Uncategorized

Duit Hampir RM12Ribu Lesap Dari Bank. 2 Beranak Ini Hiba Ceritakan Link Apa Yg Mereka Tekan Sampai Habis Duit Hilang

Dua beranak kehilangan duit simpanan mereka dalam akaun bank keseluruhan berjumlah hampir RM12,000 selepas mendakwa menekan satu pautan iklan kerja berkaitan perkhidmatan mencuci rumah.

Nurul Azilawati Abu Khalid, 34, kerugian RM500 manakala ibunya, Habsah Johari, 53, kehilangan wang simpanan sebanyak RM11,300 pada 18 Ogos lalu.

Menurut Nurul Azilawati, sebelum kejadian itu, dia menekan satu pautan mengenai iklan kerja perkhidmatan mencuci rumah di laman Facebook.

“Saya tertarik dengan iklan tersebut dan mereka memberikan pautan untuk membuat pembayaran yuran sebanyak RM15.90.

Bagaimanapun transaksi dalam talian terbabit tidak berjaya. Jadi, saya hubungi kembali ejen iklan dan dimaklumkan akaun milik bank mereka dalam proses naik taraf. Mereka meminta saya gunakan akaun bank lain namun tetap gagal membuat transaksi.

“Mereka kemudian memberitahu akan membuat semakan. Saya rasa tidak sedap hati dan terus memeriksa akaun sendiri dan milik ibu saya. Kami berdua hilang duit,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nurul Azilawati, hasil semakan mendapati sebanyak RM500 dalam akaunnya dipindahkan untuk transaksi Touch’ n Go sedangkan dia tidak berbuat demikian bahkan tiada menerima notifikasi TAC.

“Saya periksa akaun ibu dan mendapati ia digunakan untuk empat pemindahan melibatkan dua transaksi sebanyak RM10,000 atas akaun seorang lelaki dan selebihnya dua transaksi berjumlah RM1,300 untuk Touch’ n Go,” katanya yag merupakan peniaga kuih.

Secara keseluruhan ibunya kehilangan wang sebanyak RM11,300.

Anak beranak itu membuat laporan polis pada hari sama.

“Sedih sangat sebab duit saya itu hendak digunakan sebagai modal meniaga manakala duit ibu pula hasil simpanan pencen miliknya,” katanya lagi.

Dalam pada itu Nurul Azilawati berkata, dia membuat laporan kepada pihak bank yang memaklumkan perkara tersebut dalam siasatan.

“Penat memikirkan hasil kerja keras selama ini tiba-tiba hilang dengan begitu saja,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.