dan tidak bersuara sumbang.

“Cuma, syarat utama saya, dia kena menyanyi betul-betul dan tidak sumbang kerana kita akan sakit telinga dan orang pun tidak menyalahkan saya,” jelasnya.

Aliff lebih kepada promosi bisnes

Jamal yang dikenali sebagai Raja Pop Malaysia mengakui kebanyakan ‘nyanyian’ yang dilakukan oleh usahawan seperti Aliff Syukri adalah lebih kepada tujuan mempromosikan perniagaan sahaja.

“Semua pun tahu dia (Aliff) bukan penyanyi, namun saya melihat dia berkarya sebagai sebahagian daripada promosi bisnes.

Dia tak perlu belajar dengan guru vokal

Disoal mengenai ‘takdir’ jika berduet bersama, Jamal memberitahu dia sendiri akan menurunkan ‘key’ suara bagi memberi keseimbangan dengan Aliff Syukri.

“Kalau ditakdirkan kami berduet, dia tak perlu belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan ‘key’ suara biar seimbang dengan usahawan berkenaan,” katanya.

Pun begitu, Jamal memaklumkan sehingga kini Aliff Syukri masih belum menghubunginya dan tidak mengetahui sejauh mana keseriusan usahawan tersebut untuk berduet bersama.

Terdahulu, Aliff Syukri mendedahkan dia mempunyai hasrat untuk berduet dengan beberapa penyanyi popular seperti Jamal, Anuar Zain, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Awie.

Malah, Aliff juga mendakwa dirinya adalah penyanyi nombor satu Malaysia kerana lagu-lagunya sentiasa ‘trending’ nombor 1 setiap kali dimuat naik di YouTube.

Biarpun dihentam oleh netizen dan terbaru dihentam oleh penyanyi Wings, Dato’ Awie yang melabelnya sebagai perosak industri muzik, ahli perniagaan kontroversi, Aliff Syukri Kamarzaman tetap menyatakan hasratnya untuk berduet dengan penyanyi tempatan.

Penyanyi nombor satu Malaysia (self proclaimed) itu mendakwa, dia amat meminati Siti Nurhaliza dan berharap dapat berduet dengannya.

“Saya berharap dapat berduet dengan Siti Nurhaliza. Kalau beliau lihat video ini, mungkin impian saya akan tercapai. Bagi saya, tak ada lagu saya yang tak trending walaupun saya juga tak dapat sebarang anugerah,” katanya memetik laporan dari Harian Metro, Jumaat, 19 Ogos 2022.

Selain Siti Nurhaliza, Aliff juga mahu berduet dengan Awie, Jamal Abdillah dan Anuar Zain.

Jelas Aliff, kecaman, cacian dan makian orang terhadapnya tidak memberikan kesan kepada diri kerana lagunya tetap trending di laman YouTube tanpa dia perlu membayar 10 sen pun kepada YouTube untuk menaikkan jumlah penonton muzik videonya Baby Sayang.

Dalam pada itu, dia turut membandingkan usahanya dengan selebriti lain yang bersusah payah mengeluarkan lagu tetapi tidak trending, berbanding muzik videonya yang hanya mengambil masa beberapa jam selepas diterbitkan terus trending di laman itu.

“Saya berdiri ‘stand alone’ walaupun banyak selebriti keluarkan lagi, macam-macam cerita keluar, saya nombor satu. Ini membuktikan suara saya ada ‘value’, walaupun ada orang kata suara saya macam itik dan lembu.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat saya yang setia bersama saya daripada satu lagu sampai 10 lagu dan saya juga ada dapat tawaran untuk membuat persembahan,” katanya.

Aliff percaya dengan tawaran itu, dia mempunyai aura seorang artis dan memaklumkan penghasilan lagu single itu setiap tahun hanya sekadar untuk memenuhi minatnya untuk menjadi penyanyi.

Lagu Aliff Syukri tidak lagi nombor satu

Datuk Seri Aliff Syukri, 35, tidak lagi menjadi penyanyi nombor satu negara seperti yang diiktirafnya sendiri sebelum ini.

Ia selepas kedudukan tempat pertama carta trending YouTube dirampas artis bertaraf antarabangsa BLACKPINK menerusi lagu terbaharu mereka Pink Venom sejak mula dilancarkan tiga hari lalu.

Video muzik (MV) rasmi kumpulan asal Korea Selatan itu sudah mencecah lebih 175 juta tontonan, manakala MV lagu Baby Sayang duet bersama Baby Shima kini jatuh di tempat kedua dengan hanya 1 juta tontonan.

Sementara itu, di aplikasi TikTok tular apabila seorang pengguna mendedahkan dakwaan Aliff yang mengatakan dirinya penyanyi nombor satu selepas MV lagunya mengalahkan BLACKPINK adalah satu kesilapan.

Menerusi hantaran video dimuat naik pengguna @alexhkf ketika itu hanya membabitkan teaser video muzik lagu Pink Venom dan bukan video muzik rasmi.

“Bang yang tu teaser saja. Ini baru ‘views’ yang betul. Jangan malukan kita ‘please’,” katanya.

Dipaparkan ketika itu tontonan MV Pink Venom sudah mencecah 49 juta tontonan hanya selepas sembilan jam ia dilancarkan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Aliff menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi nombor satu negara kerana semua 10 lagu pernah dihasilkannya selama ini sentiasa ‘trending’ di YouTube.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman ketika ditemui berkata, dia mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu kerana memang layak dengan gelaran itu disebabkan pencapaian lagu yang sentiasa ‘trending’ di platform digital.

Sumber: KopiPlanet.com/trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.