Uncategorized

“Sedih untuk beritahu..Ditarlk balik..” Baru je Bapa kandung Puteri Balqis direman 5 hari, Ibu Aqish Dedahkan Ini pula Yg Menlmpa mereka

Pendedahan yang dibuat oleh pelakon remaja, Puteri Balqis di podcast Bros Gang telah mendapat liputan meluas. Ketika ini, isu tersebut telah menjadi kes polis selepas dia membuat laporan tentang gangguan yang dikatakan dibuat oleh bapa kandungnya sewaktu kecil. Bapanya juga disahkan telah ditahan semalam di Kedah dan akan direman sehingga 12 September. Digugurkan dari drama.

Memetik laporan dari Boom! Malaysia, ibu kepada Puteri Balqis memaklumkan yang anaknya telah digugurkan dalam satu projek drama di salah sebuah stesen televisyen swasta. Tawaran kerja tersebut melibatkan 14 episod drama dan ia ditarik balik susulan isu viral yang menimpa pelakon terbabit.

Digugurkan dari drama

Memetik laporan dari Boom! Malaysia, ibu kepada Puteri Balqis memaklumkan yang anaknya telah digugurkan dalam satu projek drama di salah sebuah stesen televisyen swasta.

Tawaran kerja tersebut melibatkan 14 episod drama dan ia ditarik balik susulan isu viral yang menimpa pelakon terbabit.

“Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral.”

Bimbang juga jualan buku menurun

Tambah Norashikin Mohd Aziz atau Ashikin, mereka juga bimbang penjualan buku yang ditulis sendiri oleh Aqish iaitu 38 Poems of Puteri Balqis.

“Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan,” ujarnya.

Walaupun bimbang pendapatan akan terjejas dan bagaimana kelangsungan hidup mereka kedepannya, Ashikin tetap percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan kepada mereka dua beranak.

“Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat,” katanya optimis.

Terdahulu, Puteri Balqis telah digugurkan dari pengambaran sebuah drama disebabkan pendedahan yang dibuat kepada Bros Gang mengenai gangguan seksual yang dilakukan oleh bapa ketika kecil.

Dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya Selangor pada Isnin lalu dan bapanya telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Bapa kandung Puteri Balqis direman 5 hari dakwaan cabul, telefon bimbit dirampas untuk siasatan

POLIS mengesahkan bapa kandung kepada pelakon Puteri Balqis sudah ditahan pihak berkuasa pada Selasa di Kedah pada pukul 2.25 petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan membabitkan dakwaan kes ser4ngan seksu4l, memiliki bahan luc4h dan pengabaian.

Pihak polis kata Wan Azlan turut merampas telefon bimbit milik suspek yang telah dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk analisa lanjut.

Bagaimanapun katanya, ujian air kencing yang dilakukan terhadap lelaki itu didapati neg4tif selain tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Dalam perkembangan sama, Wan Azlan turut memberitahu pihak polis telah membuat permohonan reman terhadap suspek sehingga 12 September ini di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Terdahulu, Puteri Balqis, 15, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada malam Isnin lalu.

Dalam laporan itu, Aqish menytakan telah diganggu secara seksual oleh bapa kandunganya serta tidak menjaga kebajikan mangsa.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *