Uncategorized

“lawan orang bdoh, kita kena lebih bd0h daripada dia!”- …” – Tak sangka ini yg berlaku pada Pelakon Zulin Aziz ketika buat Live.

Kecoh di media sosial, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz meluahkan rasa berang terhadap seseorang ketika membuat siaran langsung di TikTok bersama pengikutnya, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dianahamsani di laman TikToknya, dipercayai Zulin sedang mempromosikan produk kecantikkan bersama pengikutnya ketika membuat siaran langsung di aplikasi tersebut.

Apa kes ni? Zulin bodohkan siapa?

Bagaimanapun, secara tiba-tiba pelakon yang berusia 33 tahun itu meminta seseorang untuk merekod kata-katanya yang agak kasar dan kesat ketika mengikuti siaran langsung tersebut.

Tegasnya, dia tidak mahu memulakan peperangan mulut bersama orang yang tidak bijak memandangkan ia hanya membuang masa serta tenaganya.

“Nak lawan dengan orang bodoh, kita kena jadi orang yang lebih bodoh daripada dia. Sebab itu aku pilih untuk berdiam. Aku tak akan buang tenaga untuk berpura-pura jadi bodoh,” jelasnya.

Netizen setuju dengan Zulin!

Tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen seakan terpinga-pinga dengan tindakan yang dilakukan oleh Zulin kerana mereka tidak tahu siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Zulin.

Malah, netizen turut setuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh pelakon itu dimana melayan orang yang kurang cerdik hanya membuang masa dan patut diendahkan sahaja.

Bagaimanapun, asbab Zulin bertindak sedemikian masih tidak dapat dipastikan lagi kerana tiada penjelasan yang diberikan olehnya atau pemilik video.

Sumber: TikTok @dianahamsani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.