Uncategorized

Man Raja Lawak Dedah Kenapa BeIiau Tak Mahu Lagi Bergabung Dengan Tauke Jambu dan Beritahu Perangai Sebenar Tauke

PELAWAK Man Raja Lawak berkata dia enggan lagi bergandingan dengan Tauke Jambu dalam mana-mana program lawak selepas ini.

Kata Man, dia serik bekerjasama dengan Tauke selepas mereka disatukan dalam program Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018.

“Tauke ni kalau bekerja memang bagus, idea bagus, komitmen pun bagus cuma yang kurangnya selalu buat kawan menunggu lama.

“Kalau masa pertandingan memang kena fikir sebab banyak masa terluang lain yang boleh dilakukan, tapi sekiranya perlu menunggu masa… itu satu bebanan buat saya,” katanya kepada mStar.

 

Dalam pada itu, Man berkata hubungannya bersama Tauke masih berjalan baik dan bukanlah seperti diperkatakan oleh segelintir pihak kononnya mereka tidak bertegur sapa.

“Saya dengan Tauke okay saja, selalu mesej cuma kalau untuk melepak sekali memang agak sukar sebab faktor masa kurang sesuai… kalau bukan bab kerja kami memang okay,” jelasnya.

Untuk rekod Man dan Tauke pernah menyertai program Maharaja Lawak Mega 2018 membentuk kumpulan Taman.

Dalam Maharaja Lawak Mega 2019, Man bersama kumpulan Puteh dan untuk Muzikal Lawak Superstar musim ketiga Man membentuk kumpulan OOD bersama Zahid dan Chiwan.

VIDEO:

Abd Rahman bin Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak merupakan seorang pelawak di Malaysia. Beliau berasal dari Kuala Lumpur.

Beliau telah menjuarai Raja Lawak Astro musim kelima. Pelawak, Abd Rahman Kassim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak, berjaya menjadi tumpuan warganet apabila dia berkongsi sebuah video rutin hariannya menyolek wajah isteri tercinta sebelum si isteri pergi bekerja.

Di Instagram, Man memberitahu bahawa dia akan melakukan rutin itu setiap pagi.

Tambahnya, dia pernah belajar teknik solekan daripada seorang jurusolek terkenal.

Terbaik! Menurut Man, hanya 10 minit sahaja masa yang akan diambil olehnya untuk menyolek isteri setiap pagi.

Semasa menyolek, mereka juga akan berbicara mengenai isu kehidupan agar hubungan kasih sayang di antara mereka semakin erat.

Man turut memberitahu tidak ada salahnya untuk dia menyolek wajah isteri sendiri dan bukannya untuk wanita lain. Tambahnya, dia sangat sayang akan isterinya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Man. Menurut warganet, bukan semua suami mampu melakukan solekan yang baik apatah lagi buat isteri tercinta.

Usaha yang dilakukan Man itu patut dipuji dan dicontohi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *