Uncategorized

“Sudah Sedia Bergelar Ibu Kpada Ank IqbaI?” Vlda B0ngkar Sesuatu Semasa Dukung Ank lqbaI

Baru-baru ini, usahawan terkenal Datuk Seri Vida memuat naik video sedang mendukung anak angkat bekas kekasihnya, Iqbal Zulkefli.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Vida berharap dan berdoa agar diberi peluang untuk menimang cahaya mata lagi.

Menurut Vida lagi, dia pernah melakukan ujian kesuburan dan memaklumkan dirinya subur. Namun ujarnya, mungkin belum rezeki untuknya menimang cahaya mata lagi.

“Saya pernah buat ujian kesuburan dan ternyata saya subur. Kalau saya dah bernikah, mungkin dah ada baby sebesar Ziyad. Mungkin belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata dia percaya dengan perancangan Allah, namun dia sangat bersyukur jika diizinkan untuk berkahwin lagi.

“Perancangan Allah itu lebih baik. InsyaAllah kalau Allah mengizinkan saya untuk bernikah dan dapat timang cahaya mata. Saya cukup gembira dan bersyukur.

“Saya nak betul-betul fokus dengan kehidupan peribadi. Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan. Amin,” katanya.

“Telur tu masih simpan kan”-Iqbal Mengaku Masih Sayang Dato Vida, Tapi Tak Boleh Nak Berkahwin Sebab Takut Tak Boleh Anak

Sebelum ini, usahawan berusia 28 tahun itu pernah merancang untuk meminang Vida atau DSV pada tahun lalu namun hubungan mereka berakhir disebabkan konflik yang berlaku.

Hari ini, mereka sekali lagi bertemu mata dan meluahkan isi hati masing. Menurut Iqbal, dia masih sayang Dato Sri Vida, Tapi Tak Boleh Nak Berkahwin Sebab Takut Tak Boleh Anak

Berikut perkongsian iqbal di Facebook beliau 

SETELAH SETAHUN TIDAK BERHUBUNG DENGAN DATO SERI VIDA.

Kali terakhir kami berbicara baik pada bulan September tahun lepas. Biarlah saya mengalah dan dimarahi asalkan kami tidak hidup bermusuhan.

Ada yang ingat ini drama buat-buat? Untuk marketing? Tidak sama sekali. Jika ada yang perasan, lima tahun lepas kisah saya dengan Dato Seri Vida pernah viral. Cuba baca, kenyataan saya tetap tidak berubah. Tidak mungkin drama ini diatur sejak lima tahun lalu lagi betul?

Saya takut jadi fitnah lain kan dikata saya datang bawa sihir, saya rekod awal-awal hal sebenar. Apapun komen baik buruk, pendapat kalian, saya terima.

Perasaan berdebar itu ada tetapi kami berdua saling tidak bercakap dan hanya buat hal masing-masing.

USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Vida kekal bersikap profesional ketika digandingkan dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli semasa penggambaran sebuah filem, baru-baru ini.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata dia tidak mengetahui mengenai pembabitan Iqbal dalam filem komedi seram berjudul Gui itu kerana tidak dimaklumkan mengenai pelakon lain.

Kata Vida, produksi pada awalnya hanya memberitahu dia perlu melakonkan watak sebagai seorang pengetua sekolah.

“Saya dimaklumkan ada penggambaran tetapi siapa pelakon, skrip atau dialog tidak tahu… tiba-tiba bila sampai saja di set saya melihat Iqbal ada sekali.

“Mustahil saya nak gaduh, jadi saya profesional sahaja berdepan dengan dia,” katanya kepada mStar.

Vida berkongsi mengenai perkembangan karier seninya itu semasa ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Demi di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Vida mengakui hilang kata-kata dan berdebar saat bertentang mata dengan Iqbal di set penggambaran filem berkenaan.

Namun, Vida berkata dia sempat mengusik dan bertanyakan kepada Iqbal mengenai perancangan lelaki itu untuk mendirikan rumah tangga.

“Perasaan berdebar itu ada tetapi kami berdua saling tidak bercakap dan hanya buat hal masing-masing.

“Saya pun sempat tanya mengapa dia masih belum berkahwin, menunggu ke?” soalnya.

Sementara itu, Iqbal ketika dihubungi turut memberitahu dia tidak mengetahui bakal digandingkan dengan bekas majikannya itu.

Sekadar bertegur sapa, Iqbal berkata dia dan Vida kemudiannya menyelesaikan urusan masing-masing hinggalah penggambaran bermula.

Saya sudah melupakan segalanya dan memilih untuk meneruskan hidup. Saya memang tidak terfikir langsung lagi dah
“Pertemuan ini merupakan yang pertama antara kami selepas saling tidak berhubung selama setahun. Kami memang betul-betul bergaduh.

“Dia juga tidak bercakap dengan saya dan hanya bermain dan merakam video anak angkat saya saja. Tiada langsung bercakap dengan saya,” jelasnya.

Menjawab persoalan Vida mengenai jodoh, Iqbal berkata bukan mudah untuknya mencari pasangan hidup meskipun mempunyai perancangan ke arah itu.

“Bukan mudah nak cari pasangan yang betul-betul memahami. Saya tidak memilih tetapi kalau boleh wanita yang memudahkan.

“Tiada sebarang syarat asalkan wanita itu tidak terlalu banyak drama dan karenah. Pada saya itu semua sudah cukup.

“Saya sudah melupakan segalanya dan memilih untuk meneruskan hidup. Saya memang tidak terfikir langsung lagi dah,” ujarnya.

Iqbal bagaimanapun mempersoalkan dakwaan Vida kononnya tidak mengetahui kehadirannya di lokasi penggambaran kerana terdapat beberapa produk usahawan itu turut dipromosikan dalam filem berkenaan.

“Saya tertanya-tanya adakah betul Vida tidak tahu mengenai penggambaran ini kerana saya lihat produknya ada bersama,” katanya.

Filem yang bakal ditayangkan di saluran Astro First itu turut dibintangi oleh Fauziah Nawi, Raden Era, Elly Mazlein, Bell Ngasri dan Ezad Jasmin.

Sebelum itu, Vida turut memuat naik video babak penggambaran memperlihatkan dia bersama Iqbal menerusi laman Instagram.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.